Rasanya ini bukan pertama kali aku mention pasal bas Patt Hup. Entry2 sebelum ni pun pernah terselit akan bas ini. Aku cuma tahu pasal bas Patt Hup ni sewaktu aku menuntut di Kolej Matrikulasi kat Melaka dulu-dulu. Sebabnya? Ini lah antara bas lompat-lompat yang ada untuk ke pekan Masjid Tanah.

Kiranya, bas Patt Hup ni macam bas rapidKL / Intrakota (dulu-dulu) la kat pekan-pekan Melaka ni. Dan aku yakin, aku sangat dan akan ingat pasal bas Patt Hup ni sampai bila-bila.

Kisah Benar:-

In order untuk korang naik Patt Hup ni, korang mestilah mempunyai skill dan kemahiran untuk terus 'survive' yang tinggi. Korang mesti tahu untuk beratur di Melaka Sentral dengan tempoh masa yang lama, dan di bawah sinaran terik mentari. Semua itu diperlukan bagi memastikan kau akan dapat 'seat' di dalam bas.

Lagi satu, kau perlu tolak-tolak orang sekeliling untuk naik bas ni. Dah dapat naik, sediakan tambang cukup2. Senang. kalau urusan membayar tambang menagmbil masa yang lama, ada kemungkinan orang belakang kau akan main tolak-tolak dari belakang. Haha!

Petikan dari siri Ku Ampunkan Cintamu (siri 2):

Bas Patt Hup berwarna hijau itu pun tiba di platform. Sama seperti pemandangan biasa di mana-mana, manusia mulai sesak dan berebut untuk menaiki bas. Yang tua ditolak ke tepi, yang bunting terpaksa beralah, dan yang comel cantik didahulukan si jejaka. Budi bahasa kita entah ke mana. Aku membontoti Xyryll ke arah bas itu. Ditolaknya lelaki-lelaki miang yang menempel dan menghalang pintu bas dan terus masuk menuju ke arah tempat duduk paling belakang. Aku cuma menuruti.

Pastikan korang mendapat rehat yang cukup sebelum naik bas Patt Hup. Kalau boleh jangan terus2 naik selepas menikmati makanan atau apa saja juadah. Sebab... nanti bila bas tu bergerak, kau akan melambung-lambung! Sekali lagi aku adaptasikan situasi ini dalam karya aku;

Perjalanan singkat ini terasa sangat lama dek kerana bas yang dinaiki bukanlah bas ekspres, tapi bas lompat-lompat cuma. Aku yang sememangnya hilang mengantuk dek terhayun-hayun di dalam bas walaubagaimanapun kagum dengan kemampuan si Xyryll yang elok saja berdengkur di atas bahu kiriku.

Dan terakhir, pastikan kau penuhkan seat di bahagian depan dulu. Jangan ngada-ngada nak duduk seat paling belakang la... bajet macho (melainkan kau nak turun di perhentian yang terakhir). Kalau tak, kau hanya akan menyusahkan orang ramai yang berdiri di dalam bas, jika kau mahu turun nanti. Dan juga, ia mengurangkan tendency untuk korang di-copet / pick pocket; dan juga diraba bontot & kemaluan. Percayalah.


Kisah Dongeng:-

Aku sendiri sudah men-dongengkan kisah Ku Ampunkan Cintamu. Dalam series itu, ada beberapa insiden yang berlaku semasa watak-watak berada di dalam bas Patt Hup. Di mana Asyraf mendapat tahu bahawa Xyryll lah yang memberikannya nombor telefon 'Alya ketika mereka di dalam bas Patt Hup.

Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya.

Sebab apa aku suka bas Patt Hup?

Sebab ianya terlalu nostalgic.



NUke

6 Comments:

  1. Ren said...
    Huhuhu boleh bikiun filem dengan bas ni! :)
    Faizal Sulaiman said...
    ok nuke.kat tmpat aku ada bas pesen ni.namanya omnibas, selalu ke mersing. memang tunggu masa nak berderai jek.

    tapi dari segi value, bas ni ada nilai nostalgic, macam ko cakap tu
    Unknown said...
    entah entah kita pernah ketemu.

    haih melaka, melaka.
    NUke_Rude said...
    Janggel:
    hahaha. tu lah., kalau diberi peluang, kenapa tidak?

    faizalsulaiman:
    bas omnibas tu kaler merah putih kan? eh? ye ke?

    juno:
    ya. mungkin. mungkin.
    zixol said...
    aku matrik mlaka jugak..xtau pon bas tu nama patt hup..slalu naik teksi sapu je..
    NUke_Rude said...
    zixol:
    bas patt hup tak lalu dpn KMM. dia stop sampai pekan masjid tanah je.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.