AMARAN: Entry berbaur warna. Sila abaikan jika anda seorang racist. Lol.


Rasanya aku selalu juga dengar pasal pantang larang yang satu ni. Ianya berhubung rapat dengan sikap si ibu dan juga akibatnya kepada kandungan yang bakal dilahirkan. Mungkin ianya hanyalah dongeng, atau pun orang tua-tua dahulu kala memang ada nilai-nilai racist nya. Hahaha! Gurauan semata-mata ya. Maaf.

Kalau korang ada saudara mara terdekat yang sedang mengandung, cuba tanya mereka, "Apakah mereka yang sedang mengandung ini ditegah untuk menjamah makanan yang mengandungi unsur-unsur KICAP?" Ya. Kicap. Tak kisah lah kicap masin ke manis ke.. asalkan namanya Kicap, it's a big No NO!





Aku ada dengar pasal hal ni. Kononnya ibu-ibu mengandung ni seeloknya tak payah lah makan kicap. Bukan apa, kononnya akan menjadikan anak dalam kandungan tu 'gelap' a.k.a. hitam lah.

Time aku kecik-kecik dulu, aku percaya gak 'pantang larang' ni. So, bila aku jumpa kawan-kawan sekolah yang warna kulitnya 'tak berapa nak cerah' tu, aku selalu gak tanya, "mesti mak kau kuat makan kicap kan?" - Racist kah aku? Hahaha!

Anyway, bila dah besar sikit, dah masuk sekolah, kolej dan universiti.. aku macam dah bijak sikit la. Hitam ke cerah ke ape ke... semuanya ditentukan oleh faktor genetik... dan tidak lupa juga, kuasa Allah Yang Maha Esa.

Cewah!

Tapi, ya lah. Aku rasa pantang larang macam ni masih lagi menjadi tabu dan bahan bualan dalam kalangan ibu-ibu mengandung... ya dak?

Ke aku sorang je yang pikir macam tu?


p/s: Entry ini diilhamkan oleh seorang kenalan sekerjaya. Kudos to her!




NUke

Sebagai seorang yang bekerjaya dan 'memakan gaji', acapkali kita dilanda krisis kewangan pada tengah bulan, kan? Jadi edisi Vlog kali ini akan merungkai alternatif yang ada bagi mengatasi krisis ini yang mendorong kepada keruncingan pemakanan kita.

Enjoy.









p/s: Video ini sebenarnya dirakam waaaay before bulan ramadhan tempoh hari, cuma beberapa hari lepas yakni sewaktu cuti Raya Aidilfitri baru aku berpeluang untuk memprosesnya. Apa apa pun, let me know your thoughts about this issue, will ya?



NUke

Tersebut lah kisaaaaaaahh, seorang jejaka perkasa (perkasa lah sangat!) pulang beraya ke kampung ayahandanya di negeri Perak. Perjalanan dari Kolumpo ke Perak itu mengambil masa kira-kira 2 jam menerusi lebuhraya PLUS. Terik dan kesesakan dilalui dengan tabah oleh si anakanda, semuanya demi mencari erti kenikmatan berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

Well. To cut it short, lepas dua jam bertarung nyawa dengan panas dan jalan jem, aku sampai kat kampung.





Ibu macam terlebih excited pulak bila nampak kereta aku si anak bujangnya masuk ke perkarangan kampung. Mula-mula nampak beliau di muka pintu rumah. Alih-alih lepas aku matikan enjin kereta, dia dah ada kat sebelah pintu kereta. Magik. Magika!

Tangan dihulur, salam diberi, kemaafan dipohon, kucupan singgah di dahi. Dengan ucapan Salam Aidilfitri.

Lepas aku buat semua benda tu, boleh lak Ibu respon cenggini:

Aik! Seorang je? Ingatkan berdua?! Kot lah nak memperkenalkan ke... apa ke..?

Sambil beliau menjenguk-jenguk di dalam kereta.









Aidilfitri 1434H.

Ibu dah bagi hint untuk mulakan hidup 'berdua' pula lepas ni.


Tolong!!!






NUke

Basically, this kind of summarised my pre-Raya.








Rezeki. The only duit raya yang aku dapat (so far). Haha.


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.