Bismillahirrahmanirrahim.

Keluar je dari pejabat, aku terus meluru ke arah lif dan segera turun mendapatkan motorsikal yang diparkir kemas sedari pagi. Perasaan untuk pulang semakin membuak-buak mengenangkan lauk pauk yang dimasak oleh ibu. Enjin motorsikal dihidupkan dan dibiarkan panas untuk seketika, sebelum perjalanan dimulakan menuju ke rumah bonda.

Hujan sedikit renyai menjadikan satu alasan untuk tidak perlu tergopoh. Sabar. Laluan yang lazimnya lancar dengan lampu isyarat trafik yang selalunya hijau, kini berbeza dan sebaliknya. Entah mengapa hari itu jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang bersesak-sesak menuju entah ke mana. Lampu isyarat juga semendangnya merah; seolah-olah menahan diriku untuk segera pulang ke rumah.

Melewati Jalan Tun H S Lee, masuk menyusuri Jalan Tun Perak di bawah laluan LRT; sebelum melepasi lintangan Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum membelok ke Jalan Kuching setelah melepasi bulatan berhampiran Bank Negara.

Jauh di benak fikiran sudahpun membayangkan lauk-pauk yang dimasak oleh ibu. Sedia dinikmati dengan tawa dan gelak si abang dan kakak yang sama-sama menceriakan suasana.

23 minit berlalu.

Aku cuma tersedar yang diriku kini dipisahkan oleh satu persimpangan berlampu isyarat dari rumah. Jaraknya lebih kurang 50 meter saja. 50 meter yang memisahkan aku dengan pagar, dan juga pintu rumah, dan juga meja makan di dapur.

Mungkin jaraknya kini sudah menjadi 55 meter.

Setibanya aku di rumah, keadaan begitu sunyi dan sepi. Tiada gelak tawa si ibu. Aroma lauk-pauk juga tidak dihidu. Yang ada cuma si abang yang tertidur di atas kerusi kayu sambil TV menayangkan ulasan Liga Eropah menerusi saluran ESPN.

Ke mana pula perginya ibu?





NUke

4 Comments:

  1. chentaMAYA said...
    suspen je cite lu nih!
    iyllienaz said...
    mane g mak ko bob??so ko makan maggi je la ek??haha
    Anonymous said...
    ibu balik kg atau g Jalan TAR shopping Raya Haji *_*
    NUke_Rude said...
    all:
    ibu kat kampung.

    aku lupa lak yg ibu balik kampung. tu la keja lama2 lg kat ofis tu.. lain kali da sampai waktu balik, kena la balik.. jgn jd workaholic sgt.

    pesanan utk diri sendiri.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.