Siri 7

Dan perjabatan itu membuka satu perkenalan yang lebih mesra antara kedua lelaki itu; Xyryll dan Meor. Sejak perkenalan rasmi malam itu, Xyryll seolah-olah bingung dan serba ingin tahu lebih mendalam akan perilaku dan personaliti Meor. Sesekali dia ke meja Asyraf untuk melihat perbincangan Meor dan Asyraf. Dan ada sesekali, dia cuba mencelah dan membantu mereka menyelesaikan masalah.

Tapi jauh di sudut hati, dia cuma mahu mengambil peluang untuk berdialog dengan Meor.

Walaupun percubaan berkali-kalinya itu dibalas dengan tawa kecil Meor. Xyryll yang berdiri bersebelahan dengan meja tempat mereka berdiskusi terperasan akan gerak-gerak jemari Meor yang sesekali terkeruk dan menggaru celahan kangkangnya. Dan itu sedikit sebanyak menaikkan berahi dan gelora ingin tahunya terhadap Meor.

"Asyraf, pinjam handphone kau kejap." pinta Xyryll.

Barangkali kerana terlalu fokus mencari idea untuk menyelesaikan soalan matematik itu, Asyraf tanpa banyak bicara menghulurkan telefon bimbitnya kepada Xyryll. Sangka dirinya, Xyryll mahu bermain permainan bola yang dimuat turun ke dalam telefonnya itu; seperti yang biasa dilakukannya ketika kebosanan. Tergesa dalam perlahan, Xyryll mengambil telefon yang dihulurkan kekasihnya itu, dan segera menyelongkar direktori telefon. Tujuannya? Mendapatkan nombor telefon bimbit Meor.

Dan yang nyata, hasratnya itu tercapai.

--

"Ryll..."
"Xyryll..."

"Sayang..!", kali ini Asyraf memanggil Xyryll dengan nada yang sedikit tinggi. Sangkanya Xyryll terlelap sambil menghadap televisyen, rupa-rupanya hilang dalam lamunan. Angin malam dalam bilik TV itu sedikit sejuk. Tiada orang lain di situ. Cuma mereka berdua. Di situlah 'port' mereka untuk bercumbu rayu dan melakukan aksi ringan yang bersahaja. Tambahan pula dengan keadaan TV yang kerap rosak, menjadikan ramai penghuni blok asrama untuk tidak menonton di situ.

Tentunya mereka terlebih dahulu mengunci pintu sebelum melakukan sebarang aksi.

Sambil menyandar pada dada bidang Xyryll, Asyraf bertanya akan aktiviti masing-masing untuk penghujung minggu hadapan; memandangkan mereka dibenarkan pulang ke rumah. Dalam rancak persembangan kedua individu itu, tiba-tiba mereka terdiam, membiarkan mata masing-masing bertentang. Merapatkan baris bibir masing-masing sebelum satu ciuman bertaut...

...untuk seketika.

"Awak suka Meor ke?"

"Ha?"

"Saya tak marah kalau awak berterus-terang..."

Diam.

"Awak ada perasaan pada Meor ke?"

--Bersambung...

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.

NUke

10 Comments:

  1. chentaMAYA said...
    wahhhh! cam menarikk~
    Unknown said...
    kan dah kantoi...
    jujurlah...
    Faizal Sulaiman said...
    wah sudah main cinta bersegi segi nih!harus cepat2 disambungnya!haha
    NUke_Rude said...
    chentamaya:
    terima kasih. saya akn cuba menjadikannya lebih menarik lagi. :P

    tengku:
    hebat kan.. camne la si asyraf tu tau. hahaa.

    faizalsulaiman:
    sabar bro. mana leh cepat2, kasi tahan skit curiosity tu. haha. :D
    Anonymous said...
    besh2!
    ismael zaharee said...
    tak salah kalau berterus terang,
    mmg perit nk terima itu semua,
    tp kita kena percaya, tak semua itu milik kita..
    Kadang-kadang, yang di dalam genggaman kita pun boleh terlepas...
    Its ok..

    Olahan watak yang menarik..
    iyllienaz said...
    apekah pendek gila??ko sengaja je kan nak suruh kitorang tunggu lama lagi..
    Unknown said...
    best2
    NUke_Rude said...
    lelaki ini:
    terima kasih bro! :)

    ismael:
    yup. tapi dlm series ni, mungkinkah yang dlm genggaman itu akan dilepaskan? haa...??

    iyllie:
    ala.. skali skala pendek, ok ape. haha!

    edy:
    terima kasih ya. :)
    ismael zaharee said...
    Nuke,
    If dh mmg rezeki kita, x kn lari gunung dikejar!!

    Tp kena ada usaha...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.