
Showing posts with label jasmyn. Show all posts
Showing posts with label jasmyn. Show all posts
Even though we didn't make it through
I am always here for you.
You're so beautiful,
But that's not why I love you.
I'm not sure you know
That the reason I love you is you,
Being you. Just you.
Yeah the reason I love you
Is all that we've been through.
And that's why I love you.
- I Love You; Avril Lavigne
Dan kembali ke alam realiti. Hafiz sedikit terkejut pabila ditegur Hizami yang dari tadi terperasan akan Hafiz yang tidak banyak bersuara, dan begitu asyik melihat kelibat Jasmyn yang mendampingi Zack. Dia segera menoleh dan memberi satu senyuman dengan spontan. Disapanya Farah pada bahu kiri, memberi isyarat kepadanya untuk mengambil gambar kedua mempelai itu.
Okay. Where's your camera? Or you nak I ambil guna my camera dulu?
Tu, atas meja tu. You tolong eh. Tangan I kotor ni, tengah makan nasi.
Okay.
Farah menghampiri pasangan mempelai itu bersama-sama dengan kenalan perempuan yang turut mahu merakamkan gambar sebagai tanda kenang-kenangan.
-
Setelah usai semua sesi menepung tawar dan bergambar, masing-masing mengambil giliran untuk bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada Jasmyn dan Zack. Dan sudah tentu Hafiz adalah antara yang terakhir untuk bertentang mata dengan pasangan raja sehari itu.
Congratulation Jasmyn!
Thanks.
You too, Zack. Congrats.
Thank you Hafiz. Thanks for coming, ya.
No problem. We're friends, right?
Hahaha. Masing-masing tergelak. Tiada apa yang pasti akan makna tawa kecil itu.
Anyway... Zack.
Hafiz tiba-tiba menoleh ke belakang semula ke arah Zack. Ayatnya tergantung. Berkira-kira sama ada untuk dihabiskan atau tidak.
Yeah, Hafiz?
Hm... It's okay. Nothing.
I know. I'll take care of her.
Yes. You better take a good care of Jasmyn.
Jasmyn tersenyum. Kepada Zack. Kepada Hafiz.
Persis ketika itu, dia mahu saja kembali mencari cinta yang hilang antara dia dan Hafiz. Seseorang yang pernah melukai hatinya. Mahu saja dia menjahit segala luka dan membuang segala silam yang bernanah di minda dan benaknya. Mahu saja dia berlari dalam persalinan indah itu bersama cinta pertamanya itu. Mahu saja dia lakukan segala macam dongeng yang biasanya ditonton dalam filem dan TV. Mahu saja...
Jom, Sayang!
Ajakan Zack menemui saudara-mara lain itu menghentikan segala apa yang difikirkan Jasmyn. Dia kini sedar, dirinya kini dimiliki Zack. Hatinya kini untuk seorang lelaki yang dipanggil suami. Dia tahu, taatnya kini kepada suami, asalkan tidak melanggar perintah dan suruhan agama. Zack, lelaki yang berjaya membuatkan dirinya terhibur dan menjauhi segala murung yang diberi Hafiz suatu ketika dulu. Dia sedar, cinta sucinya kini perlu dikongsi bersama Zack.
Dan tatkala menyedari hakikat itulah, mindanya bertanya,
"Jasmyn... antara cinta pertama dan jinjang pelamin..."
"Mana yang akan kau pilih...?"
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku memiliki lebih darimu.
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini.
- Perpisahan Ini; 1st Edition ft. Aizat
- End of Part 8 -
Nota: Hati wanita itu kadangkala sangat kental. Ada kala sangat rapuh. Dia memerlukan kasih dan sayang yang berterusan daripada insan di sekelilingnya. Bagi lelaki, ada kala perilaku baik membawa erti yang tidak disangka, ada kala suatu budi itu membinasakan suatu yang mulia. Perilaku, tutur kata, segala tanda yang ditunjukkan perlu kena pada situasi dan masa. Agar tidak disalah ertikan.
Lalu mengelirukan hati wanita yang tidak bermata.
Hati semua yang tidak bermata.
- End of Jasmyn -
- - -
You found me when no one else was lookin',
How did you know just where I would be?
- You Found Me; Kelly Clarkson
Hari ini merupakan kali kelapan mereka keluar bersama. Hanya mereka berdua. Masing-masing ligat memerhatikan meja kosong untuk meletakkan dulang perang yang berisi dengan dua bungkusan burger ayam, dua air berkabonat, dan dua pek jejari kentang. Restoran McDonald's di Mid Valley Megamall itu sedikit penuh dengan manusia yang keluar berjalan hujung minggu.
There. Orang tu dah habis makan. You pergi duduk dulu. I nak ambil sos.
Okay.
Zack menyuruh Jasmyn segera ke meja yang baru saja kosong. Tidak lama selepas Jasmyn melabuhkan punggung ke kerusi, kelihatan pekerja restoran datang membersihkan meja. Jasmyn melemparkan senyuman kepada pekerja lelaki itu, sebagai tanda terima kasih. Dia kemudiannya membetulkan gaun labuh yang dipakai. Cuba untuk membuatkan dirinya selesa. Zack menghampiri dan duduk bertentang. Dulang berisi makanan dan sos itu diletak perlahan.
Makan. Setelah masing-masing menadah tangan membaca doa yang didahului oleh Zack. Amin.
Jasmyn, the reason I ajak you keluar ni sebenarnya nak tanya opinion you.
Opinion? Pasal kerja ke, Zack?
Sort of la. I hope you don't mind. Ye lah. Hujung-hujung minggu pun terpaksa dengar I menceceh pasal hal kerja.
Haha. It's okay. Used to it. Everytime kita jumpa pun, you mesti cakap pasal kerja you.
Hahaha. Sorry lah.
So, what is it...?
Like this. My boss asked me whether or not I want to pindah ke branch office di Sabah.
Wow! Sabah! Jauhnya. Naik pangkat ke?
Not really la. But... lebih kurang lah.
Then, why not?
Terdiam. Zack memandang bekas air yang berisi Coke. Pekat warnanya, tidak seperti jernih Sprite yang diminum Jasmyn.
Jauh di sudut hati, Jasmyn ibarat mengalah. Membandingkan jernih Sprite yang dinikmatinya dengan kelam warna hatinya ibarat Coke yang dipesan Zack.
The thing is... Zack menyambung. Jasmyn merapatkan diri ke hadapan. Menanti sambung ayat Zack dengan debaran.
...the thing is, I don't want to be far away from you.
Zack! Just go. You will be always with me. Close.
Jasmyn mengambil purse yang disimpan dalam tas tangan. Dibuka dan ditunjukkan gambar Zack yang sudah pun menggantikan potret Hafiz. Dia tersipu malu. Tidak disangka dia akhirnya tewas dengan jujur, budi, dan manis yang dipersembahkan Zack; dan yang pasti, dia sudah mampu melupakan Hafiz yang selama ini dirasakan satu-satunya insan yang dicintai.
Persis ketika itu, Zack bingkas berdiri mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar dockers nya dan kembali duduk. Kedua-dua tangan digenggam bersama.
This is the only time. This is it. Do it now, Zack. Racun mindanya. Matanya tertutup rapat. Sangat rapat.
Jasmyn. Saya, Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair... ingin sekali menjadikan awak teman hidup semati...
Tergamam. Menekup tangan ke mulut yang sedikit ternganga. Jasmyn hilang bicara. Zack kembali menyambung ayat seterusnya. Kali ini matanya dibuka memandang tepat kepada Jasmyn.
...sudikah kiranya awak menerima saya sebagai cinta; peneman hidup untuk selamanya?
Ditadahkan syiling 50sen kepada Jasmyn. Menanti penerimaan atau penolakan terhadap cinta yang baru diluahkan dengan muka yang merah padam.
Klasik. Jasmyn tidak sekali menyangka dirinya dilamar Zack petang itu. Dia kaget. Tangannya menggeletar tatkala minda berkira-kira untuk menerima atau menolak syiling yang ditadahkan Zack.
Saya terima.
Kau umpama susun silang kata, yang terakhir untuk ku.
Sekian lama ku mencari, rupa-rupanya di depan ku.
- Susun Silang Kata; Aizat
- End of Part 7 -
NUke
Dari pandangan matanya yang sayu itu, ku mengerti;
Tutur budi bahasa yang memikat hati, ku senangi;
Ku jatuh hati.
- Mungkin; Ella
Hari yang baru sedikit pun tidak mampu mengubat hati Jasmyn yang terluka dek cinta yang dilupakan Hafiz. Dicapainya telefon bimbitnya, tiada mesej diterima. Hampa. Kemalasan untuk menghadapi hari-hari mendatang terpaksa dilupakan kerna dia kini bertanggungjawab menyara dirinya sendiri.
Setelah dipastikan tubuh sedikit merenggang, diletakkan semula telefon bimbit ke atas katil bersebelahan bantal, sebelum menuju ke bilik air.
-
136 hari berlalu. Dan masih terselit sekeping gambar Hafiz di dalam purse berwarna perang milik gadis itu. Menimbulkan soalan di minda Zack yang menemaninya menikmati cendol di Keramat AU. Petang Jumaat itu dirasakan waktu yang sangat sesuai untuk menikmati kesejukan dan manis rasa cendol itu. Bagi Zack, lebih enak jika dinikmati sekali dengan mi rojak, memenuhi kehendak diri yang mahu dimanjakan setelah penat seminggu bekerja.
Jasmyn... If I ask you this, promise me you won't get mad, ya?
What is it?
(Mengunyah perlahan mi rojak, sebelum menyambung persoalannya.)
Why do you still simpan gambar Hafiz dalam your purse?
Tersenyum dan tunduk, memandang cebisan-cebisan cendol yang sesekali tenggelam timbul dalam larutan gula. Kedengaran Jasmyn berdehem sebelum dia mampu membalas persoalan Zack itu.
I don't know, Zack. I don't think that I have an answer for that question.
It's okay. I'm just asking. Haha.
Haha.
Zack.
Ya, saya.
Should I take out his photo from my purse?
Only if you wanted to...
What do you think?
I think...
(Tertunggu. Dagu ditongkatkan dengan tangan kanannya. Merenung tepat ke sisi wajah Zack yang mulai berjambang.)
I think lah kan...
Apa dia? (Menepuk bahu kiri Zack.)
Haha. I think you should replace it with my photo.
Eleh! Tak mahu lah! You ni tak tahu malu betul...!
Siapa suruh you tanya pendapat I?
Hahahaha. You ni kelakar la Zack.
Hahaha.
Anyway, if you decided to put my photo in your purse, you boleh ambil profile picture I on my MySpace.
You mean, gambar yang you pakai cap hitam tu?
Haih! Macam berminat saja!
Hahaha. I tanya saja lah...
-
Telefon berdering. Panggilan dijawab. Sedikit tertawa. Selamat malam diucapkan kepada insan yang baru saja menelefonnya itu. Dia kembali menghadap komputer ribanya itu. Dia berkira-kira untuk melakukan sesuatu.
Should I print it?
And you could be my summer, and you could be the one;
And you could be my saving grace, and you could be the one.
- The One; Disagree
- End of Part 6 -
NUke
Kata hati merayu aku pergi,
Meninggalkan dirimu, tapi ku tak terdaya.
Mengapa kasih, harus ku alami?
- Jika Kau Kekasih; Linda
Zack memperlahankan kereta yang dipandunya, bagi membenarkan matanya ligat mencari parkir kosong untuk mereka. Dataran Putra itu tidak sehingar seperti selalunya. Tidak ramai umat manusia membuang masa di situ. Barangkali kerana hujan renyai sebentar tadi. Parkir. Enjin tidak segera dimatikan. Membiarkan Jasmyn terus berada di dalam kereta, Zack meminta izin untuk keluar dan duduk di bangku taman. Hatinya begitu pedih melihat luka yang dialami Jasmyn. Ingin membantu, tapi tidak tahu bagaimana. Sedangkan dia bukanlah siapa-siapa pada Jasmyn; yang baru saja berpisah kasih dengan Hafiz.
Bodoh lah kau!
Kenapa pula?
Sekarang ini lah masa untuk kau dapatkan Jasmyn.
Tapi, aku tak boleh.
Pengecut!
Bukan! Tapi dia sedang berduka, kan?
Jadi?
Bukan sekarang. Bukan sekarang.
Fikirannya buntu melawan kehendak emosi dan rasional minda. Mana satu harus dituruti.
Jasmyn melangkah menghampirinya sebelum duduk bersebelahan. Mata Zack tidak beralih memerhatikan riak wajah Jasmyn yang cuba berlagak biasa. Dia buntu. Dan tidak tahu apa yang patut dibualkan.
Here. Your car key. I dah lock dah kereta you.
Thanks.
You're welcome.
You don't mind kan I bawa you ke sini.
It's okay. I need this actually. Lagipun, dah lama kita tak lepak sini ramai-ramai kan?
Yeah. Macam dulu-dulu. Dengan Farah, Izwan, Borhan... Ija.
True.
Jasmyn tersenyum, sesekali menyelak jalur nipis rambutnya yang mengurai ke belakang telinga kirinya.
I missed that good days, Zack.
(Berpaling. Memandang sesama sendiri)
Zack, if only we can turn back the time... kan?
What do you mean, Jasmyn? Saya tak faham.
Dan Jasmyn terus tersenyum, kali ini mengalihkan pandangannya ke dataran yang dilimpahi neon putih. Kelihatan sebuah keluarga kecil sedang bermain lambung bola bersama. Girang. Dialihkan pula pandangan ke sebelah kanan. Sepasang kasih sedang berkongsi aiskrim kon yang dibeli dari pakcik motor yang menjual aiskrim tak jauh dari situ. Tersenyum. Dan sekali menyelak rambut ke belakang telinga.
Jasmyn.
Yes, Zack.
I am so sorry.
For what? (Keliru)
I don't know what to do. Saya minta maaf sebab tak tahu nak cakap apa untuk buat awak lega.
You no need to say sorry. You dah bawa I ke sini. Tu pun dah buatkan I happy.
Glad that you say that.
Jom pergi makan. I lapar lah.
Mapley?
Sounds good. I nak makan prata.
Okay! I belanja malam ni!
If that's the case, I nak makan pizza lah!
Hey...
Dan ketika itu, masing-masing tidak pasti sama ada luka itu sudah terubat; atau bermulanya sesi perkenalan hati budi yang baru. Hati yang hancur berderai; satu persatu dilekatkan; terubat, walaupun parut itu suatu kepastian.
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas cuba menggores pipi
Dan bibirmu
- Awan Nano; Hafiz
- End of Part 5 -
NUke
Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes, you did
- Grenade; Bruno Mars
Sekembalinya Hafiz dari UK langsung tidak diketahui oleh Jasmyn. Masakannya, nombor telefon sudah lama ditukar, emel kirimannya tidak berbalas, pesanan suara dan macam-macam lagi ikhtiar yang dilakukan; semuanya menemukan jalan buntu. Hanya kepasrahan saja yang mampu digenggam Jasmyn. Namun, itu semua tidak lama sebelum perkhabaran pulangnya si kekasih hati itu diberitahu secara tidak sengaja oleh Zack.
Jas! Kenapa kau tak pergi birthday party Norul last week?
Aku baru balik dari site visit kat Ipoh petang tu. Penat. And malas pulak nak pergi.
Oh... Itu yang aku hairan tu, sebab Hafiz ada saja kat party tu.
Sorry...? Hafiz?
Ya, Hafiz. Itu yang aku lagi hairan. Selalunya, mana ada Hafiz, situlah ada engkau.
Hafiz dah balik KL ke, Zack?
Ya. Sempat juga aku berborak sekejap dengan dia. Dah 2 minggu dia balik.
Really?
Haih! Kau ni memang tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu? Dia tak contact kau ke?
-
Hafiz yang sebelum ini terkenal dengan sikap tegas dalam ramahnya kini sudah banyak berubah. Mungkin persekitaran di UK membantu dan menyumbang ke arah perubahan tak terjangka itu. Langsung dia tidak mengambil peduli akan Jasmyn yang selama keberangkatannya di negara asing itu. Jasmyn cuba meyakinkan dirinya bahawa perubahan yang berlaku itu barangkali bersifat sementara. Bagi Jasmyn, kekasihnya itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri semula dengan segala macam perkara di Kuala Lumpur... termasuk juga hakikat sama ada dirinya itu masih lagi bergelar kekasih kepada Jasmyn.
Tapi tidak langsung dalam benak dan hati Hafiz memikirkan akan fakta yang bertaut kukuh selama 5 tahun di dalam hati si gadis.
Hafiz, I know this is your number. Don't lie. It's me, Jasmyn.
Ahh.. Jasmyn. What do u want?
I need to see u. I need 2 talk to u.
Abt what? There's nthg 2 talk abt.
The Dome; KLCC. 2moro. 6pm.
-
Gemuruh, cuak, dan gementar. Semua itu dirasakan Jasmyn; ketika pertama kali ingin bertentang mata dengan Hafiz yang sudah 5 tahun tidak berjumpa. Perasaan itu menjadi lebih teruk apabila Hafiz datang lewat 45 minit dan bersama-sama dengan seorang perempuan yang langsung tidak dikenalinya.
Jasmyn. Meet my girlfriend.
Tangan dihulur untuk bersalam.
Bersalam.
I'm Jasmyn.
Hai Jasmyn. I'm Sofia.
Nice to meet you Sofia.
-
Zack memandu keretanya sedikit perlahan. Dia tidak mahu segera menghantar Jasmyn pulang ke rumah. Biarlah dia menyusur masuk ke arah lebuhraya yang menjadikan perjalanan mereka sedikit panjang. Dia tidak mahu mengikuti jalan biasa yang selalu dilalui Jasmyn. Di sudut hati lelakinya itu, mahu saja dia memeluk Jasmyn, membiarkan gadis itu menangis semahunya di bahu kirinya. Tetapi, siapalah dia pada Jasmyn. Hanya teman yang dicari pabila hati dilukai oleh Hafiz.
Zack sedar akan realiti itu. Kereta Satria berwarna perak itu dipandu laju; menuju ke arah selatan bandaraya penuh dusta. Dan Jasmyn membiarkan Zack terus memandu. Tanpa kata dan soal.
Tak pernah ku bayangkan cerita kita berakhir begini
Tegarnya kau dustai semua janji kita berdua
- Entah; Afgan
- End of Part 4 -
NUke
Menyesal, ku akui tak terima cintamu.
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku.
- Menyesal; 6ixth Sense
Kita park dekat sini saja lah. Nanti, senang sikit nak keluar. Kalau letak kereta kat sana nanti susah nak buat U-turn.
Farah mengangguk sambil mencalit lipstik pada bibirnya. Dia ingin sekali tampak jelita ketika bergambar bersama dengan Jasmyn dan Zack di atas pelamin nanti. Bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Hafiz menunggu Farah menyiapkan solekan dan mengemas alat-alat soleknya masuk ke dalam tas tangan; sebelum pendingin hawa dimatikan, radio ditutup, dan enjin dipadamkan.
Eh! Eh! Betulkanlah sikit kolar baju kau tu.
Alah... okay lah ni. Kau ni kecoh lah Farah.
Sure lah. Aku tak nak ada yang bikin spoil dalam gambar nanti.
Eleh. Diorang yang kahwin, kau pulak berlebih-lebih.
Sedar tidak sedar, mereka telahpun berada di pinggir khemah putih. Kelihatan kedua ibu bapa pasangan pengantin di muka pintu pagar rumah. Masing-masing gembira menyambut tetamu, bertukar-tukar salam sambil tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Respon pabila kunjungan mengucapkan tahniah atas penyatuan dua mempelai. Gembira itu merupakan petanda. Ada kerestuan yang tidak disangkal. Hafiz bengang.
Pengantin dah sampai ke, Uncle?, tanya Farah.
Belum lagi. Katanya dah ada dekat surau depan sana tu. Kejap lagi beraraklah diorang.
Korang dah makan ke belum? Kalau belum, pergi lah makan dulu.
Farah dan Hafiz meminta izin untuk menikmati hidangan 'nasi minyak' dahulu. Dalam pada mereka mencari tempat duduk yang kosong, kedengaran beberapa suara memanggil mereka. Siapa lagi kalau bukan kenalan-kenalan sewaktu di sekolah satu ketika dulu. Mereka mengajak Farah dan Hafiz untuk bersama-sama mereka.
Tidak dijangka, kenduri kahwin Jasmyn dan Zack ini ibarat mini-reunion. Soraya tampak manis berkebaya ungu. Hizami masih lagi kekal dengan style rambut beralunnya, sementara Helmi Hakeem masih lagi kekal sebagai 'si galah' di kalangan mereka - satu 'title' yang dipegang sejak Tingkatan Tiga. Dan ramai lagi yang turut hadir. Ada juga yang sudah beranak dua. Ada juga yang sedang menanti lahirnya cahaya mata sulung. Semuanya bergembira.
Kompang dipalu. Pengantin yang sama padan itu kelihatan dalam persalinan putih. Anggun sekali wajah Jasmyn, walaupun dengan solekan yang serba sederhana dan ringkas. Hafiz terpesona. Sepatutnya, yang berada dan berdiri di sebelah Jasmyn adalah dia. Adalah dia.
Dirinya...
...jika tidak berlaku akan se-peristiwa yang mengubah segalanya.
-
Hafiz.
Ya, Jasmyn?
Have you make up your mind?
I don't know.
You terima sajalah offer tu. Lagipun, itu kan apa yang you mahukan selama ni.
Then, how about you?
Me? I tunggu sini saja lah...
(pause)
... I tunggu sampai you balik lah, sayang.
Then, I'll take the offer.
When are you leaving?
Next 3 weeks.
Hafiz ke United Kingdom untuk 5 tahun. Jasmyn setia menunggu.
Seiring camar pulang, setia pada janji. Itu doaku selama ini.
- Kau Kekasihku; Siti Nurhaliza
- End of Part 3 -
NUke
Meski tak seindah yang kau mau, tak sesempurna cinta yang semestinya.
- Tak Seindah Cinta Yang Semestinya; Naff
Tak disangka, perkhabaran yang dianggap sekadar khabar angin itu sebetulnya akan terjadi. Jasmyn kini memilih Zack, sahabat sekelas mereka ketika di Tingkatan Tiga. Dalam tren menuju ke Kelana Jaya, Hafiz cuma mampu memekakkan telinga dengan segala macam lagu dalam playlist iPodnya itu. Segala perbualan dan hingar rel tren yang bergesel ditulikan.
-
Farah, you're right. Jasmyn is getting married.
Next month.
Yes. You're right.
With Zack.
She asked me to pass you the invitation card. You want to come over to my place or you want me to go over there?
Okay then. I'm going there kejap lagi.
Okay. See ya later. I nak solat Isya' dulu.
Talian dimatikan. Blackberry-nya diletakkan di atas meja komputer. Sejadah yang disidai di kerusi segera diambil dan dibentangkan. Hafiz menunaikan solat. Walaupun pergelangan tangannya masih berhias gelang kayu pemberian Jasmyn; buah tangan dari Auckland.
Liberal dan naif.
-
Here's your invitation card. Anyway, where's your mom? Dari tadi I tak nampak dia.
Thank you. Oh, my mom ada kat atas. Tengah update blog dia kot. She told me dia ada new collection.
What collection? Antiques?
Ye la! Apa lagi? Dia nak share dengan kawan dia la tu. You know la my mom kan? Such a big fan of local antiques.
Cool apa! Not like you, suka barang-barang IKEA je!
Shut up! I nak baca kad kahwin Jasmyn ni...
Oh my God!!!!! She's really getting married!!!!!
Farah tiba-tiba menjerit girang! Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sebetulnya Jasmyn terlebih dulu memberitahu khabar gembira itu kepadanya, cuma tidak berpeluang untuk memberikan jemputan itu sendiri ke tangannya. Farah ternyata teruja dengan berita kenalannya yang bakal bergelar isteri orang itu. Tambahan pula berkahwin dengan rakan sekelas mereka juga. Namun, girangnya itu cuma sementara setelah terlihat akan Hafiz yang sedari tadi menghadap televisyen.
Beb! Kau macam tak happy je?
Beb!
Beb!
Farah menepuk kuat bahu kanan Hafiz. Serentak lamunannya hilang.
Sakit la!
Macam pondan! Tepuk sikit dah sakit. Anyway, apsal kau macam tak teruja je ni?
Takde apa.
Sudah lah tu Hafiz. Let bygones be bygones. Just face the fact that she's chosen Zack. Not you.
Terdiam seketika. Belum sempat hafiz menjawab segala dialog yang dilemparkan Farah ibarat peluru berpandu itu, kedengaran Puan Zakiyah, ibu Farah turun dari tangga menuju ke arah mereka.
Eh, Hafiz! Dah lama sampai?
Aunty, takde lah. baru je kejap ni.
Tangan dihulur. Bersalam. Tangan lembut wanita itu dikucup.
Hafiz dah makan ke? Kalau belum, marilah kita makan sekali.
Farah... ajak Hafiz makan sekali, nak.
Eh, tak payah lah aunty. Susah-susah saja.
Betul tak mahu? Kalau macam tu, duduk dulu. Nanti aunty suruh maid buatkan kopi.
Thanks aunty.
It's okay mom. Nanti Farah buatkan. Kalau mom nak makan dulu, makanlah. Farah nak diet ni!
Kembali menghadap Farah yang kemudiannya duduk di sofa.
Aku menyesal lah Farah. Aku rasa, aku yang patut berada pada tempat Zack sekarang ni.
Hafiz...
No. Aku rasa macam bodoh sangat lepaskan Jasmyn dulu.
Lepaskanlah diriku, kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu.
- Cinta Sempurna; Yuna
-End of Part 2-
NUke
Dan memang selalu aku bersalah. Selalu saja mengabaikanmu, meninggalkanmu.
Bait-bait lirik lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir itu senang saja diulang Hafiz. Entah kenapa dia begitu tertarik dan tertangkap dengan couplet lagu itu. Baginya, memang ada signifikan dan maksud yang mendalam - terhadap apa yang telah berlaku antara dirinya dan juga Jasmyn. Lagu Hanyut yang didengari menerusi iPodnya itu segera dimatikan setelah menyedari dirinya sudah sangat menghampiri stesen LRT Wangsa Maju. Dia berdiri dan berjalan perlahan menghampiri muka pintu, langkah awal yang diambil bagi memudahkan dirinya untuk keluar dari koc yang sedikit padat dengan manusia yang baru selesai beraktiviti pada hari Sabtu.
Tren berhenti. Hafiz keluar.
-
Sesekali Jasmyn menoleh ke kiri dan kanan memerhatikan kenderaan yang laju memecut di sepanjang Jalan Genting Klang. Sudah hampir seminit dia menunggu giliran untuk melintas. Berkali-kali dia menekan punat lampu isyarat pelintas jalan. Masih tidak bertukar hijau. Dia sudah terlambat untuk ke Alpha Angle; ingin bertemu dengan seseorang yang dahulunya pernah bertakhta di hati.
'LINTAS'. Isyarat untuk melintas akhirnya bertukar seperti yang diharapkan. Setelah memastikan tiada kenderaan melanggar peraturan, Jasmyn segera melangkah dan melintas.
-
In case that u reach there 1st, just wait for me at the food court.
Teks ringkas dikirimkan kepada Hafiz, menyedari dirinya mungkin terlewat untuk bertemu. Mengenali Hafiz untuk 13 tahun sejak di bangku sekolah menengah, dirinya tidak mungkin akan lewat kerana lelaki itu sangat persis dan mirip Dato' Hamzah, bapanya - yang sangat menepati masa. Mungkin juga sikap itu yang membuatkan Jasmyn jatuh hati dengan Hafiz satu ketika dulu. Jasmyn tersenyum sambil menghayunkan langkah laju.
-
Hafiz?
Jasmyn...?
Minuman dipesan. Tiada niat untuk menjamah makanan. Masing-masing tersenyum dan tersipu setelah 2 tahun tidak bertemu. Kali ini, perjumpaan yang sepatutnya seringkas dan secepat yang diharapkan itu perlu diselesaikan dengan satu matlamat - menyampaikan khabar dan berita, dan kemudian berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
It's been a long time kan?
Yes. How are you?
Nothing much. You?
As you can see lah. Macam ni saja. Eh! Minumlah.
Here. Jemputan kahwin I. Untuk you and Farah. I hope both of you can come over to my wedding.
Jasmyn menghulurkan sampul berwarna hijau muda kepada Hafiz. Sampul dibuka dan satu kad berwarna putih kelihatan. Ternyata, perkhabaran yang didengar Hafiz selama ini memang benar. Jasmyn is getting married.
Dengan siapa?
Bila?
Di mana?
Persoalan itu muncul satu persatu di benak fikirannya. Dia seakan-akan tidak percaya akan perkhabaran yang diberitakan sendiri oleh si bakal pengantin - Jasmyn. Sambil-sambil Jasmyn menceceh akan persiapan perkahwinannya itu, fikiran Hafiz entah melayang entah ke mana. Puas di tatap satu persatu muka kad jemputan itu. Setiap baris ayat dibaca. Mencari siapakah jejaka yang bakal mengahwini Jasmyn.
Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair.
Rakan sekelas mereka ketika di Tingkatan 3 Bakti.
-
If we love again, I swear (to) love you well. I go back in time and change it; but I can't. So if the chain is on your door, I understand.
- Back To December; Taylor Swift
-End of Part 1-
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.