Showing posts with label RasaTua. Show all posts
Showing posts with label RasaTua. Show all posts



Rasanya ini bukan pertama kali aku mention pasal bas Patt Hup. Entry2 sebelum ni pun pernah terselit akan bas ini. Aku cuma tahu pasal bas Patt Hup ni sewaktu aku menuntut di Kolej Matrikulasi kat Melaka dulu-dulu. Sebabnya? Ini lah antara bas lompat-lompat yang ada untuk ke pekan Masjid Tanah.

Kiranya, bas Patt Hup ni macam bas rapidKL / Intrakota (dulu-dulu) la kat pekan-pekan Melaka ni. Dan aku yakin, aku sangat dan akan ingat pasal bas Patt Hup ni sampai bila-bila.

Kisah Benar:-

In order untuk korang naik Patt Hup ni, korang mestilah mempunyai skill dan kemahiran untuk terus 'survive' yang tinggi. Korang mesti tahu untuk beratur di Melaka Sentral dengan tempoh masa yang lama, dan di bawah sinaran terik mentari. Semua itu diperlukan bagi memastikan kau akan dapat 'seat' di dalam bas.

Lagi satu, kau perlu tolak-tolak orang sekeliling untuk naik bas ni. Dah dapat naik, sediakan tambang cukup2. Senang. kalau urusan membayar tambang menagmbil masa yang lama, ada kemungkinan orang belakang kau akan main tolak-tolak dari belakang. Haha!

Petikan dari siri Ku Ampunkan Cintamu (siri 2):

Bas Patt Hup berwarna hijau itu pun tiba di platform. Sama seperti pemandangan biasa di mana-mana, manusia mulai sesak dan berebut untuk menaiki bas. Yang tua ditolak ke tepi, yang bunting terpaksa beralah, dan yang comel cantik didahulukan si jejaka. Budi bahasa kita entah ke mana. Aku membontoti Xyryll ke arah bas itu. Ditolaknya lelaki-lelaki miang yang menempel dan menghalang pintu bas dan terus masuk menuju ke arah tempat duduk paling belakang. Aku cuma menuruti.

Pastikan korang mendapat rehat yang cukup sebelum naik bas Patt Hup. Kalau boleh jangan terus2 naik selepas menikmati makanan atau apa saja juadah. Sebab... nanti bila bas tu bergerak, kau akan melambung-lambung! Sekali lagi aku adaptasikan situasi ini dalam karya aku;

Perjalanan singkat ini terasa sangat lama dek kerana bas yang dinaiki bukanlah bas ekspres, tapi bas lompat-lompat cuma. Aku yang sememangnya hilang mengantuk dek terhayun-hayun di dalam bas walaubagaimanapun kagum dengan kemampuan si Xyryll yang elok saja berdengkur di atas bahu kiriku.

Dan terakhir, pastikan kau penuhkan seat di bahagian depan dulu. Jangan ngada-ngada nak duduk seat paling belakang la... bajet macho (melainkan kau nak turun di perhentian yang terakhir). Kalau tak, kau hanya akan menyusahkan orang ramai yang berdiri di dalam bas, jika kau mahu turun nanti. Dan juga, ia mengurangkan tendency untuk korang di-copet / pick pocket; dan juga diraba bontot & kemaluan. Percayalah.


Kisah Dongeng:-

Aku sendiri sudah men-dongengkan kisah Ku Ampunkan Cintamu. Dalam series itu, ada beberapa insiden yang berlaku semasa watak-watak berada di dalam bas Patt Hup. Di mana Asyraf mendapat tahu bahawa Xyryll lah yang memberikannya nombor telefon 'Alya ketika mereka di dalam bas Patt Hup.

Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya.

Sebab apa aku suka bas Patt Hup?

Sebab ianya terlalu nostalgic.



NUke

Imaginasi adalah satu perkara yang sangat bernas pernah diciptakan tuhan. Dengan imaginasi, macam2 benda boleh jadi. Pada aku, itu adalah konsep LEGO.

Budak-budak lelaki memang patut diberi permainan Lego sewaktu usia kecilnya. Sebab, bagi aku, Lego boleh menjadikan minda budak lelaki lebih meluas. menjadikan imaginasi mereka satu kenyataan yang boleh disentuh dan dirasa dengan gerak jemari dan tangan.

Ya, dari dulu. Sampai sekarang ni... Aku masih sukakan Lego.








"Give me more Legos, and I'll build your dream city."

NUke

Seingat aku, kali terakhir aku makan gula-gula tablet susu Bento ni time darjah 6. Aku tak pasti pula kalau korang pun pernah makan gula-gula ni. And aku baru tahu yang gula-gula ni masih ada di sini.



kagum! packaging pun masih sama.



Gila lama. Terus teringat dulu, begaduh dengan member sebab dia suka 'curik' gula-gula ni dari beg sekolah aku. Balasannya? Aku suruh dia ganti dengan ais krim pop ataupun kad tikam-tikam yang ada sticker tu.

Heh.


NUke

Okay. Zaman-zaman dulu memang tak sama langsung macam zaman sekarang. Budak-budak sekarang dah boleh bersenang-senang main PS2, PS3, dan macam2 lagi game yang aku sendiri pun tak tahu. Keji kan? Seingat aku, zaman aku budak-budak dulu, kalau dah dapat pistol air pun dah cukup gembira. Tambah-tambah pulak menang main game tikam-tikam. Tak sangka dulu-dulu aku pernah berjudi. Tapi, tu dulu.

Dan pistol air tu pun dah dipatahkan ayah, sebab tak siap kerja rumah and punca pergaduhan antara aku dan abang, atau adik beradik yang lain. Nak buat camne. Pasrah saja. Time tu ayah garang. Mungkin juga sebab tu hasil kemenangan bermain judi-judi.. so tak kekal lama.

Then, bila dah besar sikit, baru lah main game-game yang berteknologi sikit. dulu-dulu pun, game ape je yang ada? Game lumba-lumba kereta, game tembak-tembak... tak banyak. Dan yang paling best; akak aku sorang tu, ada Brick Game. Dia punya game tu best sebab ada 9999 Games in 1. Gila kau!

Memang inilah game yang akak aku ada dulu. Sama rupa, sama bentuk.

Time hari Sabtu je, kena ambil turn nak main game tu. Ada masa, sampai bateri habis, so lepas-lepas tu, siapa nak main kena guna bateri AA sendiri. Dari situ lah aku dapat tau kalau bateri AA tu dah habis, boleh dicaj semula. Caranya dengan menjemur di tengah panas.

Aku tak tahu huraiannya secara saintifik, tapi aku rasa ia berkesan kot. Sampai masuk asrama aku amalkan petua itu.

Game tetris, lumba-lumba kereta, dan macam-macam jenis game tu lah... kalau sehari memang takkan cukup masa nak main. Sampai lah mata dah naik boring, baru lah pass kat orang lain. Itu semua hanya akan berlaku setelah ibu dan ayah memastikan kerja sekolah siap sepenuhnya. Kalau tak, kena rotan lah jawabnya.

Budak-budak sekarang... rilex je aku tengok... main game dengan mak ayah diorang sekali.

Aku jeles.

Gambar ihsan Google.

NUke

Perkataan Nostalgia dan Klasik itu dah terlalu common bila mahu men-describe-kan sesuatu perkara yang sudah menjadi sejarah. Sebab tu aku guna terms 'Aku Dah Rasa Tua' untuk segmen terbaru kat blog ni.

It was way back in 1998. Time tu aku Darjah 5, setelah berjaya melompat katak kelas bersama-sama Asyraf Yaakub, Muhammad Haziq Abdul Haiyee, Ahmad Fauzul Adzim, dan juga Ahmad Ridhwan Hassan. Aku satu kelas dengan Muhammad Haziq.

Time tu, aku ingat lagi; bila dah penghujung tahun; satu fenomena dan senario luar biasa berlaku di SKSTB. Budak-budak semua sibuk mahu bermain yoyo. Ini semua gara-gara iklan dan komersil Pro-Yo!



Kiranya, sapa yang ada Pro-Yo memang dah hebat dan up-to-date. Dulu-dulu, walaupun harganya RM19.90; tapi, bagi budak sekolah yang pakai uniform biru (sebab aku jadi pengawas disiplin) macam aku ni... Besar wooo amount RM19.90 tu. Brape banyak kali boleh main tikam-tikam and menang coklat atau pistol mainan yang ada belerang tu. Dan ketika itu, aku cuma mampu memasang niat untuk memiliki Pro-Yo.

Sehinggalah penghujung tahun 1999. Lepas habis UPSR, ada lawatan kelas PEKA 21 ke Pulau Langkawi. Time tu, ibu bagi aku duit poket sebanyak RM30 sahaja. Dan aku menyerahkan wang itu kepada Cikgu Zainal Abidin yang pakai kopiah tu untuk simpan. Sebab apa? Sebab takut terbeli benda yang bukan-bukan and entah apape kat Langkawi. Hari terakhir di sana baru aku minta balik duit aku tu; dan beli lah jajan and key-chain bentuk penyu or burung helang.

On the way balik KL (naik bas sekolah), barulah rasa macam mewah sebab masih ada duit yang banyak. Then, nak di jadikan cerita; bas sekolah tu berhenti kat stesen minyak BP untuk isi minyak. Dan aku, bukan main gembira lagi sebab dapat beli PRO-YO !! ! ! ! !

Aku punya Pro-Yo, lebih kurang yang macam ni lah.

(Dulu2, Pro-Yo ada jual kat BP je.)

Ada juga kawan-kawan aku yang lain beli.

Balik sekolah; since UPSR pun dah habis, maka bermainlah kami Pro-Yo itu. Belajar skill yang macam2 through manual yang disediakan. Antara yang aku ingat... 'Walk the Dog' dan 'Round the World'. Mula lah berlawan2, tunjuk sapa lagi hebat.

So, bila aku dah tiada mood untuk berPro-Yo...?

Bila tali yoyo tu dah putus. Abang aku punya pasal. Lepas tu, dia pulak beli Pro-Yo... setelah aku punya dah jahanam.

At the same time, aku ada permainan lain! Nanti aku cerita...

Gambar: Sumber Google.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.