
NUke
I can't be like...choosing Yuna over my mom.
Aik! Seorang je? Ingatkan berdua?! Kot lah nak memperkenalkan ke... apa ke..?
NUke
dalam topik : ibu
NUke
NUke
NUke
Kau rasa kan,
Kalau aku luahkan perasaan sayang aku kat sini,
Dia baca tak?
Saya
Sayang
Ibu!
Selamat Hari Lahir.
December 22.
NUke
dalam topik : ibu
NUke
dalam topik : ibu
dalam topik : ibu
Tinggal berdua saja di rumah. Dengan ibu. Yang lain mana pergi? Merata-rata. Ada kat kampung, ada yang gi kursus, ada yang dah balik ke skolah asrama.
dalam topik : ibu
Dah hampir 3 minggu rasanya ibu bekalkan aku makanan setiap pagi.
Sebab ibu tahu yg aku mesti tak sempat nak bersarapan di rumah.
Dan setiap bekalan yang ibu berikan itu, pasti aku jamah...
Walaupun ada kalanya tidak dapat aku habiskan.
Dan peristiwa ini mengingatkan aku ketika zaman sekolah.
Ibu selalu membekalkan adik-beradik dgn nasi goreng
Atau pun roti telur yang garing.
Nyatanya, aku memang tak suka nasi goreng utk dimakan waktu pagi
Ataupun sewaktu rehat.
Apa yang aku buat?
Aku sengaja tinggalkan bekal di dalam laci meja sekolah
Dan pulang; berkata lupa mahu membawa bekas pulang.
Esok pagi, sampai sekolah... Aku buang bekas tu dalam tong sampah besar!
Bukan bekas tupperware pun... Bekas murah. Mungkin tidak mengapa.
Semua itu kisah tahun 1997.
Dah 12 tahun berlalu.
Dan kini baru aku mahu menghargai setiap usaha murni ibu setiap pagi.
Kasihnya ibu memasakkan aku nasi goreng dan roti telur.
Yang mengenyangkan perut sewaktu diri kesejukan di dalam ofis.
Kalaulah 12 tahun lalu aku tahu dan mahu mengerti semua itu.
Aku yakin, aku pasti senang hati dan badanku pasti berisi.
Ibu, saya tak tahu sampai bila lagi saya dapat rasa bekalan yang ibu sediaka itu.
Mungkin sehingga 10 tahun lagi..
Atau mungkin tiada lagi bekal untuk esok pagi?
Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu.
NUke
dalam topik : ibu
salam.
sorry sebab lama tak update. Aku sekarang ni ada di rumah. Since kat rumah ni ada 1 je broadband dan penggunaannya terhad (sbb ramai lagi org kat rumah ni memerlukan internet connection), maka takleh la slalu nak update blog.
May 10.
Ada org kata hari ini ialah Hari Ibu. ye ke?
Kalau ye, Selamat Hari Ibu untuk ibu aku. Tapi aku nak ibu tahu yang setiap hari sepanjang hayatku juga adalah hari Ibu. Sebab aku tak mahu pada 10 Mei saja aku mengingati ibu. Aku mahu mengingati ibu sepanjang hayatku. Sebab apa? Hai, takkan nak tanya juga?
May 10.
Selamat ulang tahun kepada adikku. Maaf, abang kamu ni tak dapat nak wish face to face sebab kamu pun berada di sekolah asrama sekarang. Cukuplah doa supaya kamu mengecapi apa yang diimpikan dan perolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Abang mana tak sayang adik kan?
May 10.
Setahun yang lepas, aku mem-publishkan entry yang pertama aku di http://nukerude.blogspot.com/; yang mana ia kemudiannya menjadi laman rasmi bagi aku.
Selamat ulang tahun PERTAMA wahai NUke Rude Blog.
NUke
Salam.
pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).
Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?
Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.
Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.
Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?
Terima kasih ibu. saya sayang ibu.
NUke
IBU
HAPPY BIRTHDAY
56
22DEC2008
text and images are courtesy of Utusan Online.
---------------------------------------------
1 Disember 2008, Isnin.
Rumah bagai mini muzium
BAYANGKAN, sembilan almari hiasan dimuatkan dalam satu ruang tamu. Jika tidak pandai menyusun aturnya, memang ia boleh menjadikan kawasan itu berserabut dan menyempitkan ruang serta menjadikan pergerakan kurang selesa.
Namun bagi Rabiah Abdul Majid, ia bukan satu masalah besar kerana apa yang lebih penting ialah perabot-perabot antik kesayangannya itu yang telah dikumpul sekian lama, tersusun dan dijaga elok di ruang tamu banglo kecilnya.
Ketika kunjungan ke banglo comel itu yang terletak di Taman Jasa, Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor baru-baru ini, tiada keistimewaan yang dapat ditafsirkan tatkala melihat banglo tersebut dari luar.
Malah Rabiah sendiri mengakui, hanya banglonya saja di kawasan perumahan mewah itu yang tidak dibuat apa-apa ubah suai.
‘‘Saya rasa tidak perlu membelanjakan banyak wang bagi membesarkan rumah kerana apabila anak-anak telah berumah tangga, mereka akan tinggal di rumah sendiri.
“Akhirnya, saya tinggal berdua sahaja bersama suami. Apa yang penting saya selesa dengan rumah ini,’’ ujarnya.
Rabiah yang membeli rumah empat bilik ini daripada adiknya pada tahun 1992, membiarkan apa yang ada pada rumah ini tanpa sebarang penambahan.
Baginya, rumah walau bagaimana besar dan luas pun jika tidak pandai menyusun atur perabot dan barangan yang ada, pasti tidak nampak selesa.
Justeru itu, setiap ruang yang ada di rumahnya terutama di ruang tamu digunakan sebaik mungkin dengan meletakkan perabot yang bersesuaian agar nampak cantik, selesa dan seronok dipandang.
Menurut Rabiah, yang memiliki sebuah kedai antik di Pinggiran Ukay, beliau terlalu menyukai barangan antik sehinggakan terbawa-bawa ke rumahnya.
‘‘Ada orang yang menjual barangan antik tetapi tidak suka menghias rumah dengan barangan tersebut. Sebaliknya rumah dihias dengan perabot moden.
“Berbeza pula dengan saya kerana baik di kedai atau di rumah, barangan antik adalah kesayangan saya,’’ kata Rabiah yang ditemani suami, Mahmod Kamaruddin.
Berada di ruang tamu rumah Rabiah seakan-akan berada di sebuah muzium mini. Setiap tetamu yang berkunjung pasti akan terleka memerhatikan pelbagai koleksi antiknya.
Berhadapan dengan bangku panjang tempat tetamu melabuhkan punggung kelihatan sebuah almari tinggi warisan moyang yang menyimpan pelbagai jenis perhiasan daripada tembaga seperti dulang-dulang dan periuk belanga.
Kata Rabiah, almari tersebut mempunyai nilai sentimental dan tidak akan dijual walaupun ada yang menginginkannya.
Di sebelahnya, kelihatan pula sebuah almari perhiasan yang di dalamnya tersusun kemas koleksi pinggan mangkuk antik yang berusia sehingga seratus tahun.
Sebuah almari yang dijadikan tempat menyimpan lauk pada zaman dahulu berdiri gagah walaupun telah berusia ratusan tahun. Almari nyonya ini yang dahulunya bertutup dengan net dawai kini digantikan dengan kaca berwarna-warni dan sememangnya nampak cantik.
Selain itu, terdapat sebuah lagi almari hiasan besar yang dinamakan almari sisi yang diletakkan bingkai gambar ahli keluarganya dan barangan perhiasan kecil.
Apa yang menariknya, terdapat sebuah almari yang nampak tipis dan mempunyai pintu bertingkat yang boleh ditarik dan dinaikkan ke atas bagi mengambil barangan di dalamnya. Almari ini juga dijadikan almari perhiasan dengan susunan pinggan mangkuk lama.
Berhampiran dengan pintu bilik tidur Rabiah, diletakkan sebuah lagi almari perhiasan antik juga dijadikan tempat mempamerkan barangan perhiasan lama. Pendek kata setiap almari yang terdapat di dalam rumah ini mempunyai kisah tersendiri.
Selain koleksi almari, perhiasan antik lain yang menjadi penyeri rumah memang tidak ternilai harganya. Di antara yang boleh dilihat ialah gramofon lama berbentuk bunga raya merah yang masih boleh digunakan, koleksi kukur kelapa, tiga bakul sia besar yang dibuat khas bagi mengisi hantaran perkahwinan zaman dahulu, mangkuk tingkat ayan berwarna hijau, jam dinding antik dari Jerman selain tempayan dan pasu besar.
Meninjau ke dalam bilik tidur Rabiah, terpukau melihat katil Belanda empat tiang yang berusia beratus tahun masih tersergam kukuh dan disimpan sebagai kenang-kenangan.
Di satu sudut di dalam bilik tidurnya, diletakkan almari nyonya tempat mencuci tangan dan muka yang unik.
‘‘Dulu-dulu bila bangun tidur, orang akan mencuci muka dan tangan di besen yang terdapat pada almari ini,’’ ujar wanita berasal dari Melaka ini.
Berhadapan dengan katilnya pula diletakkan sebuah almari solek yang menurut Rabiah, ketika mula-mula diperoleh dahulu, meja tersebut hitam berkilat dan tidak nampak nilainya. Bagaimanapun setelah dibersihkan dan dirawat semula barulah nampak keindahan seni warisannya.
Rabiah yang menikmati masa santainya dengan melihat koleksi antiknya mengakhiri pertemuan dengan berkata: ‘‘Melihat barangan antik seperti dapat melihat sejarah zaman lampau dan membayangkan bagaimana nenek moyang kita dahulu membuat dan menyayanginya untuk diwariskan kepada anak cucu.’’
-------------------------------------NUke
Fifty.
Post yang ke 50.
Good.Bad.Suck.Luck.Exam.
Thesis.Holiday.Missing.Cellphone.Credits.
Butch.Charco.Money.Friends.Love.
Study.Final.2008.Concert.Music.
Shooting.Nuclear.Job.Graduate.University.
Dentist.MINT.Sample.Lab.PC.
YM.Email.Youthsays.Survey.Blog.
Wireless.Sleep.Online.Youtube.CD.
Itit.J.Key.Mom.Dad.
Wedding.Raya.Break.Bored.Update.
50 thoughts.
NUke
