Matanya ligat menuruti anak panah di skrin, anak panah kecil, atau nama Inggeris-nya adalah 'cursor' itu ligat mencari butang 'Send' pada ruangan emel. Siap. Satu correspondence dihantar kepada potential client yang berminat untuk menyertai ekspo yang diuruskannya.
Perutnya berbunyi. Mengenangkan akan hal itu, dia segera mengaktifkan tetingkap 'Skype' dan sedia berhubung dengan rakan sepejabatnya yang duduk di partition yang lain. Lazimnya, tepat jam 12 tengahari dia akan bertanya, tetpi tidak pada hari itu. Lewat 12 minit.
Hey, what's for lunch?
Lintas jalan?
Dia lebih prefer untuk ke kedai-kedai yang terletak di seberang jalan berbanding dengan deretan kedai makan yang ada di tingkat bawah bangunan. Bosan barangkali asyik menikmati lunch di tempat yang sama. Dengan menu yang sama.
Ok je, assuming that it's not raining lah... haha.
It's okay. I have an umbrella.
Ella
Ella
Eh
Eh
Eh
Hey, kena eja according to pronunciation - Umberella.
Historic. Hillarious. That simple word - Umbrella has somehow lead us to sing Rihanna's signature single. Habis di situ, masing-masing menghabiskan sisa-sisa masa yang ada sebelum waktu makan dengan menyudahkan kerja yang penting.
1.08 petang. 5 orang pekerja itu semuanya bergerak menuju ke kedai makan di blok bangunan kedai yang terletak di seberang jalan. Makanan dan minuman dipesan. Dan sesudah 20 minit, barulah hidangan tiba, sedia dinikmati oleh perut-perut yang lahap mahukan nasi... melainkan seorang rakan yang memesan kuey teow kantonis.
1.58 petang.
Rintik. Semakin lebat. Lebat. Teks ringkas dihantar kepada salah seorang staff, menyatakan akan situasi mereka yang terperangkap dalam hujan dan tidak dapat masuk ke pejabat dengan segera. Sesi bernyanyi-nyanyi di meja makan berlangsung, dari satu lagu ke satu lagu. Sehinggalah lagu hits Rihanna itu.
Hah!!! Where's your Umberella??
It's all because of you. Kalau you tak mention pasal hujan tadi...
No no! You lah! No worry konon. I have umberella lah!
Ha ha.
Berlalu sudah suatu tengahari nan hujan.
NUke
1 Comment:
-
- Faizal Sulaiman said...
April 7, 2011 at 12:39 AMsekali lagi..memang cuaca tak menentu sekarang..bawaklah payung.hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.