Setiap kali aku cuba untuk menjadi seorang yang bukan 'family-man', setiap kali itu jugalah perasaan aku akan diuji olehNya. Dan aku tahu, aku takkan mampu untuk menipu diri sendiri. Aku tak boleh nak berlagak bersahaja seperti tiada apa yang berlaku.

Aku perlu dan harus menjadi diriku.

Ayah.
Kenapa ayah tak suka pergi klinik? Bila dah berlarutan macam ni... anak ayah ini pun buntu, ayah.

Ayah.
Anak ayah ni tak ada banyak kawan untuk bersembang benda-benda yang terlalu peribadi. Anak ayah cuma ada satu laman ini saja, ayah. Semua orang boleh baca dan memiliki satu prejudis pada nukilan anak ayah ini. Tapi kan ayah... untuk kali ini, anak ayah ini cuba menipu dirinya sendiri. Kononnya ingin membuat tidak peduli. Tapi dia tak mampu, ayah.

Ayah,
Anak ayah ni bukannya tak tahu permasalahan yang kita semua hadapi, ayah. Tapi, anak ayah ni tak tahu macam mana cara dan pendekatan yang betul untuk selesaikannya. Ada sesetengah perkara tu, kita pun kena belajar daripada pengalaman.

Ayah,
Ayah tunggu sekejap saja lagi ya. Mungkin hujung bulan ini, atau hujung bulan depan, kita pergi hospital. Kita check apa yang patut. Lagipun ayah pun dah semakin berusia. Baik kita buat medical check-up sekali.

Cuma,
Anak ayah ini sangat meminta dan memohon ampun jika mimik bengis muka ini kerap kelihatan tatkala ayah meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati ayah selama ini.

Cuma,
Anak ayah ini meminta satu perkara. Ayah berhentilah merokok. Ayah jagalah kesihatan ayah. Dan ayah janganlah selalu melewatkan dan mencari alasan untuk tidak ke klinik. InsyaAllah, kalau diizinkan Tuhan, lepas Raya ni, dan lepas anak ayah ni selesai dengan kerja luar, kita sama-sama pergi periksa. Pasal duit, ayah jangan risau. Pandai lah kami adik-beradik usahakan.

Boleh kan, ayah?



--
Aku tetap mahu menulis perkara ini sungguhpun aku tahu ayah takkan baca. Aku tak berdaya menunjukkan sayang aku kepada ayah secara realiti. Mungkin menerusi nukilan ini saja. Dan aku yakin, kelak, aku pasti menyesal kerna tidak pernah cuba untuk menunjukkan kasih sayang itu kepada dirinya.


NUke

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    ak dh marah byk kali ayah ak suwoh merokok!
    tp degil!!!!!!!!!!
    ismael zaharee said...
    nuke, sayangilah mereka
    sebelum mereka tiada...

    .........................
    Faizal Sulaiman said...
    sedih..

    saba ek bro.ayah aku pun mcm tu gak.perokok tegar.pernah suruh berenti dan dia kata dia memang tak bole berenti..

    sad but its tru
    farhana said...
    Ad rasa sebak tak masa nak tulis entry ni?
    Km oakan ayah o xde apa2 yg serius n cepat berhenti merokok
    NUke_Rude said...
    lelaki ini:
    hum. susah kan?

    ismael:
    sdg mencuba. tapi ego aku mnyebabkan aku mnjadi seolah2 dan cuba utk menafikan byk perkara.

    faizalsulaiman:
    susah kan??

    farhana:
    ada juga. hampir bergenang air di mata. terima kasih utk doa yang diungkapkan.
    Dzulkifley Mohd. Said said...
    Nuke,

    Frankly I rasa terharu dgn cerita sebegini. You do have a valid reason to feel sad or even have tears over this predicament. Kalau perkara ni membuat anda sebak or even menangis, let it go..

    Just as sharing, sy juga lelaki. I'm a STRAIGHT guy. But I do cry..
    It doesn't make me less masculine or weaker, no no no..There's nothing wrong about that. Allah Taala berikan air mata kpd kita kaum lelaki juga, bukan kaum hawa sahaja. Sy fhm, kita sbg anak sngt syangkan ayah kita, walau macamane garang / ganasnya dia kpd kita..

    Should this happen again, bnyk2kan solat & mohon doa kpd Allah Taala utk kukuhkan iman & hati kita menghadapi hari2 akan datang. Ajal maut di tangan-Nya, kita tak mampu berbuat apa2. Tetapi selagi ayah ada, hargailah dia seadanya. Sbg lelaki muslim, do bear in mind that lelaki yg paling dekat dgn kita adalah ayah kita. Ingatlah, you'll never know what you have till it's gone..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.