Ingat lagi akan perihal ayah yang ditahan wad? Okay. Dalam pada sibuk ibu ke sana ke mari, menguruskan dan menjenguk ayah di Wad, sesekali di rumah dia sempat menggentel tepung dan membuat kuih siput. Asalnya, dia buat untuk suka-suka saja. Alih-alih, dah ada kat Kedai Jimat kat belakang rumah... Sepeket, Dua Ringgit! Hebat!
Dan disebabkan itu juga lah, ibu telah melakukan kerahan tenaga kepada anak-anaknya yang ada di ruah semasa proses penggentelan berlaku. Nak dijadikan cerita, time tu, ofis aku memang tutup seminggu sempena akhir tahun. Dan peluang itu (yang mana sepatutnya aku dapat berehat-rehat) dimanfaatkan ibu untuk merealisasikan impian bisnes kuih siputnya tu.
Maka, terpaksalah kami membantu ibu menggentel adunan teung a.k.a doh itu pada papan bergaris membentuk gumpalan siput yang kecil.
Oh, for those who did not know what is Kuih Siput, don't worry... ianya Halal dan tidak mengandungi Siput yang sebenar.
Dan oh! Disebabkan itu, aku da expert dah gentel-gentel tepung ni! heh!
NUke
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kuih siput memang sedap kalau makan mengunyah dalam opis.hehehe
gentel tepung takpe..benda lain menggentel ekspert x?wakakaka
Wahhh..ingat kenangan nak raya masa zaman skolah.
Buat kuih ni, awal2, cantik je kecik2...sejam kemudian, bosar2 gulungannya hehehehehe
huhu. yeap. sambil2 on9 pun ok juga.
afir:
xleyh. kang bising bunyik mengunyah. hahaha.
farhana:
my previous office la. haha. same here. awal2 tu cantik je. lpas2 tu da jadi siput babi! hahaha..