Okay. Zaman-zaman dulu memang tak sama langsung macam zaman sekarang. Budak-budak sekarang dah boleh bersenang-senang main PS2, PS3, dan macam2 lagi game yang aku sendiri pun tak tahu. Keji kan? Seingat aku, zaman aku budak-budak dulu, kalau dah dapat pistol air pun dah cukup gembira. Tambah-tambah pulak menang main game tikam-tikam. Tak sangka dulu-dulu aku pernah berjudi. Tapi, tu dulu.
Dan pistol air tu pun dah dipatahkan ayah, sebab tak siap kerja rumah and punca pergaduhan antara aku dan abang, atau adik beradik yang lain. Nak buat camne. Pasrah saja. Time tu ayah garang. Mungkin juga sebab tu hasil kemenangan bermain judi-judi.. so tak kekal lama.
Then, bila dah besar sikit, baru lah main game-game yang berteknologi sikit. dulu-dulu pun, game ape je yang ada? Game lumba-lumba kereta, game tembak-tembak... tak banyak. Dan yang paling best; akak aku sorang tu, ada Brick Game. Dia punya game tu best sebab ada 9999 Games in 1. Gila kau!
Memang inilah game yang akak aku ada dulu. Sama rupa, sama bentuk.
Time hari Sabtu je, kena ambil turn nak main game tu. Ada masa, sampai bateri habis, so lepas-lepas tu, siapa nak main kena guna bateri AA sendiri. Dari situ lah aku dapat tau kalau bateri AA tu dah habis, boleh dicaj semula. Caranya dengan menjemur di tengah panas.
Aku tak tahu huraiannya secara saintifik, tapi aku rasa ia berkesan kot. Sampai masuk asrama aku amalkan petua itu.
Game tetris, lumba-lumba kereta, dan macam-macam jenis game tu lah... kalau sehari memang takkan cukup masa nak main. Sampai lah mata dah naik boring, baru lah pass kat orang lain. Itu semua hanya akan berlaku setelah ibu dan ayah memastikan kerja sekolah siap sepenuhnya. Kalau tak, kena rotan lah jawabnya.
Budak-budak sekarang... rilex je aku tengok... main game dengan mak ayah diorang sekali.
Aku jeles.
Gambar ihsan Google.
NUke
dalam topik : RasaTua
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
yeap. ahahahha.
skyone:
oh. ya! aku rasa, abang aku dlu ada game tu. sound effect dia pun best gak. hahaha.
silbi:
ala.. wallahu'alam la... hahaha.