You found me when no one else was lookin',
How did you know just where I would be?
- You Found Me; Kelly Clarkson
Hari ini merupakan kali kelapan mereka keluar bersama. Hanya mereka berdua. Masing-masing ligat memerhatikan meja kosong untuk meletakkan dulang perang yang berisi dengan dua bungkusan burger ayam, dua air berkabonat, dan dua pek jejari kentang. Restoran McDonald's di Mid Valley Megamall itu sedikit penuh dengan manusia yang keluar berjalan hujung minggu.
There. Orang tu dah habis makan. You pergi duduk dulu. I nak ambil sos.
Okay.
Zack menyuruh Jasmyn segera ke meja yang baru saja kosong. Tidak lama selepas Jasmyn melabuhkan punggung ke kerusi, kelihatan pekerja restoran datang membersihkan meja. Jasmyn melemparkan senyuman kepada pekerja lelaki itu, sebagai tanda terima kasih. Dia kemudiannya membetulkan gaun labuh yang dipakai. Cuba untuk membuatkan dirinya selesa. Zack menghampiri dan duduk bertentang. Dulang berisi makanan dan sos itu diletak perlahan.
Makan. Setelah masing-masing menadah tangan membaca doa yang didahului oleh Zack. Amin.
Jasmyn, the reason I ajak you keluar ni sebenarnya nak tanya opinion you.
Opinion? Pasal kerja ke, Zack?
Sort of la. I hope you don't mind. Ye lah. Hujung-hujung minggu pun terpaksa dengar I menceceh pasal hal kerja.
Haha. It's okay. Used to it. Everytime kita jumpa pun, you mesti cakap pasal kerja you.
Hahaha. Sorry lah.
So, what is it...?
Like this. My boss asked me whether or not I want to pindah ke branch office di Sabah.
Wow! Sabah! Jauhnya. Naik pangkat ke?
Not really la. But... lebih kurang lah.
Then, why not?
Terdiam. Zack memandang bekas air yang berisi Coke. Pekat warnanya, tidak seperti jernih Sprite yang diminum Jasmyn.
Jauh di sudut hati, Jasmyn ibarat mengalah. Membandingkan jernih Sprite yang dinikmatinya dengan kelam warna hatinya ibarat Coke yang dipesan Zack.
The thing is... Zack menyambung. Jasmyn merapatkan diri ke hadapan. Menanti sambung ayat Zack dengan debaran.
...the thing is, I don't want to be far away from you.
Zack! Just go. You will be always with me. Close.
Jasmyn mengambil purse yang disimpan dalam tas tangan. Dibuka dan ditunjukkan gambar Zack yang sudah pun menggantikan potret Hafiz. Dia tersipu malu. Tidak disangka dia akhirnya tewas dengan jujur, budi, dan manis yang dipersembahkan Zack; dan yang pasti, dia sudah mampu melupakan Hafiz yang selama ini dirasakan satu-satunya insan yang dicintai.
Persis ketika itu, Zack bingkas berdiri mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar dockers nya dan kembali duduk. Kedua-dua tangan digenggam bersama.
This is the only time. This is it. Do it now, Zack. Racun mindanya. Matanya tertutup rapat. Sangat rapat.
Jasmyn. Saya, Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair... ingin sekali menjadikan awak teman hidup semati...
Tergamam. Menekup tangan ke mulut yang sedikit ternganga. Jasmyn hilang bicara. Zack kembali menyambung ayat seterusnya. Kali ini matanya dibuka memandang tepat kepada Jasmyn.
...sudikah kiranya awak menerima saya sebagai cinta; peneman hidup untuk selamanya?
Ditadahkan syiling 50sen kepada Jasmyn. Menanti penerimaan atau penolakan terhadap cinta yang baru diluahkan dengan muka yang merah padam.
Klasik. Jasmyn tidak sekali menyangka dirinya dilamar Zack petang itu. Dia kaget. Tangannya menggeletar tatkala minda berkira-kira untuk menerima atau menolak syiling yang ditadahkan Zack.
Saya terima.
Kau umpama susun silang kata, yang terakhir untuk ku.
Sekian lama ku mencari, rupa-rupanya di depan ku.
- Susun Silang Kata; Aizat
- End of Part 7 -
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
keep writing bro!aku tunggu