Siri 8
Pastinya Xyryll tidak menyangka dia diajukan soalan sedemikian rupa. Ternyata dia hairan akan satu perasaan yang sedaya upaya disembunyikan dirinya itu dengan begitu mudah dikesan dan diketahui Asyraf. Benarkah Asyraf dapat membaca fikirannya. Mungkinkah Asyraf begitu 'psycho' sehinggakan mampu menilik dan mentafsir ciuman yang tidak diberikan secara ikhlas sebentar tadi?
"Apa lah awak ni."
"Saya main-main je lah..."
Asyraf kembali berpaling menghadap televisyen yang menayangkan satu drama tempatan. Tidak sampai 3 minit, dia pun menguap. Kebosanan melanda dirinya yang tidak dibelai manja oleh si kekasih hati yang sedari tadi membatu di atas sofa yang semakin usang.
"Boringlah. Saya masuk bilik dulu lah. Malam ni tak boleh nak romen-romen. Nak tidur awal."
Hati Xyryll sedikit tercuit mendengar baris akhir yang diluahkan Asyraf. Begitu dirinya mampu berlaku jujur. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar yang mampu dicipta. Dan itu sekali lagi mengingatkan Xyryll akan persoalan yang telah diajukan oleh Asyraf.
--
3.21 pagi.
Setelah memastikan Arief dan Fadhiri lena dan berdengkur. Xyryll mendapatkan Asyraf yang juga lena dibuai mimpi. Di masukkan dirinya ke dalam selimut bersama lelaki itu dan menolak manja; menjadikan ruang yang sangat terhad kepada pasangan kekasih itu untuk berpeluk, menikmati bahang tubuh.
"Ryll sayang awak." Berbisik. Hampir tidak mampu didengari.
Asyraf tersenyum.
--
Telefon bimbit dikeluarkan. Jam mentafsirkan waktu sebagai satu penantian yang lama. Tujuh minit sudah berlalu namun, kelibat yang dinantikan Xyryll masih lagi tidak kelihatan. Jangankan satu panggilan, malah pesanan ringkas yang diharapkan juga tidak diterima. Dia mulai cemas dan resah. Kerana waktu untuk mereka sangatlah terhad.
Ruang tandas lelaki di bangunan Tutorial 2 itu hanya dihiasi dengan terbang para kekatu dan serangga yang tertarik akan cahaya lampu. Dan suasana itu diserikan lagi dengan bingit dan nyaring nyamuk yang semakin banyak. Dan semua itu cuma seketika, sehinggalah kedengaran bunyi tapak kaki seseorang yang semakin hampir.
"Sorry."
"Aku terlelap kejap tadi..."
"Lama ke tunggu?"
Ketika soalan itu diaju, jam telah pun menunjukkan 4.32 pagi. Dengan rakus, Xyryll menarik lengan lelaki yang lama ditunggu itu dan mula menciumnya. Kedua-dua tangan digunakan untuk menyentuh segenap penjuru tubuh insan itu. Dalam bahang yang semakin menebal, mereka menanggalkan pakaian satu persatu melainkan sepatu, dan masuk ke dalam cubicle untuk melakukan aksi ranjang yang menjanjikan kesedapan dan nikmat dunia.
Pun begitu, mereka masih cuba mengawal diri masing-masing daripada menghasilkan bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya; kalau-kalau kelak didengari oleh pengawal keselamatan yang melakukan rondaan. Permainan berahi itu berlarutan sehinggalah masing-masing mencapai klimaks dan kepuasan. Peluh sama sekali tidak menghalang mereka untuk kembali kelihatan seperti biasa dalam persalinan masing-masing.
Mereka mengatur perancangan untuk keluar dari tandas itu. Xyryll mengambil keputusan untuk keluar lima minit awal; barulah dituruti dengan lelaki itu. Sambil melangkah, dia mengirimkan SMS kepada pemuas nafsunya sebentar tadi.
Thx Anuar.
p/s: Lupa siapa Anuar? Rujuk KAC2 Siri 1.
# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 2, novel
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Masing-masing dh mula makan luar nampak...
Mula2 Meor, sekarang Anuar, Lepas nie sapa? Ahmad Albab?
Hurm...
semuanya akan terungkai nanti. heh heh heh.
faizalsulaiman:
ko kira ke? da brape byk da stakat ni? heh heh heh.
ismael:
adakah masing-masing? atau 1 individu saja? heh heh heh.