Dua ribu sebelas pun sudah hampir tiba ke penghujungnya. Maka, ia adalah masa yang sesuai untuk menge-post entry 'Bungkusan Tahunan'. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni, entry ini akan dijadikan rujukan (haha) untuk segala macam peristiwa yang dah aku alami / lalui sepanjang tahun ini.

Dan yang nyata... selepas kewujudan entry bungkusan tahunan ini pastinya akan dipaparkan 100 lagu yang paling kerap dimainkan oleh NUke Rude sepanjang tahun ini juga. Tunggu ya.

Basically, 2011 menjadi penanda aras dalam perkembangan karier aku. Of course, kisah kerjaya aku bermula dengan timbulnya rasa untuk 'berkembang', lalu aku mengambil keputusan untuk mencari environment baru. Aku quit 2nd job aku, untuk ke 3rd job pada February lalu. Sepanjang mengembangkan sayap karier di tempat baru, aku banyak explore bnda2 baru. Dan bekerja dengan macam2 jenis orang.


And of course, the best part of it is going to Bangkok. And also, handling an event in Brunei Darussalam.

Lepas ni apa? Wallahu'alam.

Meanwhile, dari segi perkembangan keluarga; few things happened. People love and hate. They once found the connectivity and chemistry among each other... until they don't really know how to use them anymore, and decided to split.

Moving on to Financial status. Masih sama seperti tahun2 lepas. Walaupun gaji naik dan bertambah, aku masih tidak berapa nak boleh untuk menyimpan due to higher commitment towards family and also self-improvement. Subscribed to gym; in order to have a better fitness; decided to invest and take up an insurance plan, and also ada komitmen baru untuk membayar Motorsikal !!

Blogging-wise, Alhamdulillah, jumlah followers bertambah berbanding tahun lalu. But, I also noticed that some of them have decided to un-follow. It's okay. People come and go. No point juga kalau follow blog, but then, they don't even care to open/view or even read the posts. After all, aku pun tak boleh paksa siapa2 untuk suka dengan setiap penulisan aku.


Siri Jasmyn menerjah pasaran! (cewah!). Berbeza dengan 3 karya besar aku sebelum ni, Jasmyn pada aku dilihat sebagai satu kombinasi jalan cerita dengan bait-bait lirik yang di-feature-kan pada setiap awal/akhir setiap chapter. And of course, siri Jasmyn ini hanyalah fiksyen.

Other than that, aku personally rasa yang koleksi Vlog aku semakin 'matang' kot... hahaha. matang dari segi susunan objek, pencahayaan, dan jugak content. Ada komen di situ? Atau aku hanya syok sendiri? Haha.



Short stories juga berjaya di-publish-kan. Antaranya ialah 17 Ramadhan Terakhirku dan Facebook Haniff. Menambahkan lagi portfolios aku yang kini sudah 9 tahun bergelar blogger.



One thing that I learnt in 2011;

Tidak semua orang akan menghargai kita dengan segera. Kadang kala ia mengambil masa.



NUke

11 Comments:

  1. a.t.O.k. said...
    9 tahun? tegar. haha. nice quote btw.
    Faizal Sulaiman said...
    9 tahun??

    aku muda lagi dari waktu itu. perghh

    keep writing bro.aku baca sentiasa!
    aindbest said...
    gud luck en.nukerude..masih ade yg menyokong dlm diam..sperti sy.. =)
    Ren said...
    Semoga semakin melangkah ke hadapan! Selamat tahun Baru!
    Unknown said...
    jom kita beli insurance ada a few nk pilih tapi tak tahu mana 1..
    fizz said...
    yawn.......
    Awie Omar said...
    TAHNIAH !!!

    ANUGERAH EKSTRAVAGANZA 2011
    MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA BLOG
    ANDA SEBAGAI PEMENANG BAGI KATEGORI

    BEST VARIETY BLOG

    http://awieomar.blogspot.com/2011/12/anugerah-ekstravaganza-2011.html

    TERUSKAN BERBLOGING DENGAN JAYANYA
    DAN SELAMAT TAHUN BARU 2012
    NUke_Rude said...
    atok:
    terima kasih. syukur, masih bertahan lagi sampai sekarang!

    faizalsulaiman:
    haha. xpe. sedar x sedar nanti.. tau2 je da 20 tahun jd blogger ;)

    aindbest:
    terima kasih banyak2 ain. :)
    NUke_Rude said...
    Janggel:
    terima kasih sebab sudi baca & follow blog ni selama ni. selamat tahun baru juga.

    tengku:
    Prudential takaful pun ok juga.

    fizz:
    Lol. Yawnn....

    Awie Omar:
    Thank you so much bro. Rasa teruja pula. Walaupun biasa2 cuma, tapi saya amat menghargai pengiktirafan itu.
    xx said...
    Mcm mana nak beli Jasmyn ?
    NUke_Rude said...
    hafizzuan:
    Err.. jasmyn tidak dipublishkan dalam hard copy. ianya cuma novel-blog. boleh dibaca dengan klik poster Jasmyn di bhgn sebelah kanan blog.

    :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.