Kesempatan ke Brunei atas dasar kerja haritu tidaklah aku sia-siakan. Bak kata orang, alang-alang dah melawat tempat orang; apa kata kita cuba makanannya sekali. Jadi... antara makanan yang sinonim dengan Brunei Darussalam adalah 'Ambuyat'.

Dengar pun macam pelik kan?

Alkisah bermula pada zaman dahulu kala... sago itu diproses entah macam mana... sehinggalah menjadi likat seperti cairan mukus. Nama diberi adalah ambuyat. Kalau nak makan ambuyat ini, ada penyepit khas (ala-ala chopsticks) dan dikepit dan digulung-gulung sampai la putus.

Muka bangga lepas berjaya makan ambuyat! Fear Factor tu!

Hm, nak tunjuk pun tak reti sebab lupa nak amik video haritu. Pandai-pandai la korang imajin.

Then, ambuyat yang berjaya dikepit-kepit dan digumpal-gumpal itu hendaklah dicicah dalam kuah 'Binjai'. Depend pada sesetengah restoran la... ada yag combine binjai, budu (tak sure), dan tempoyak.

Masuk je mulut.... korang tak boleh kunyah benda tu. Kena telan terus. Sorry to say, telan ibarat menelan kahak. Huhuhu. Well, orang Brunei sendiri cakap macam tu kat aku.

Dan di situlah siksaan aku bermula. Dah lah kerongkong aku ni tak berapa nak besar. So, jenuh jugaklah aku nak menelan benda tu. And ambuyat ni baunya takdelah wangi sangat. So ada satu point tu rasa macam nak muntah balik. Betul-betul Fear Factor.

But; it was 'nyaman' yakni sedap!

Siapa dapat makan ambuyat ni tanpa mengeluarkannya semula .... diibaratkan sebagai seorang yang kuat dan tabah la kiranya! Hahaha!

I've tasted it. At least once in my life.

And now it's your turn.

Don't forget to try Ambuyat if you happened to visit Brunei.


NUke

2 Comments:

  1. Joey said...
    hahaha. it's easy to make one. just ada tepung sagu and air panas. That's all.

    and the penyepit khas tu, we call it candas. Brunei is not the only place u can eat ambuyat, fyi! :)
    NUke_Rude said...
    oo.. namanya candas eeh??

    ok, now i know.

    :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.