Saban tahun, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza akan menghasilkan karya baharu bagi memenuhi kehendak peminatnya di serata nusantara. Terdahulu, album studionya, Fragmen (2014) dan album rakaman secara langsung, Unplugged (2015) telah pun diiktiraf sebagai Album Terbaik pada AIM21 dan AIM22, sekaligus menambahkan lagi beban tanggungjawab beliau untuk sentiasa menghasilkan karya yang terbaik selepas ini.




SIMETRISITI
Siti Nurhaliza
2017

Dibuka dengan trek "Bersandar Cinta", pendengar akan hanyut dengan keindahan susunan muzik yang boleh dikatakan cemerlang yang terdapat dalam karya ini. Perasaan yang serupa boleh dirasakan dalam "Ikrar Cinta". Album ini penuh dengan lagu balada yang begitu sinonim dengan jenama 'Siti Nurhaliza', di mana kekuatan lagu-lagu ini adalah pada kelunakan vokal beliau. Tidak berniat untuk menafikan keindahan sebarang karya dalam album ini, tetapi majoriti lagu yang dimuatkan dalam SimetriSiti kedengaran seperti "just another collection of ballads/pop songs". Berbeza auranya, tidak seperti album 'Fragmen' yang penuh dengan eksperimental elemen muzik baharu.

Kolaborasi SN dengan Judika dalam "Kisah Ku Inginkan" juga dirasakan tidak mencapai tahap 'ummph' yang diharapkan dan sukar menarik minat pendengar pada kali pertama. Seperti sesuatu yang kurang, tidak seperti 'Seluruh Cinta' (menampilkan Cakra Khan) terdahulu. Ditambah pula kolaborasi dengan Faizal Tahir (Dirgahayu) yang boleh dikatakan masih segar, tentunya bukan sesuatu yang mudah bagi SN untuk menandingi 'masterpiece' tersebut. Manakala lagu-lagu seperti "Manis Terindah", "Hiasi Duniaku" dan "Kau Takdirku" pula akan terus menambah lambakan koleksi lagu balada SN, seperti lagu-lagunya sedia ada. Walau bagaimanapun, jika diberi pilihan, lagu "Hiasi Duniaku" adalah yang terbaik untuk diketengahkan sebagai salah satu single pada masa akan datang; dek kerana keunikannya yang berbeza (in a good way) dari segi kualiti rakaman dan susun atur muzik.

"Penghiburku" (menampilkan Joe Flizzow) akan memaksa pendengar untuk mengimbau era 'Dua Dunia' (lagu duet bersama Too Phat). Karya ini seharusnya dipuji kerana melodinya yang rancak, dibantu dengan lirik yang mudah difahami (selain usaha SN menghargai peminatnya yang sentiasa menyokong karier muzik selama ini). Kualiti rakaman lagu ini tidak boleh dinafikan, namun, terdapat sedikit kesamaan di antara lagu ini dengan style muzik Ed Sheeran, khususnya dari segi vibe dan susunan muzik (gitar).

Lagu "Tak Perlu Ragu" adalah karya seni yang sangat 'comel' dalam album ini - sesuai untuk diketengahkan sebagai salah satu single. Ianya secara bersahaja akan menunjukkan sisi 'ceria' seorang penyanyi terunggul Malaysia ini. Manakala on the other side, "Aku Bukan Malaikat" menonjolkan sisi paling gelap dalam SimetriSiti. 

Highlight album terbaru ini adalah single pertamanya, "Segala Perasaan", yang dinilai lengkap dan sempurna dari komposisi susunan muzik, lirik, vokal dan melodi. Outro yang sengaja 'dilewatkan' itu seolah-olah berjaya memberikan impak kepada pendengar yang awalnya menjangkakan lagu tersebut sudah tamat pada ulangan korus yang terakhir. Dalam trek ini, kekuatan vokal SN benar-benar dicabar oleh bait-bait lirik dan saling berlawan dengan elemen muzik yang besar (grand). Sayangnya, lagu ciptaan komposer Indonesia ini, tidak akan menerima pencalonan Lagu Pop Terbaik pada AIM yang akan datang.

SimetriSiti dinilai sebagai sebuah album yang (dirasakan dihasilkan secara tergesa-gesa bagi mengekalkan kelangsungan era Fragmen) mementingkan kualiti, berbanding pemilihan lagu mengikut pasaran semasa. Ianya mengingatkan kita kepada 'Hadiah Daripada Hati', di mana SN berdepan dengan kritikan kerana album tersebut dirasakan tidak mampu menandingi 'Transkripsi' (Album Terbaik AIM14). Sungguhpun begitu, kekuatan 'SimetriSiti' terletak pada kualiti rakaman yang disifatkan sangat baik dan juga elemen muzik skala besar (terima kasih kepada Orkestra Kebangsaan Bulgaria yang memainkan peranan besar). SitiZoners akan menggemari album ini dengan serta-merta, namun, banyak masa diperlukan oleh pendengar neutral untuk menerima buah tangan terbaru Siti Nurhaliza kali ini.

Album ini mungkin akan mengungguli kategori Rakaman Album Terbaik, tetapi sukar untuk dinobatkan sebagai Album Terbaik pada AIM23.


Verdict: 3/5


NUke

Semenjak kejayaan Dayang Nurfaizah dalam 3 siri Anugerah Juara Lagu kebelakangan ini, tak salah dikatakan fan base beliau semakin berkembang. Tak salah juga dikatakan penantian dan kesabaran Dayang Nurfaizah selama bergelar anak seni ini akhirnya berbayar. Dan yang paling penting, ianya tidak berhenti setakat itu.



Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah
2017


Kelahiran album terbarunya, 'Dayang Nurfaizah', ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua, termasuklah aku yang baru sahaja bergelar peminat. Bukannya menutup sebelah mata akan setiap usaha beliau sebelum ini, namun aku rasakan ketika inilah kemuncak kerjaya seni DN, di mana beliau akhirnya mampu membuka mata masyarakat sekaligus membuktikan dirinya sebutir permata yang berharga.

Album terbarunya, dengan mudah memikat hati pendengar. Sebab? Senang. Pendengar tahu akan genre DN, dan beliau melantunkan karya-karya (dalam album itu) dengan penghayatan yang sangat baik. Bersesuaian dengan gaya nyanyiannya, lagu seperti "Layarlah Kembali", "Nanti" dan "Takdir" sememangnya berjaya dibawakan dengan baik! Jika diberikan pilihan untuk single seterusnya, saya akan memilih "Layarlah Kembali" atau "Usah Bilang Cinta"- atas 3 sebab iaitu, kualiti vokal, kualiti kekemasan rakaman dan corak bahasa pada liriknya. Namun, sekiranya DN ingin memperluaskan CV muziknya ketika ini, pemilihan lagu "Dia" sebagai single seterusnya dirasakan bakal menjadi taruhan besar. Kerana, tidak selalu kita mendengar DN mendendangkan lagu (truely) pop dan acapkali pembawakan DN menerusi lagu pop (seperti lagu 'Dayang Sayang Kamu') ini diambil peduli secara serius oleh masyarakat. "Dia", adalah highlight dalam album ini. Manakala lagu "Dalam Diam" pula dilihat sebagai pelengkap kepada album ini - sungguhpun dirasakan ada sesuatu yang 'hilang' pada lagu tersebut.

Usah diperjelaskan tentang lagu "Di Pintu Syurga", "Lelaki Teragung" dan "Tak Pernah Menyerah" kerana karya-karya inilah yang membuka laluan dan telinga masyarakat terhadap kualiti yang ada pada DN. Buktinya? Kesemua lagu ini merangkul kemenangan di AJL - selayaknya.

Kerjasama DN dengan komposer Ajai menerusi "Separuh Mati Ku Bercinta" pula merupakan langkah yang sangat bijak. Ajai bertanggungjawab meletakkan nama DN dalam arena seni muzik Malaysia menerusi karya 'Seandainya Masih Ada Cinta' lebih sedekad lalu. Dan kali ini, beliau sekali lagi menggalas tanggungjawab tersebut bagi memastikan nama DN kekal relevan, khususnya ketika masyarakat kini lebih cenderung ke arah muzik yang dibawakan oleh artis baharu seperti Aiman Tino, Khai Bahar dan sebagainya. Lagu "Separuh Mati Ku Bercinta" selayaknya diberikan kepada DN dan sepatutnya dicipta khas hanya untuk DN. It is just meant for her.

No doubt, this album will also be nominated in few categories in the upcoming AIM23. I am hoping for it to be short-listed in Best Album Cover, Best Pop Song, Best Engineered Album, Best Female Vocal as well as Best Album. Another must-have album for local music lovers.


Verdict: 4.5/5


NUke

Let's talk about music.

Actually dah lama nak menyuarakan pendapat berkenaan dengan muzik semasa Malaysia ni, cumanya masa macam tak berapa nak mengizinkan. Thanks to my new hobbies (cycling and travelling!) Dan alang-alang ada beberapa artis yang baru sahaja mengeluarkan album baharu, baik kita ambil peluang ni untuk buat review sekaligus.



ANATOMI
Faizal Tahir
2016

Tak salah kalau kita katakan yang percubaan Faizal Tahir kali ini menjadi! Album terakhir beliau sebelum ini didapati kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kita. Tak terkecuali aku (walaupun aku ni peminat FT jugalah). Semuanya disebabkan formulasi yang aku kira "tak kena pada waktunya". Albumnya terdahulu dirasakan melangkaui masa di mana genre yang diketengahkan pada ketika itu tidak boleh diterima orang. Namun, berbeza dengan 'Anatomi' yang telahpun menjengah pasaran sejak November 2016 lepas. Dalam album ini, terdapat keseimbangan di antara lagu yang "radio-friendly" dan lagu berat (yang juga akan menjadi "radio-friendly" kalau diulang dengar banyak kali). Pendekatan pop rock seperti "Assalamualaikum" (winner of Best Malaysian Song & Best Song at APM 2015) dan "Sejati" (Best Pop Song & Best Song AIM22) secara mudah akan melekat dalam kepala para pendengar. Apatah lagi balada seperti "Sayang", "Setia" dan "Menang" yang mana muziknya sangat mudah diterima pendengar. Memang senang diakui, FT sounds good in his ballad (songs). "Menang" sekiranya dikeluarkan sebagai single, will definitely be on the top of music charts - a similar effect macam 'Sampai Syurga' dulu.

However, the highlights of the album is not on the above-mentioned songs, but "Suriram" and "Bukan Yang Pertama". If I got to choose between these two, I would pick "Suriram" as the best song of the album. Thanks to its catchy-ness sounds and beautifully-crafted lyrics; menjadikan lagu klasik (reference) itu sebuah rock-ethnics yang dramatik. Sekali dengar, memang tak akan cukup. While, "Bukan Yang Pertama" akan menyebabkan kita berfikir sejenak "really? FT sings this?" - dalam keadaan yang kekaguman. It is a new kind of pop (at least from FT) and will definitely lasts long in music chart (namun, memerlukan masa yang sangat lama untuk mengungguli carta).

Anatomi will receive a lot of nomination in the upcoming awards (probably AIM23). One of the reason is, "Dirgahayu". This power ballad (with Dato' Siti Nurhaliza) - though serves as bonus track; is the perfect nominee for Best Duo/Collaboration Vocal and Best Pop Song in the upcoming AIM23 (if any).

On a down side, the inclusion of three versions of "Assalamualaikum" in the album seems like unnecessary...? But, I am very sure, Faizal Tahir has a lot of reason for that.


Anatomi is undoubtedly the best album Faizal Tahir has ever produced and will definitely win big in the next AIM23, most likely to grab the "Best Album" title.


Verdict: 4.7/5




NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.