Ada banyak perkara yang telah kita semua lakukan. Sama ada ianya perkara baik, sederhana baik, jahat, dan kejam. kadangkala tu, kita siap boleh berbangga2 lagi dengan kebaikan dan kejahatan yang dah kita lakukan.
Kalaulah masa ni boleh diulang semula, aku rasa aku akan membetulkan beberapa perkara yang aku rasa ianya merupakan kesilapan bagi aku.
Kalau masa boleh diulang;
- aku tak nak melawan cakap ayah pada 16 September 2005.
- aku mahu sekali menegur ayah semasa dalam perjalanan ke kampung untuk hari raya puasa 2005.
- aku mahu sekali menolong ibu dan ayah, instead of tidur; 2000-2002.
- aku tak mahu begaduh dengan Along pada 16 September 2005 dulu. Sebab aku sedar Along lah yang banyak support aku time aku sekolah asrama dulu.
- aku tak mahu menengking Angah dek kerana pergaduhan aku engan abang aku dulu, Mac 2008.
- aku mahu pulang ke rumah setiap masa sewaktu dalam tempoh 5 bulan aku berperang dengan abang aku.
- aku ingin sekali belajar elok2 time 1st year kat UKM ni. Huhu.
Dan banyak lagi perkara yang aku mahu perbetulkan. Tapi, semuanya dah lepas. Dan apa yang dah terjadi dulu menjadikan diri aku yang sekarang, kan?
Korang? Ada pernah menyesali sesuatu perkara?
NUke
9 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
mengenangkan rasa sedih jek..
tapi itu la yg buat kite lebih baik dr dulu pada masa skrg.
Yg dah lalu tu, biarkn berlalu.
Hargai apa yang ada pada waktu ini dan akn datang =)
Even do, we keep try to said "I will not make same mistake"
How ever we keep done the same thing..
How ever, hope u will finish ur study at UKM successful...
Good Luck bro..