Mungkin sebab dah diajar sedari kecil, adik-beradik aku mempunyai satu pantang larang yang barangkali bagus kalau dilihat secara positif. Buku-buku tidak sekali-kali dibenarkan dibiar berhampiran kaki, apatah lagi dipijak atau dilangkah. Ianya ibarat membawa ke'sial'an! Cewah.

Bukan apa, buku itu ibarat satu pe-naskah-an ilmu-ilmu yang tak terkira nilainya. Ilmu tu bro... baik ilmu hisab, ilmu agama, ilmu-ilmuan. Semuanya memberikan manfaat kepada kita kalo digunakan dengan baik. Jadi, buku memang mempunyai tahap darjat yang sangat tinggi dikalangan keluarga aku. Semua orang harus dan wajib me-respect buku.

So, bila ada salah seorang daripada kami terlangkah atau tersepak buku; dan terlihat akan seseorang, maka akan adalah yang menjerit:

"Woi!!! Kurang hajar betul! Kau langkah buku tu, apahal..?"

Begitulah. Kami dididik untuk menghormati ilmu.


NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    ilmu tu, tinggi tmpatnya
    iyllienaz said...
    sama laa..nak langkah tak sampai hati tu..
    AkU said...
    n aku masih ingt..kalu buku yg ilmiah...kalu tersepak or terlangkah..ktaorang..kena cium or something..
    ZaidFirman said...
    buku best
    NUke_Rude said...
    all:
    yeap. tinggi martabat buku dan ilmu...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.