Salam.

Benda pertama yang aku pikir sebaik saja aku sampai ke bilik di UKM ni adalah meng-update blog! Cis! kalau lah ibu bapaku tahu, maka hancur luluh lah harapan mereka... Mesti diorang ingat aku balik UKM ni dengan perasaan tak sabar2 nak siapkan thesis writing... tapi haram jadah!

Emosi agak tak stabil. Hari ni, aku ikut ibu aku hantar adikku ke sekolah asramanya. Turut disertai oleh Angah. Since lesen aku da expired, maka Angah lah menjalaskan tugas sebagai driver manakala aku co-driver yang perlu memastikan diri aku dan diri Angah tak tidur tatkala hujan lebat yang menyebabkan kemengantukan. Sampai rumah jam 6.30 ptg. Layan kerenah anak buah sekejap sambil tgk TV sementara menunggu waktu Maghrib dan masakan malam siap.

Habis makan, kemas2 barang and mula bergerak ke stesen Terminal Putra. Angah hantar aku since dia pun nak balik ke rumah dia kat Ampang. Perjalanan ke KL Sentral amatlah smooth dan untuk itu, aku amat menghargai teknologi LRT Putra yang satu ketika pernah memegang gelaran "Sistem Rel Keretapi Tanpa Pemandu Paling Panjang Di Dunia". Tapi sekarang aku tak pasti akan gelaran itu... masih dipegang erat lagi kah?

Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket KTM Komuter ke UKM yang berharga RM3.30 tu. Trun ke platform 6 dan tunggu tren.

Tunggu dan terus menunggu...

Tunggu lagi... dah setengah jam aku tunggu ni...

Tunggu dan akhirnya ada lah satu pengumuman:

"Tren ke Seremban akan tiba dalam masa 30 minit"




Tatkala aku mendengar perucapan itu... hatiku berdetik memaki hamun setiap orang yang bekerja di KTM walaupun brader Pakistan yang hanya bekerja sebagai cleaner di situ. Oh Komuter, apalah nasib kamu? Adakah kamu selalu sangkut di tgh2 rel lalu menyebabkan kelewatan? Atau kamu dipandu oleh pemandu yang tak mementingkan jadual waktu kerja?
Atau masalah teknikal yang perlu dipersalahkan?

Jujur aku katakan, kelewatan itu SELALU berlaku bagi tren yang menghala ke Seremban! Vavi betul!

Aku rasa la kan, tagline KTMKomuter tu patut di ubah la, daripada "Keselamatan Anda Keutamaan Kami" ke "MASA Anda Keutamaan Kami".

Korang tahu tak macam mana nak saman KTMKomuter?





NUke

10 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    1st!
    ko saman jer KTM tuh.
    aku x paham la.
    operasi punyela lama..
    masih lembab jugak..
    ke mang attitude org kita camni?
    huhuhu
    Anonymous said...
    bakar je tren tu kalo lambat...LOL

    seriously naik bas lagi jimat masa
    only 45 mins

    naik komuter rasanya dekat 1jam 15 minit
    kalau lambat bertambah lah lagi masa tu
    sya_zachery said...
    kesian kesian..tapi mmg ktmkomuter lembab selembab2nya.. sik sik osakkk jew train nye..nyampah i.. kasi servis la itu train.. haihh memacam nih..
    farish izaryl @izreez said...
    ahhaa ktm as usual la nuke mmg cmtu..nsib laa rizz xnek mende tuh g kl hikss
    wénkt said...
    mmg komuter sakit hati sebab lambat ye

    suka2 je
    asalnya tulis 4min, kemudian jadi 10min, kemudian jadi 25min...

    tension giler
    MYRAspberry said...
    ko nak saman KTM?
    aku ade borang die.. meh la amik kat aku... =)
    Nizam Zahri said...
    ko saman juta-juta... bagi aku 40% pon ok.. hahaha
    sYukCurz said...
    sabar jer la... ktm is better dari nek rapid g KL. da try? confirm terajang orng kiri kanan. unless drive keta sendiri sambil maki hamun driver sblah.ahaha. evry thing got pro n conts. u decided.
    razy san™® said...
    hahah....kalo tren DR seremban lg la..mgalahkn ikan dlm tin sardin cap ayam brand btoi...

    sabor2
    nora de lala said...
    haha. huahua. naek keter lg besh..kan mimi.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.