"Kau nak pergi kenduri kawen kawan kita tu tak, esok?", tanya Normi. Tu pun setelah dia bergelak ketawa dulu. Entah apa yang lawaknya, aku pun kurang pasti. Dah lah dia telefon aku dekat2 tengah malam. And ak pulak tak save no fon dia dlm handset. So, agak cuak la bila ae org call and tiba2 gelak.

"Sapa pulak yang kawen...?", aku tanya.Tak pasti sebab sudah tidak bekerja di company lama. Jadi, sudah ingat-ingat lupa.

"Ezzeq la."

Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju untuk join. Lagipun, dengan pemergian itu membawaku selangkah maju ke hadapan yang mana ia bakal menjadi kunjungan pertama aku ke kenduri kahwin (bekas) kawan sekerja. Macam kelakar pulak sebab ni jugalah first time aku car-pool dengan budak2 ofis lama (3 org je pun termasuk aku) pergi ke majlis perkahwinan.

November 06, 2010.

Sangka ku, majlis akan berlangsung kat Seremban sebab budak tu memang duduk situ. Alih2, on the day nak pergi tu baru lah aku tau kenduri tu kat Kamunting! Dalam hati macam nak jerit! "Apa!! Kamunting...?!". Dalam hati je la.

Bertolak dari KL lebih kurang jam 9.30 pagi. Sampai Kamunting jam 12.30 tengahari la lebih kurang. Normi & Ijan bergilir2 bawak keta. Naik keta Normi. "Tong-tong la. Bayar hujung bulan nanti pun takpe." Kata Normi lah. Aku lagi suka dengar macam tu.

Abaikan budak di sebelah kiri tu. Aku tak kenal siapa dia.

Lepas menunggu2 si pengantin sampai and makan2 semua, around 2.30 pun kitorang decide untuk beransur pulang. Poyo je Normi dan Aku time tu, "Perjalanan kita ni dah lah jauh. So, better kita bergerak sekarang..." sambil bersalam2 dengan kenalan lain dan juga tuan rumah.



Masuk dalam kereta, terus rasa macam nak makan cendol. Lepas tu datang pulak idea2 nak bergambar dekat Taiping. Kononnya nak melambangkan yang kitorang ni pernah sampai sana la. Macam haram... Terus la Ijan bawa kitorang melepak kat Taman Tasik Taiping. Singgah ke Bukit Larut (Maxwell Hill). Ijan pulak berhasrat nak mandi sungai / air terjun. Dia siap bawak baju spare tu! Normi pulak sedaya upaya mengelak sebab dia pakai baju kurung purple & takde sebarang persalinan. Dia kata "Mana tahan je kalau tengok korang je yang mandi sungai..."


Nasib menyebelahi Normi. Lepas kitorang bergambar2 kat Bukit Larut (kat kaki bukit je la), hujan mulai turun. Dalam hati, masih lagi nak makan cendol. Dan kali ni, diorang teringin nak makan laksa pulak! Terus ijan bawak kitaorang ke Kuala Kangsar. Memandangkan situ masih tak hujan, sempat jugak lah kitorang amik2 gambar kat Masjid Ubudiyah, and kawasan sekitar, sebelum singgah di Medan Cendol & Laksa. Pekena la cendol & laksa & mi rojak. Boleh la... sedap gak la.



Dah tu, lalu jalan lama sampai Ipoh. Ijan singgah beli Limau Tambun. Baru la aku tau itu nama lain bagi Limau Bali. Ijan je beli. Aku tak beli.



Masuk highway, Ijan drive sambil kebosanan. Aku pun tersengguk2 jugak lah, tapi aku kena stay awake sebab aku co-pilot. Kena berjaga dan memastikan driver tak mngantuk. Tapi masing2 mengantuk dan Ijan decided untuk rehat kat Tapah. Pekena Kopi kat Shalala Cafe & aku beli pau kaya 2 bijik. Sedap makan panas2. Ijan pulak beli jambu batu. Normi pun sama.

Lepas tu, sampai Kepong, hantar Ijan. Aku pulak drive sampai rumah aku. Then, Normi take over driver seat, balik rumah dia kat Shah Alam. Kitorang sampai KL around 11.30 mlm camtu la. Penat, tak mandi, tidur.

Kesimpulan daripada aktiviti pelancongan:-

  1. Taiping, satu ketika pernah hampir menjadi ibu negara Malaya; kalau tak kerana pembukaan Kuala Lumpur.
  2. Kuala Kangsar mempunyai satu Medan Cendol & Laksa di tebing Sungai Kangsar.
  3. Ipoh mempunyai banyak flyover & jambatan yang cantik. Tak macam MRR2 kat sini yang asyik nak retak je.
  4. R&R Tapah merupakan salah satu kawasan rehat yang paling popular sepanjang lebuhraya PLUS. Lengkap dengan medan selera, ATM, gerai buah, taman permainan, kedai serbaneka, Shalala Cafe & Baskin Robin.

NUke

5 Comments:

  1. Aksara Keraian™ said...
    ni namanya ..sambil menyelam minum ayor.hehe
    Unknown said...
    tak pernah sampai kuala kangsar tapi macam pernah lalu r&r tapah..hahaha
    mana gambar pengantin
    AeMcSketch said...
    lol! smpat naik bukit larut tu! haha!!!
    NUke_Rude said...
    AK / faizalsulaiman:
    ye. :)

    tengku:
    pegi la kuala kangsar. bangunan kat stu lagi nostalgic berbanding kat jalan masjid india & jln TAR kat KL ni. gambar pengantin ada 1 je.

    ayie:
    kat kaki bukit tu je...
    Ren said...
    Oh Perak Negeri ku!!!
    Oh Tapah..Kampungku...
    Oh Ipoh ..rumah opahku...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.