Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts



Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama, cewah, saya akan cuba mengaktifkan diri semula dalam bidang penulisan. Sebenarnya banyak saja benda yang nak dikongsikan, cumanya kebelakangan ni masa-masa senggang lebih terisi dengan aktiviti riadah seperti swimming, membongkang, makan dan aktiviti yang tak bermanfaat. Huhuhu.

Sejak awal tahun haritu, aku banyak je pergi aktiviti-aktiviti setempat dan luar tempat yg berdekatan. Antaranya Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2016.

Sama macam tahun-tahun lepas, penganjuran pesta ni selalunya pada bulan Mac. Cumanya tahun ni, macam tak berapa meriah sangat kot. Aku rasa la. Official merchandise event ni pun macam suam-suam kuku je. Tak macam last year.




  Aku sebenarnya takde lah beria sangat nak naik belon tu pun; more to pergi tengok booth2 jualan yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman tatkala perut lapar di pagi hari. So, aku ajak Maman, a friend of mine who lives nearby; untuk jenguk2 kat tapak pesta tu.



Adalah macam2 benda yang dijualnya; mostly makanan and adalah barang mainan bebudak dan juga pakaian. Ada gak la yang jual barang deko2 rumah (like, apa kaitan semua ini dengan hot air balloon, kan?) tapi, itulah. Layan jugak lah!

Yang paling menangkap perhatian aku adalah booth 'Wonderful Indonesia' yang terletak ditengah2 tapak pesta. Memang tahun ni macam ada plan nak gi travel Indonesia, sebenarnya, so layan jugak lah.



Paling best, aku dan Maman saja je join pertandingan susun surat kat booth Pos Malaysia. Kiranya, kena susun 27 surat mengikut nama jalan, poskod, bangunan etc pada rak yang disediakan lah! Ok apa, sesekali merasa jadi posman. Too bad untuk Maman sebab tak dapat beat record peserta sebelumnya.



But, Alhamdulillah; bila tiba turn aku, aku dapat bested the record; 1'35". Ok lah kan. Dapat lah hadiah 'sampul surat hari pertama' daripada penganjur!



Dan bila nak balik tu, kitorang tertangkap satu figura yang sedap mata memandang; rupa2nya figura itu boleh didapati di sebuah booth jualan! Makanya, dengan tidak berfikir panjang, kitorang pun singgah dan membeli belah di situ. Sedap baq hang! Popcorn dan air minuman yang dijual kat situ!



Agak2 dah panas terik tengahari tu, kami pun balik! Tu je.



NUke


Ha, kalau haritu abang cerita pasal trip abang ke Singapura sebab jadi pengapit, la ni abang nak habaq mai pasal trip abang ke Jakarta, Indonesia pulak. No, kali ini bukan sebab jadi pengapit ke apa. Kali ni, abang saja pi berjalan dengan kengkawan.

No. Abang bukan orang Kedah naa. Kedah kalah Piala Malaysia dengan Selangor ya. 2 - 0. Tapi, orang cakap.. orang Kedah ni besar-besar...

Nak dijadikan cerita, kami terbelilah tiket ke Jakarta tempoh hari. Makanya, bila dah terbeli tiket kapal terbang, terpaksalah book hotel. Untuk trip kali ni, abang first time aikh naik KLM; dan stay di Morrissey Jakarta. Comey sungguh aih hotel depa tuh!




Trip ini juga dilakukan dengan hajat untuk menemui sobat yang menetap di negeri jiran itu.

Sebenarnya kan, banyak masa abang di Jakarta tu habis disebabkan berjalan kaki untuk menjari street foods, naik teksi dan tuk tuk (yang macam kat Thailand tu). Selain menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti tak berfaedah seperti melepak di Starbucks, mencari fridge magnets dan bendera Indonesia, abang juga adalah melawat beberapa tempat yang signifikan dengan Jakarta, iaitu Monumen Nasional (MONAS) dan Masjid Istiqlal.




(haa... macam tu)

Basically, Jakarta ni lebih kurang sama macam KL or any other big city in Malaysia. Bezanya, di Jakarta, anda akan rasa lebih panas berbanding KL sebab bandarnya relatively dekat juga la dengan laut, dan terletak kat pulau Jawa. So, normal lah kan. Pulau memang panas. Put aside the environmental issues, you may found that people of Jakarta (termasuk orang kebanyakan dan hot stuffs there) sangat ramah. :)



Barista Starbucks diorang pun ramah!

Orang kat hotel pun ramah! dan hot!

Pemandu teksi pun ramah!

Laundry? Memang tak lah. I choose the latter.

Ok. Tu je lah.



NUke



The fact that aku ke seberang tambak sebenarnya adalah untuk menjadi pengapit kepada Pingu. Seperti dalam entry sebelum ni; lepas dah puas berjimba-jimba kat town Singapore; maka tibalah harinya di mana Pingu kelihatan tak senang duduk, tetiba hilang selera makan, kuat berpeluh dan gemuruh. Ha! tau pun cuak nak kahwin! hue hue hue.

2 days earlier (as I mentioned in the previous entry), Pingu did the fitting. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. Pingu berjaya memaintainkan bentuk badannya yang padu itu (khususnya his babelbat) untuk berjaya muat dalam persalinan2nya itu. hue hue hue.

"Aku lapar lah!" - Pingu

Cut short, at 8.30 am on Saturday; we checked out from the Raintr33 Hotel and went to Paksu's house, another relative of Nirosette (bakal wife). Dipelawa untuk menjamu selera, aku dan Ren on je. Pingu je yang tetiba hilang selera. hahaha. Gementor yobb! At around 10, we got ourselves ready in the designated clothes (Baju Melayu for both me and Ren) and Pingu in his 'pure' white baju Melayu untuk akad nikah. Kononnya putih tu melambangkan kesucian lah? Puiii... hahahaha,

 

At 1130 hrs, dengan sekali lafaz, Pingu pun bergelarlah sang suami. 


And at around 1.30 noon, tukar persalinan untuk bersanding pulak.



Korang tak tau betapa gighnya REN dan aku menjadi 'pak andam' (minus the solek) mengadjust sang pengantin ni punya sampin dan rerantai. But, kudos to REN yang banyak do the hard works seperti mengepinkan bekung, sampin dan membuat bunga pada sampin. Aku? Aku mostly tolong pakaikan rantai dan lap2 peluh je.

Dan oh, pegang payung!


They had 3 persalinan on that day. The last one was meant for cake-cutting ceremony. Awwww!


Majlis resepsi tamat lebih kurang jam 6.00 pm. Immediately after that, Aku dan Ren terus bergerak ke ICQ Woodlands. At first, ingat nak lepak JB malam tu, tapi bila pikir2 balik dan setelah berbincang dengan Ren, kitorng decided utk terus balik ke Putrajaya malam tu juga. Letih tu memanglah letih; but the journey and memories gained were priceless.

So, Pingu; this is for you:-

Walaupun kita takdelah kenal satu sama lain secara detail, tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuk ko. Semoga rumahtangga yang terbina ini berkekalan sehingga ke syurga, hendaknya. Terima kasih juga sebab ajak aku jadi pengapit on your big day.



Tambahan:
Tahu tak, on the way balik Putrajaya tu, radio kereta aku lak buat hal??? Tak percaya, tanya Ren. Kitorang layan YouTube je sepanjang perjalanan tu.


p/s. All pics credited to REN; except the first one, from Nirosette's friend that I don't even know who. :)

NUke



It was a wonderful day (at least at that day lah!) when Pingu suddenly asked me a question; "Kau nak jadi pengapit aku tak?". I did not reply him ASAP as this offer, to be someone's best man is not an easy thing. Though it has nothing to do with beliefs towards pantang larang pengapit (rujuk entry ni), it took me almost a week or two to reply him. I said, yes. Why not, kan?

Background info: Pingu is a friend of mine that shares some significant mutual friends, among them is Ren. Remember Ren? The famous travel blogger tu? Yeah. I made friend with Ren first, then Pingu. So, who is Pingu? He is a famous novelist. He writes book about...apa ek? Basically, dia penulis buku lah. So, dia nak kahwin. Dia perlukan pengapit. Aku bersetuju untuk jadi pengapit.

Bila aku story morey kat Ibu aku, respon dia cenggini:

Asyik jadi pengapit je. Kau punya giliran bila lagi?

Senyum jelah yang aku mampu balaskan.




On May 27th, we carpooled together (Aku, Pingu dan Ren - kamilah #Trisam) to JB. Untuk bermalam di rumah pakcik Pingu. Kat Kg. Melayu Majidee. We took a chance to have Murtabak and Nasi ayam Penyet there. Then, that night we went to Pasar Karat and had dinner at Pots near Danga Bay. Konon2 nak makan satay, penyudahnya makan benda lain. Aku makan nasi goreng kot. Ren makan ayam, Pingu amik spaghetti; together we were accompanied by Ren's friends. :)



The next day; pagi2 dah bangun menuju ke Larkin sebab nak amik bas ke Temasek. Breakfast jap kat kedai Melayu "Cafe Mana Lagi". Then, decided to have a new hairdo before boarding our bus to Temasek. :)



Uuuu.. First time pergi Singapore. Jakun jap.



Kami disambut oleh Paklong Pingu kat ICQ Woodlands; dan dibawa ke hotel Raintr33, Changi menaiki teksi. Paklong then bawak kitorang jalan2 ke Changi Village kejap dan makan cendol before dia balik rumah dia. He lives somewhere nearby juga; in Tampines. Basically our mode of transportaion there were buses and MRTs. Petang tu, we went to Bugis because Pingu needs to do some fitting.



Arab Street - where we had our early dinner / late lunch?; kat Maimunah. Seriously, makanan dan lauk pauk nya sedap! and staff dorang friendly. Friendly ya. Aku rasa kalo bro bro sado yg datang singgah makan situ, konfirm lagi friendly. Mostly staff dorg lelaki, btw.

 

Sekitar Arab Street tu jugak la aku membeli beberapa cenderahati dan minuman utk dibawa balik ke hotel / simpanan sendiri. Lepas tu, Ren (since dia juga seorang backpackers yang banyak menjelajah dunia) bawak kitorang pergi somewhere near Raffles dan Kallang River utk tgk sunset. Tempat favourite dia, katanya. It's a nice place actually. Later in the late evening, we went to Merlion Park to take some photos.

Favourite photo ni! Thanks to Ren!




Apalah guna kalau ke Temasek, tapi tak bergambar kat Merlion, ye dop?

Day 3 (29/5): Pagi tu, kitorang breakfast kat Changi Village kot (lupa?) before berjalan sakan tak ingat dunia kat Downtown. So, syurga souvenirs di Chinatown; syurga perfume dan macam2 lagi benda murah kat Mustapha Centre, Little India; dan finally Orchard Road. Letih baqhang! Pingu ni macam tak sedar diri je yang the next day tu dia dah nak kahwin.






Itu lah cara dia spend saki baki kebujangannya dengan kitorang.


-- Bersambung...


NUke






Dan untuk kesekian kalinya, aku menjadi pengapit kepada si sahabat yang ketika itu bergelar pengantin. Eh, apa ayat aku ni. Hahaha.

Aku rasa, lepas ni nak buat bisnes lah. Misinya adalah untuk mendapatkan sumber kewangan daripada aktiviti ke-pengapit-an ini. Amacam? Ada berani?

Khidmat menjadi pengapit. Area Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang je...



Hahahaha.



p/s: Asyik jadi pengapit je, bila turn aku pulak nak cari pengapit? By the way, perasan tak janggut aku yang 'terbelah' tu? Haha.

NUke

Ya, seperti yang dibicarakan pada entry yang lepas, keberadaan aku ke Pantai Timur haritu adalah didorong oleh tugas menjadi seorang pengapit. And that was the easiest tugasan as a pengapit I have ever encountered. Haha. Tenyeh-tenyeh pipi dan hidung pengantin sikit. Lap-lap peluh. Then, biarkan diorang bergambar dengan sanak sedara. The pengapits then pergi makan and borak-borak kat luar. Haha.

Anyway, lepas menjalankan tugas yang diamanahkan, petang tu aku dan kawan-kawan lain ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sebelum tu dah melepak kat area Pasar Siti Khadijah and Dataran Bank. Actually, time tu dah petang pun. And it was weekend. So banyak orang datang and parking amatlah susah. But hey, usaha tangga kejayaan. Aku berjaya dpt spot parking di belakang kedai makan. (in which later on, bila aku nak balik, some idiots lagi mahu blocked kereta aku lah! Susah aku nak keluar. Use common sense la skit!)

Lepak-lepak, ambil angin and tengok ada orang buat demo cium-cium ular. But before that, kitorang terpengaruh dengan lambakkan iklan-iklan di kedai makan yang menjual 'Maggi Ketam'. Walaweh! Tak pernah pulak aku tau ada megi ketam ni! So, we all decided to try it. Alang-alang dah ada kat PCB kan? It's not like everyday aku pergi Kelantan pun. The first one was in 1999. The recent one was in 2004. Tu pun sekadar lalu je. Dan kali ni, aku ke PCB dengan lengkap dalam persalinan baju melayu dan samping, cuma tidak bersongkok. Semua orang pandang pelik je. Nasib baik geng perempuan yang join skali tu berbaju kurung...takdelah kekok sangat.



So, Maggi Ketam was awesome. It's like, Maggi with Kari and Ketam. Luckily we shared like 1 bowl of maggi ketam for two persons. The price is quite reasonable; RM15.00. Ketam pilih sendiri, but it's actually about the same size. Ketam fresh ya! Masih hidup ketika dipilih-pilih.

That's about PCB and the rarely found in KL Maggi Ketam.

The next day, we balik ke KL. This time, we decided to drive to KL via Terengganu before taking the Lebuhraya Pantai Timur in Jabur.

The scenery was awesome in Terengganu. Ya lah, ikut jalan pantai kan? Hebat lah. And one thing that we noticed is that the sea water in Terengganu is much bluer than the one in Kelantan. Dan ianya sangat memukau. so, everytime we drove near the beach or some area that sea-visible, we slowed down and curi-curi tengok (aku lah, sebab aku drive kete). Reaching Kuala Tereangganu at almost 3pm; and tengah lapar, we decided to have our lunch at Pantai Batu Burok.

Panas kot! But apa-apa hal, perut perlu diutamakan. Lepas makan, kitorang singgah ambil-ambil gambar di pantai tu dan beraksi lompat-lompat as if memang terlupa sebelum tu baru je lepas makan. Bukan apa, sebab teruja dengan kecantikan pantai Batu Burok tu. But, aku tak jumpa pulak batu yang buruk kat situ. elok je smuanya.



Then... takde apa dah...

Balik KL. Penat. Sampai rumah at around 2 pm. Lepas tu dek kerana perut lapar, singgah mamak sekejap untuk menikmati supper.


That's all. Sekejap je rasa. Tapi untunglah, sebab dapat jalan-jalan.


(Untung lagi member aku yang kahwin tu! Hahaha!)



NUke

Al-kisahnya, aku telah diminta oleh seorang kawan ofis untuk menjadi pengapit beliau. Macam kagum juga lah sebenarnya, sebab aku masih dalam proses 'berkenalan' dengan si pengantin ni. Kitorang baru kenal tak sampai setahun pun lagi. Kenal as in.. betul-betul kenal lah. But, rasa honoured juga lah sebab dapat kepercayaan sang sahabat tu untuk menjadi 'best man'nya pada hari besarnya.

Besaaaaarrr punya! Apa yang besar? sialan lo kalo pikirin bukan-bukan. Lol.

So, the wedding took place in Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Technically, it became my so-called weekend getaway juga lah. Walaupun aku terpaksa attend satu meeting sebelum bergerak ke sana; even though aku dah apply cuti rehat. Naah. That's another story. By the way, perjalanan pergi ke sana melalui Gua Musang, mengambil masa kira-kira 8 ke 9 jam. But perjalanan pulang melalui Terengganu dan LPT took us 15 freaking hours. And aku sangat berbangga sebab sepanjang perjalanan tu, aku yang drive! Weeho! Personal record kot!

So, that's it, aku jadi pengapit. Memandangkan peranan aku pengapitlah cuma, maka aku takleh nak 'overdress' sangat. Cewah. Jadi, perlu serabai-serabaikan sikit muka dengan kumis-dan-janggut-tak-berapa-rapi di dalam persalinan baju melayu yang ditaja kainnya oleh sang pengantin, yang dipadankan dengan samping kain pelekat. Aku malas nak pakai songket sebab susah nak gulung-gulung.





Alkisahnya, orang tua-tua ada berdongengan.. kalau jadi pengapit ni tak boleh lebih dari 3 kali. Tahu kenapa? Kata mereka, setiap kali someone tu jadi pengapit, dia akan tambah 10 tahun (membujang). So, kalau dah 3 kali.. tambah 30 tahun lah ya?

Aku tak berani nak percaya sebab jodoh tu semua urusan Yang Maha Esa.






Lagipun, ni dah kali ke 5 kot aku jadi pengapit. Haha! Gila kau, kalau membujang lagi 50 tahun? So, aku kahwin umur 75 ke apa? Hahaha.



NUke

I was browsing through some folders, then I got distracted by this photo folder which contains photos (obviously) that were taken when I was in Negara Brunei Darussalam.

Well, I kind of miss my friends there.

I kind of miss 'ambuyat', even though I can't finish it.

I kind of miss the traffic jam which equivalent to 5 cars stuck in a controlled-by-traffic-light junctions.

I miss Brunei.





And I miss their young people, who will salam-and-bring their pipi to your hand; as to show their respects to the elderly person.


NUke

Okay. Gejala twitter ni memang semakin parah. Baru-baru ni aku bermain unmention dengan seorang blogger terkemuka Malaysia. Tahun lepas blog beliau menang anugerah. Gila tu... Nak tau siapa? Kena tunggu di akhir entry.

Okay, korang boleh je scroll down..kalau dah tak reti nak bersabar. Babi!



Blogger yang dimaksudkan ini merupakan seorang jejaka yang sangat gemar menangkap gambar. Dan beliau juga gemar mengemaskini blog dengan gambar-gambar yang cukup mengujakan. Walaupun tiada gambar2 berunsurkan kelucahan melampau, namun bagi mereka yang meminati seni visual fotografi, boleh klimaks juga sekali dua. Basah sana sini.

...sebab berpeluh jantan. Kagum dengan hasil karya beliau.

Unmention antara kami bermula dengan seorang kenalan twitter kami yang secara tiba-tiba mempromosikan blog kami di kalangan pengikuit twitternya. Lalu kami menerima beberapa followers baru (tapi blogger popular macam jejaka itu surely lagi ramai follower requests). Tak macam aku, si blogger kecil-kecilan.

Okay. Dari situ bermulalah unmention kami. Masing-masing menafikan kepopularan dan ke-otai-an kami. Padahal jejaka blogger tu memang otai dan popular. sibuk nak kaitkan dengan aku pulak.






Dah la Ren! JanggelTrekker! Rain! Ko lagi popular dan otai lah! Entry ni untuk ko dan pengikut twitter kita tu! Thanks for being such a nice blog & twitter followers!




Hahaha!


NUke

It's been a while since my last entry. Blame it on my busy schedule and my laziness, readers! semua salah mereka. Cewah!

Awal bulan haritu, aku kena menghadiri seminar di Sg. petani, Kedah. Lima hari saja. Dan seminar itu sangat stress. Dan ketika seminar sudah tiba ke penghujungnya, aku berpakat dengan beberapa orang rakan yang turut menghadiri seminar itu itu singgah semalam di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Alang-alang dah pergi utara, kan?

Then, berlakulah satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku yang dah mencecah 25 tahun ni (kalau ikut tahun Islam la). Kalau tahun Masihi, masih lagi muda - 24.

Back to the main story, aku pergi ke fun fair. Ya fun fair. Mungkin itu kali pertama (yang aku ingat lah) aku menjejakkan kaki ke fun fair ketika dewasa. Not a fun fair actually, it's Tapak Pesta Pulau Pinang. Pergi time malam2 baru rasa best. Mula-mula tu macam nak tengok-tengok je. But then, terhasut dengan hasutan kawan-kawan lain untuk main fun fair.




alah, tak main banyak pun. main satu benda alah ni namanya 'Challenger'. Dusuk kat kusi, then benda tu berayun for more than 180 degrees, sambil2 tu deretan seat tu pun pusing2 sekali.

Mula-mula tu rasa cuak. maklumlah, first time nak naik ni. first time jugak masuk fun fair.

haramjadah.

Lepas je main benda alah binawe tu, muka aku terus pucat. Aku hilang keyakinan diri. Muka hensem aku ni rasa macam palat. Perut tak selesa. Nasib baik tak muntah.

Haha.

Aku takkan naik benda alah tu lagi lepas2 ni. Yet, at the same time, aku dengan penuh bangganya boleh berkata kepada orang lain yang aku pernah naik la Challenger bodo tu.

Sialan.


p/s: Anak-anak aku nanti diharamkan untuk menaiki benda alah tu. Muktamad.


NUke

Kejadian ini berlaku secara tidak disangka-sanagka di Alamanda, Ayajartup. Seorang kawan mengajak aku ke Alamanda, Ayajartup untuk menemani beliau membeli selipar yang hilang diambil orang. Maka, dengan rajin dan tabah, aku membontotinya ke hulu dan hilir. Lagipun, aku juga mempunya tujuan yang lain di Alamanda, Ayajartup itu... yakni untuk membayar bil broadband yang aku pun tak pasti berapa jumlahnya.



Lalu, selepas usai urusan membeli selipar dan membayar bil, sahabatku itu mengajak daku untuk masuk ke sebuah kedai di aras 1 Alamanda, Ayajartup itu. Dalam kedai tu ada jual Babi. Seriously, mula-mula aku tak perasan ada babi kat situ, lepas lah aku duk tengok kawan aku tu ralit duk belek-belek barang yang nak dicarinya itu... bila saja dia hampir nak memegang binatang haram tu, aku terkejut dan baru terperasan!

Eh kawan! Jangan pegang! Tu BABI!

Eh, mana? Mana?

Too late, dia dah terpegang Babi tu.

Woi! Tu! kau dah pegang babi!
Kena sertu dan sama' ni!


Ahhh.. Babi ni tak haram.







Babi kan?

Oh! Babi ini dijual di Toys 'R' Us.


NUke



KOPI. Launching.
Annexe Gallery, Central Market
March 24, 2012
12 noon
















captured using Nikon D90
edited using Nikon D90, Photoscape, Adobe Photoshop

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.