Seperti semua sedia maklum, Anugerah Juara Lagu pun semakin hampir dengan pengumuman senarai 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir. Basically, lagu-lagu yang layak ni dinilai bukan saja dari sudut profesional, tapi populariti dan 'radio-friendly' dari 6 stesen radio popular di Malaysia. Tak lupa jugak hasil undian para penonton MM25.
Apa-apa je lah. Dari segi lagu-lagu yang layak, aku rasa tak banyak kontroversi kot. Cuma, lagu Etnik Kreatif / Irama Malaysia dah macam totally lupus lah kot. But in another perspective, we should thank to the 'Sistem Terbuka' yang digunapakai sejak tahun lalu; menjadikan Kumpulan Mirwana layak ke peringkat Separuh Akhir MM25. Aku kira, kumpulan nasyid yang pertama layak ke peringkat ini barangkali? Correct me if I'm wrong.
12 lagu akan dipilih untuk ke peringkat Akhir a.k.a Juara Lagu 25. But who knows, kalau2 ada kejutan last minute macam tahun2 sebelum ni. So, daripada 30 lagu yang layak, ini prediction aku untuk 10 lagu yang aku rasakan boleh / patut / technically layak ke AJL25.
- Gerak Hati - Azlan & the Typewriter
- Inilah Cinta - Akim *
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir *
- Mencari Konklusi - Hujan
- Cinta - Mohd.
- Noktah Cinta - Hafiz *
- Hujan Bunga di Kuala Lumpur - Ana Raffali *
- Nadiku - Sabhi Saddi
- Cinta Sempurna - Yuna *
- Oh Juwita - Nubhan
- Sejujur Hatimu - Adibah Noor
- Hanyut - Faizal Tahir
- Tika Masanya - Mirwana ft. Hujan
- Manifestasi Cinta - Fiq ft. Mirwana *
- Kau Harus Ada - Hujan
- Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black *
- Menggegar Dunia - Adam & Stacy
- Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
- Jahat - Stacy
- Susun Silangkata - Aizat *
- Cinta Kosmik - The Fabulous Cats
- Ku Ada Kamu - Adira
- Sofea Jane - Black
- Adrenalin - Faizal Tahir
- Realiti Dewi - Alyah
- Pelita - A.P.I
- Berlari - Tomok
- Extravaganza - Bunkface *
- Bersamamu - Joe Flizzow
- Selamat Malam - Faizal Tahir *
Perhatian ya. Ini cuma jangkaan peribadi aku. Sebab, jika dilihat daripada senarai, lagu2 yang bertanding memang tip top! And for sure saingan akan menjadi sangat sengit. But yet, aku rasakan few songs tu memang sepatutnya pergi ke peringkat Akhir.
For example Kebahagiaan Dalam Perpisahan, lagu (yg boleh) dikatakan hits sepanjang tahun ni. Struktur lagu ni pun agak kukuh both lyrically and vokal Shahir. Then, Cinta Sempurna oleh Yuna. Mungkin tidak sepopular lagu-lagu lain, tetapi dari segi melodi dan komposisi, lagu ni jauh lebih bagus daripada beberapa lagu lain. Last sekali, Drama King. Shortlisted utk Lagu Rock Terbaik utk AIM17 haritu, lagu ni mmg (sepatutnya) layak utk ke peringkat Akhir. Kiranya extra point lah. Another point yang boleh mencerahkan lagi harapan ialah dari sudut susunan muzik rock nya yang 'fresh'.
Siapa yang sebetulnya layak ke AJL 25? Sama-sama kita tunggu dan tonton Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 pada 8, 15 & 22 November 2010.
NUke
dalam topik : muzik
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
lagu hebat2 aje ni..sama2 tunggu noo
tau xpe. sama2 la kta tgu.
atok:
heh. tu la.. xde plak suratkaba nk offer aku jd journalist ke ape.. hahaha!
ejan:
aku rasa masuk gak kot.