Kalau aku ditakdirkan menjadi seorang guru di tanah air ini, maka...

Aku mahu mengajar subjek Bahasa Melayu & Pendidikan Seni.
Sebab ketika di menengah atas, kerja rumah karangan yang diberikan cikgu, sangat aku gemari. Selalunya paling kurang pun mesti 6 muka surat berkapasiti 12 perenggan yang setiap satunya terdiri daripada 8 baris. Aku mahu anak-anak didikku belajar akan bahasa kebangsaan ini dan menggunakannya sebaik mungkin.
Juga, aku mahu setiap anak didikku pandai melukis. Sebab belajar seni bukan saja untuk menjadi arkitek, pelukis, dan penggiat seni2. Nak jadi doktor, jurutera, dan pakar nuklear juga kena tahu asas dan skill melukis. Percayalah!

Aku pasti rambut aku akan disisir tepi.
Sebab aku tak pasti imej rambut tercacak atau spike itu sesuai dengan status sorang 'pengajar'.

Aku mahu anak didikku tidak memakai seragam sekolah.
Sebaliknya mereka bebas mengenakan pakaian sopan yang selesa ketika berada dalam kelas.

Aku mahu mereka menghadiahkan aku Digimon!
Sebab aku punya digimon dulu-dulu dah kena curi! Tak puas main!


Selamat Hari Guru, untuk cikgu-cikgu!
Cikgu Tadika
Darjah 1 Cempaka . Darjah 2 Anggerik . Darjah 3 Anggerik
Darjah 5 Bakawali . Darjah 6 Ros
Tingkatan 1 Cekap . Tingkatan 2 Bakti . Tingkatan 3 Bakti
Tingkatan 4 Beta . Tingkatan 5 Beta
Praktikum F1P4
Sains Nuklear Batch '06/'09


NUke

10 Comments:

  1. Joey said...
    I realize I had ability to teach people. Seriously.

    I pernah time kat university dulu masa exam ajar kawan-kawan pasal subjek nih. Funny thing is, orang yang aku ajar tu markah dia lagi tinggi dari aku yang tukang ajar ni..LoL.

    The reason I dont want to teach is, I malas nak jaga kelakuan. Thanks :)
    FaizalSulaiman said...
    its hard to be a teacher.

    sekarang ni aku baru tahu payahnya nak mendidik.daripada someone yg zero kepada someone yg bijak pandai atau tahu selok belok.

    nak membentuk tu sangat sukar
    Lizquek said...
    aku rasa, nukerude akan jadi seorang guru yang garang.. dah lah kening mcm tu.. :P
    Ri said...
    rambut sisir tepi- aaawwww.. how cute you'd look! hehe..

    hadiah Digimon- motif???
    maaf la cikgu, i pegi toys'r'us sekarang pun dah tak nampak bayang digimon lagi :P

    jadi guru tu sangat besar tanggungjawabnya, bukan semata-mata memberi ilmu, tapi juga membentuk peribadi takat mana yang mampu.
    kudos to our teachers!
    and cikgu nuke for some lessons in life :)
    farhana said...
    Selamat pagi cikgu! =)
    Tang rambt sisir tepi tu xmenahan. Ala, nak spike pon ok. Baru lah macho. Hahahaha
    Z said...
    and when they succes,they said.

    ni sume berkat doa mak ayah,usaha yg tinggi dr sy sendri.sy amt bangga lah dgn diri sndri.'

    lupa dah kat cikgu dia.
    NUke_Rude said...
    Joey:
    Jadilah lecturer.

    Faizalsulaiman:
    ye. nak membentuk itu sgt susah. Jadi, cikgu perlu menjadi acuannya.

    Liz:
    yeah. aku pun rasa macam tu. Dah lah kening dia macam tu kan?
    NUke_Rude said...
    Ri:
    haha. sisir tepi, ok apa. pasal digimon tu...haha, lebih kepada kempunan tak puas main saja. haha.

    farhana:
    ala, kang spikey2 sgt kang, parents x yakin, dia igt kita ni student mcm anak2 dorang juga,

    Z:
    that's reality. Reality is cruel.
    [r][a][y] eusouff said...
    bro..
    part budak2 pakai baju sendiri (without uniform) dah aku capai..hahaha

    sbb aku ajar tuisyen bro...budak2 xpakai uniform.
    NUke_Rude said...
    ray:
    hahaha. best kan bila xde uniform? hahaha.

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.