Jadi, kesimpulannya, itu hari aku masak Paprik Ayam, sementelah teringat yang aku pernah 'berjanji' dengan ibu untuk masakkan untuk beliau. Untuk makluman awal, sang ibu mengaku yang dia tak reti nak masak paprik. 

"Apa dia? Pap? Pape? Paper syirik?" - Ayat yang di-exaggerate oleh aku ketika mengajukan tentang persoalan paprik kepada beliau tempoh hari.

Jadi, bersempena dengan kepulangan si ibu daripada menunaikan ibadah haji tempoh hari, maka aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengotakan janjiku pada beliau. So, hari Sabtu nan indah yang lalu, aku mencuba nasib diri untuk meng-impress-kan si ibu dengan masakan bujangku inieww. hewhewhew.





Cara masak Paprik Ayam Hensem:-

Bebahan yang kena ada:-

Ayam yang dipotong dedadu. (Kuantitinya bergantung kepada berapa orang yang nak melantak nanti)
Cili giling / mesin
3 Bawang putih
3 Bawang kecil
1 Bawang besar (dihiris)
Baby corn (pipotong panjang)
Separuh batang lobak merah (dipotong panjang)
Sos cili
4 cili padi (ikut tahap pedas korang lah!)
Daun limau purut.
2-3 Limau nipis (ikut level kemasaman yang korang nak lah!)

Garam
Gula

Cecara:
Tumis bawang putih dan kecil sehingga naik sehh bau. Lepas tu, masukkan cili giling/mesin. Biar menggelegak sikit. Masukkan ayam yang didadukan itu. Then, adjust water level dalam kuali. Chewah.

Lepas tu, masukkan lobak merah dan baby corn.

Lepas-lepas tu, adjust garam dan gula secukup selera korang. Then, kalau nak pedas-pedas hangat sikit, bubuh cili padi. Then, adjust guna sos cili. Recommended: Sos Cili Thai.

Ha! Lepas tu, perah limau nipis tu.

Tunggu la sekejap sampai kuah tu macam kering-kering sikit, lepas tu masukkan daun limau.

Rasa-rasa and adjust gula and garam (jika perlu).



Ta-da! Siap!

Paprik Ayam Hensem!




Selamat menchoba!

NUke

2 Comments:

  1. Ren said...
    Huntungla NUKE pandai MASAK.
    NUke_Rude said...
    Janggel:
    Heheheh. biasa laa..

    Hidney:
    Eh! terbagi pulak full resepi. hehe. thank you. :3

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.