Menjadi pantang juga bagi aku bila melihat ada dikalangan teman-teman yang tidak menghormati seruan azan. Bukan apa, bila ditegur nanti, ada yang akan cakap2 belakang. Kata aku anak ustaz lah, itu lah, ini lah. Dan yang nyata, sure akan ade ayat "Ala, macam lah kau tu baik sangat..."
Ya. Memang lah aku ni tak begitu baik. Jauh kalau nak dibandingkan dengan pak-pak imam di surau dan masjid. Solat pun kadang2 ter-miss juga. Tapi, sekurang2nya rasa hormat aku pada agama itu masih ada. Bila terdengar akan azan berkumandang, apa salahnya kita 'pause' atau 'stop' kan dulu hiburan dan gelak tawa.
Ya. Aku pun naif juga akan soal2 agama. Ini juga peringatan untuk diri sendiri.
Terima kasih.
NUke
dalam topik : pantang larang
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Siapa yg bercakap sewaktu azan, Allah akan ikatkan lidahnya daripada mengucapkan kalimah shahadah.
Aku tahu perkara tu, tapi kekadang aku leka, x teringat. sbb tu, manusia kena saling ingat mengingati.
Ada seorang member aku pernah berkata, "apabila mendengar nasihat, jangan dipedulikan kekurangan akhlak seseorang itu, tetapi ambillah kebaikan daripada 'nasihat' yang diberikannya itu"
aku pun manusia biasa macam kau juga :)