Salam.

pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).

Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.

Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?

Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.

Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.

Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?




Terima kasih ibu. saya sayang ibu.






NUke

11 Comments:

  1. n_nana said...
    yer...kuasa seorng ibu...
    because of this reason lah...sbb itu tetiap mgu aku blik...bkn mnja...tpi bnda yng ssh jdi sng n tng bla jmpa insan bernma mak n ayah...
    farish izaryl @izreez said...
    kasih ibu mngatasi segalanya kann
    faizah said...
    yer..ak setuju..baru semalam borak2 ngan mak ak..gumbira ckt..
    pas 2 tau plak nana balik umah, ag rasa nak balik umah sangat2...wawawa..
    tp umah ak jauh, x macam korg..huhu
    sYukCurz said...
    gud! move on boy. look forward
    Faizal Sulaiman said...
    bagus nuke!. ya kuasa ibu tu sangat powerful.good luck for ur exam!!!
    AkuAyie said...
    wooo sdehnyer baca entri ni.
    Rasa cm nk nangis jek baca td.
    Rindu kt mak!! ='(

    (hoho, baru balik aritu, dh rindu plak ek? kih2)

    Anyway, glad u got ur spirit back! =)
    NUke_Rude said...
    terima kasih. terima kasih kawan-kawan.
    afiq said...
    to amier :

    aku pun penah rase down mcm tu.
    n aku wat bende yg same cam ko call ibu..

    sem ni paling byk ALLAH bagi dugaan kat aku dgn accident n mcm2 lagi..

    but aku pikey mesti ade sbb TUHAN uji aku.

    come on bro.jom grad same2 dgn hati yg puas sbb dah mencube! ^_^
    oyen said...
    uh.
    sOrry terlepas plak zaman 'down' kaw semalam.

    pe2 pown, baguslew at least semangat kau dah up sket.

    chaiyok2 bro!
    XD
    susudalambotol said...
    samalah. lepas dah cakap dgn emak selalunya akan rasa lega :)
    Costa Rica said...
    hey bro..thnaks yer for your support...kalau berkesempatan t kita jupe...
    dok UO kan...hhmmm baru baru ni ada lalu depan UO teringat la amier dok situ tapi takat bley tgk je lah..huahuahha masa tu nek kete membe die g Borhan kat member die, time tu baru kluar dari hospital die ynag amikkan..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.