Pernah tak?
Bila korang rasa macam nak lari dari semua orang,
Lepas tu kau teringat akan seseorang?

Pernah tak?
Bila kau mulai rasa lapar,
Kau mencari pelbagai alasan untuk menyuruh dia masak lauk kegemaran kau?

Pernah tak?
Bila kau rasa dibebani dengan tanggungjawab,
Kau rasa lega bila semuanya dikongsi dengan dia.

Pernah tak?
Bila dia memerlukan bantuan kau,
Kau lari... dan perbuatan itu disalah sangka?

Sebab kau lari bukan untuk tidak membantu.
Tetapi,
Kau berlari untuk mencari penyelesaian yang mungkin dapat menghapuskan segala permasalahan yang akan diharungi.

Sebab dia merupakan sahabat yang tiada pengganti.


Dan kalau kau rasa engkaulah orangnya,
Aku ucapkan terima kasih.
Sebab kau muncul dalam hidup aku ni.
Dan aku menghargai setiap detik itu.



NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    bila aku baca ni entah kenapa rasa satu perasaan yg touching plak:)

    keje lek lok bro!
    Unknown said...
    Hehe sweet2 wish birtday org dlm ayat yg tersorok hehe
    ismael zaharee said...
    Selamat Hari Lahir Jugak!!!!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.