NUke
NUke
NUke
dalam topik : UKM

















dalam topik : UKM
Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?
Salam.
Salam.
Menurut kalendar universiti, sesi pengajian rasmi utk sesi 08/09 dah pun tamat pada 8 Mei haritu. Tarikh sekarang ialah 13 Mei 09. Maknanya dah lima hari dah aku jadi 'penganggur-yg-menunggu-hari-graduasi'. Saja je aku 'up'kan skit gelaran tu, nak menyedapkan hati...
Honestly, aku merasakan yang aku seorang loser.
Kenapa? kau tanya kenapa?
Tempoh hari, aku lah insan yg paling tak sabar utk habis blajar. Seronok nya bagaikan menang kereta BMW! wooho! Dan tempoh hari juga lah yang aku semahunya melangkah ke alam yang baru dan lebih independent! Hahaha. Bajet dah fully equip and ready lah!
Skang ni aku cuma ada 1 perkataan utk diri sendiri:
CIS!
Ok. Aku admit... aku seorang loser. Au ingat dah habis belajar ni seronok. Tapi, dlm tempoh 5 hari aku tamat pengajian kat UKM, aku rasa bosan teramat sangat. Kat ruma, lepas je aku kemas2 brg dalam bilik baru, aku just lay back n mnghabiskan masa ngan foods. Yeah, i like to eat. sebab tu aku nak isteri aku nti pandai masak! So what?
Habis blaja kat U... aku lepak2 tengok tv. walopun aku ni bukan kaki tv. Aku terpaksa melayan crita indonesia yg salu disiarkan leh TV-tv tempatan. Sometimes, aku rasa mcm aku duk kat Indonesia yg mn cuma certain2 masa je aku leh jumpa drama2 melayu!
Loser-nya aku ni... sampai bangun pagi pun makin liat. nak2 lak time hujung minggu. Aku bertambah malas dan berat utk mengangkat kepala drpd bantal. Bontot dr tilam, dan jejari dari keyboard! Aku kena aktif semula. I was thinking to be a full-time blogger, and i am actually.
No. I need job. Next week, i'll be joinng the xhibition (will talk bout this later) and i need some fresh air so that aku tak 'mati' kebosanan.
Life after habis belajar sucks!
Believe me guys (and girls)
DO ENJOY ur campus life sementara korang ada peluang itu. Student's life is beautiful.
p/s: no pic for now, damn! i missed my own PC!
NUke
salam.
Tajuk entry tu adalah konsep or main idea untuk dinner final year student bagi kos sains nuklear. N lagi best tagline tu diabadikan pada cenderahati yg berupa car sticker yg dberikan kpd mereka yg hadir dinner tersebut.
sedih. gembira. terharu.
aku rasa 3 perasaan tu je kot yg boleh aku gambarkan sekarang nih.



selamat berjaya kepada semua!
NUke
Salam.
Kehadapan pembaca yang setia.. terima kasih kerana setia mengadap blog aku setiap 5 menet bagi memastikan diri kalian sentiasa update dengan entry2 yang baru. Ceh! poyo la aku ni! takde maknanya org lain nk refresh blog ni every 5 menet. Ape kau ingat kau tu femes sgt ke Nuke? Hoho..
Itu lah dia monolog dalaman yg lebih kepada mencaci diri sendiri.
Enough.
Memandangkan sesi pengajian di universiti hampir tamat, maka ramailah di antara kita yang bermuram durja, kerana tak mahu berpisah dengan kenalan rapat yg mana kemudiannya menjadi kekasih hati. Betul kan? Well, luckily my J is not in the same university.. Haha! Selain tu, ada juga yang dah tak sabar nak berpisah dengan kawan2, sebab selama ni dia je yg asyik kena buli n dia je yg salu kena kutip tutorial n hantar kpeada lecturer. kadang2 tu, ade org rasa tak sabar nak habis belajar sebab dia yakin bhw lepas habis blaja, jawapan tutorial dia tak akan kena tiru lagi...
Huhu, walau apa pun reason anda, saya tetap dengan pendirian saya! Menjadi satu tanggungjawab bagi saya untuk menyampaikan satu fakta... Yang sebenanrnya, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya... huhuhu (pinjam ayat kat TV)
Ok la, be serious. Korang dah sure ke korang tak tinggal apape (selain kenangan) kat universiti or kpd kawan2? Bagaimana dengan HUTANG? Sudah dilangsaikan kah? atau sudah dikutip kah? Honestly, aku sangat takut bab2 berhutang ni, seksa oo kalo tak bayar, nanti bila akhirat, kena carik org yg kita berhutang tu n langsaikan.. langsaikan dengan apa? Wallahua'lam.
Bila kita berhutang tu, biarlah berpada2 n sentiasa beringat. kalu boleh, biarlah ada list, sekurang2nya kita tak lupa dengan siapa yg kita pnjam n berapa amaun wang yg kita pnjam. Oh! hal ni pun valid untuk barang2 lain. Contohnya kalo kita pinjam setereka ke.. mestilah kena pulangkan. Lagi bagus kalau kita dpt pulangkan awal2. Kang bila org tu dah blah, baru la menggelabah nk pulangkan kat org tu.
jadi, aku kat sini, nak mengambil kesempatan untuk bertanya kepada kawan2 universitiku... "Masih adakah hutang yang belum dilangsai?" dan "Korang dah bayar ke hutang aku tu?"
Sekiranya ada, aku nak maklumkan bahawa aku akan berada di UKM ni sehingga 10 Mei 2009. Jadi, kalau ada apape hal, boleh la call no maxis ku.
Sekian.
NUke
Salam.
Sebelum aku menulis hal2 yang lain. Aku just nak bagitahu, ni entry ke 100 aku untuk tahun 2009. Hip hip hooray! Ok, lets move on to the main idea of this entry. 1 May merupakan Hari Pekerja. memandangkan ianya hari pekerja, maka semua pekerja akan mendapat cuti. Aku yakin, ramai org dah plan balik ke kampong since malam khamis lagi, maklum la cuti 3 hari, bole la lepak2 n rehat kat kampung.
Aku? Aku tak balik ke kampung, sebab keluarga aku duduk di taman perumahan. So, istilah balik kampung maybe dah tak valid untuk aku.. So, jangan tanya aku soalan ni, "Ey, ko tak balik kampong ke?", tapi tanyalah aku dengan soalan macam ni, "Ey, ko tak balik taman ke?"
Ada yang mempertikaikan tentang cuti yang turut sama dinikmati oleh pelajar. Mereka bertanya, kenapa pelajar pun dapat cuti sedangkan mereka bukan pekerja. Ya, mungkin ramai yang tak berpuas hati dengan keistimewaan itu. Namun, dendam itu hanya mampu ditahan dan disimpan dalam hati. Jadi, kenapa pelajar turut mendapat cuti pada Hari pekerja?
Hm, untuk menjawab persoalan ini, aku mengambil masa kira2 2 jam untuk mengumpul idea sebelum mampu berhujah. Pertamanya; memandangkan pekerja (akademik & bukan akademik) bercuti, adalah perlu bagi pihak school, kolej, or universiti turut memberikan cuti kepada pelajar. Ini bagi mengelakkan para pelajar dari belajar secara sendirian di dalam dewan kuliah. kalau hal ni berlaku, ade kemungkinan timbul theory2 baru dalam matapelajaran dan menyebabkan mereka gagal menguasai subjek dengan betul.
Kalau universiti turut menjalankan peperiksaaan pada hari pekerja, maka para pelajar bolehlah bersenang lenang meniru sesama sendiri dek kerana pengawas2 peperiksaan sedang bercuti hari pekerja.
Jawapan lain yang sesuai dan tepat bagi persoalan 'kenapa pelajar turut cuti' ni adalah... "Sebab si pekerja dulu pun dapat cuti time diorg bergelar pelajar... so, kira fair-lah kan?" kata seorang pelajar yg tak ingin namanya disebutkan.
Aku pun terfikir, betul jugak!
So, apa aktiviti yang bagus untuk mengisi waktu cuti? Adakah tidur? Ya, bagi aku, tidur yang lena dan nyenyak pada waktu cuti adalah pilihan yang sangat baik. Dan tak membazir duit.
What do you say?
p/s: kalau pelajar tu bukan sejenis pekerjaan, kenapa dalam mana2 borang tu ada word "Student" dalam ruangan 'Occupation' ?
NUke
Salam.
Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Exam pertama aku unutk semester terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Ok. aku tipu. Exam tu memang berlalu dengan jayanya, cuma aku je tak menjawabnya dengan jaya. Jadi, harapan aku untuk menggenggam A solid untuk subjek itu mungkin kabur (atau hilang dr pandangan sama sekali). Tapi, aku percaya akan kebesaran Tuhan. Aku nak minta agar si pemeriksa kertas jawapan itu akan berlembut hati. Amin...
Tak perlu kau pertikaikan perbualan aku dengan adik beradikku yang lain. Kami tahu sememangnya kami memiliki satu persamaaan. Suka membuat lawak sengal. Kadang2 aku pun malas nak layan diri sendiri. Tapi, berbual-bual dengan adik beradik yang lain sedikit sebanyak akan melegakan tegangan emosi yang sememangnya tak stabil.
Jika haritu aku berbicara tentang ibu, kali ni aku nak cerita pasal Opah. Ye, opah. Opah merupakan satu panggilan kepada nenek. Nenek pula adalah satu perkataan yang sinonim dengan Opah. Opah, Nenek, Tok Wan, Nanny, and the what so ever tu adalah panggilan cuma. Tak perlu lah kita gaduhkan tentang Opah.
Oh no, mood aku untuk bercerita tentang Opah telahpun musnah. Aku emosi sekejap, sesuai dengan tagline blog aku ni yg kini menjadi kegilaan belia-belia: "Kenapa aku emo ah?" yang mana kalau korang nak tahu, ibu aku pernah bertanya..."Emo tu apa nak?". Disebabkan aku ni mewarisi genetik lawak daripada En Mahmod, aku menjawab: "Ala.. Emo pun tak tahu? Tak rock ah camni, bu~"
Oh, sungguh tak percaya akan perbualan ku itu. Aku menasihati ibu2 dan bapa2 muda zaman sekarang ni utk menjaga perilaku dan perkataan yang anak2 anda luahkan agar tak menjadi seperti aku ni. Haha. Tapi, ibu aku memang slumber. Seslumber dia menggosok2kan kepala aku yang berambut cacak itu. Hey, kalau org lain, jgn harap la dapat pegang kepala aku..!
Entry ini lebih kepada perbualan satu hala dan sesi bercerita karut disebabkan hilang keyakinan diri disebabkan exam sebentar tadi.
Btw, baju nukegroup dah siap. Supposed ada 16 helai, tapi yang aku dapat cuma 15 helai je.. ni tgh dalam proses berurus niaga jap.
Korang tak rasa ke lately aku ni kurang self-confidence?
NUke
Salam.
Kau pernah dengar perkataan elektronik? Pernah? Bagus. Kau tahu apa maknanya? Tak tahu? Samalah dengan aku.
Kau belajar elektronik? Tidak? Kau memang rugi.
Aku belajar elektronik. Tapi, aku tak pernah nak score subjek ini selain swaktu time menengah rendah. Sebab aku suka subjek Kemahira Hidup, dan tajuk elektronik time sekolah menengah dulu sangat lah senang.
Universiti? Kenapa dengan universiti?
Oh... Aku faham maksud kamu.
Sangat berbeza... subjek elektronik di universiti ni memang berbeza.
Oh. memanglah... aku bukannya amik jurusan Kejuruteraan Elektrik/Elektronik. Sebabtu lah aku kata susah.
Tapi, aku kena belajar juga Elektronik Nuklear.
Sebab apa? Kau tanya aku sebab apa?
- Subjek Wajib Major
- Nak graduate
- Nak kena faham cara kerja instruments.
- Nak lulus exam...
Salah diri kamu itu.
Belajar dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t
bukan kerana nak lulus exam.
NUke
Salam.
pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).
Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.
Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?
Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.
Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.
Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?
Terima kasih ibu. saya sayang ibu.
NUke
aku still down.
aku call ibu.
ibu tanya, semuanya ok tak?
aku jawab ok. perhaps, aku tgh study ni.
aku tipu.
sampai sekarang, aku tak study apape.
sampai sekarang, aku tak wat correction thesis.
aku tipu diri sendiri.
aku kata aku bersemangat tinggi.
aku tipu.
aku still down.
disebabkan viva tempoh hari.
aku gembira bergelak ketawa dengan kawan-kawan.
aku tipu dorg dgn ketawa aku.
menunjukkan aku tak apape n viva itu perkara kecil saja.
damn!
aku target at least 3.77 utk sem ni.
now, aku sedar.
aku ada tendency untuk dpt 2.00 sahaja.
aku rasa macam nak bakar tesis aku.
NUke
Salam.
20 April bermula garang bagi aku. Aku sakit perut. Asyik nak cirit-birit je kejanya. Masuk hari ni dah hari ke 4 aku sakit perut. Cis kan? Oh, hari ni aku bangun awal and berjaya tak membuka pc pada waktu pagi. Selalunya kalau aku bangun awal, mesti buka pc n baca blog. Tapi, tidak hari ini. Aku ada presentation viva. Hah. Viva merupakan kemuncak pembentangan bagi segala pembentangan dalam pengajian kita kat universiti? Setuju?
Pernah korang rasa cuak selain menunggu giliran untuk viva? Haha. Aku dah alami perasaan cuak itu. Sampai 2 kali aku pergi tandas pagi tadi sebab sakit perut yg tak elok2 lagi.. dan mungkin perasaan cuak disebabkan menunggu geliran viva. keji kan?
Overall, aku rasa aku tak well-prepared for the most excited presentation. Aku present macam gred B. Aku tak pasti ape yang akan supervisor and pemeriksa aku bagi markah, tapi like my mom said... "takpelah nak, yang penting dah buat yang terbaik". Oh! sesungguhnya seorang ibu itu bijak untuk menenangkan hati anaknya. Terima kasih Ibu!
A moment before aku masuk ke bilik viva itu, aku rasa senak dan tak boleh nak duk diam, ke hulu hilir dan tak senang hati. huhu. Cuak beb!
Tak usahla mengungkit peristiwa yang berlaku di dalam bilik viva itu. Cukuplah korang mengetahui beberapa perkara kecil termasuklah komen daripada pemeriksa aku yang menyatakan bahwa "Your writing is not as good as your blog... And your English is.......". Kata beliau yang mengomen bahasa Inggeris aku dalam page 'Abstract'. Apa lah nak jadi dengan aku nih?
Aku cuak gak bila leturer aku tu ckp mcm tu. Adakah beliau sebetulnya membaca blog aku ni? Oh No!
Tapi, takpe. Semuanya dah lepas dan selesai. bak kata kebanyakan sahabat tadi... "separuh kaki dah graduate da!". Haha. Iya ke? Mungkin ya. Tapi aku sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk semua perkara yang aku lakukan.
Kepada mereka yang belum viva lagi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan jgn terlalu panik. Yang penting kena confident and defense your own thesis!
NUke
Salam.
As usual, tatkala diri kita ni dah nak habis belajar, maka akan ada satu acara yg boleh dikategorikan sebagai acara wajib; yakni "Majlis Makan Malam".. Tujuannya, (konon2) nak meraikan pelajar tahun akhir. Sebenarnya, pelajar tahun akhir tu bukannya kita kenal and suka sangat pun. Memang kita menunggu masa je dorg nak blah kan? hah. itu lah perasaan dalam hati aku time aku 1st year dulu2.
Skarang ni, aku pulak da final year and akan meninggalkan tempat aku study nih. Sedih ke? Honestly, mmg sedih especially nk berpisah dgn kawan2 yang rapat. Maklumlah, di universiti ni, kwn2 semua dtg dr seluruh plosok Malaysia, bukan mcm kat skolah kebangsaan, pergi kedai je leh jumpa kwn sekelas.. Haha.
Junior2 lepas ni mesti da tak sabar nak tunggu aku blah dr UKM. Aku dapat merasakan yang dialog2 ni akan bermain di benak fikiran mereke:
"Bagus lah mamat tu blah, aku nak pinjam nota kejap pun tak bagi!"
"Alamak! Dah nak blah dah dia ni, duit aku Rm2 yang dia pinjam dlu tak bayar lagi..."
"Hah! Dah lama aku tunggu saat ni, blah jugak dia... Lepas ni, aku lah yang dapat memegang gelaran Lelaki Kacak!"
...dan macam2 lagi. Tapi aku percaya, dalam banyak2 tu, mungkin ada sorang dua je yang berfikiran camni:
"Alamak, takleh lah aku nak usha rambut dia yang spiky tu lagi.. Ouchy!"
"Lepas mamat ni blah, sapa je lagi yang nak teman aku mkn nasik goreng ayam?"
or;
"Lepas ni, terpaksa lah aku drive kreta sendiri.. mamat tu dah blah.. sedihnya!"
hahah.. kalo ada yang terasa, aku mintak maaf aa.. no offence.
Back to main title. Aku dapat tahu yang dinner nuklear tahun ni berkonsepkan BBQ dan akan dianjurkan pada 30 April ini bertempat di pkarangan bagunan nuklear. (oh my J!). Honestly, aku sangat tak kesah tentang perihal tempat itu, cuma aku runsingkan pasal para pensyarah dan juga staff nuklear yang lain... Tapi, what makes me proud of nuclear sc ni, sebab lecturers yang sempoi-but-at-the-same-time-tegas. huhu.
lagi satu, aku dapat tahu yang bayaran untuk dinner adalah RM15 ???? (oh my J!). Bagi aku, 15 ringgit untuk makan BBQ adalah terlalu mahal. Makan ape je kalo BBq kan? mestilah Ayam, sosej, kentang, dan jagung.. btul tak? Aku ada risik2 junior yang handle dinner ni, katanya diorg terpaksa naikkan bayaran dinner sebab:
- Barang2 makanan diorang dah beli dlm kuantti yg byk! (yang ni aku musykil, dinner lambat lagi, takkan da beli mknn basah tu?)
- Diorang kata budak2 1st year nuklear TAK MAHU join dinner.
Mengeluh panjang aku. Respon yang hanya mampu aku berikan adalah... 'mengerlingkan mata sambil menyilangkan tangan di dada'. And bila di tanya2, diorg tak mintak sponsor dr beberapa pihak yang berkaitan. Lagi mengejutkan, diorg ni tak tahu pun pasal nak mintak2 sponsor nih.
Persoalan yang muncul di pemikiran anda mungkin seperti ini; "kenapa korang yang final year tak handle je dinner tu?". Dan aku menjawab, bermula batch kitorang, segala sesi pembentangan hasil tesis, viva dan thesis-thingy dijadualkan pada minggu study week dan minggu pertama exam, which means, no rest and super hard work to catch up both final exams and thesis stuffs. And the other thing is, last year, batch kitorang dah handle dinner untuk sesi lepas.. takkan nak handle lagi kot? penat gak kan?
Sometimes, kita hanya mampu mengharapkan semuanya yang terbaik, namun, realitinya ia memerlukan tanggungjawab bersama.
Selamat berexam!
NUke






