Jumaat lepas, aku ke Rawang, berjumpa dengan sepupu untuk mengambil barang yang dipesan ibu. Sepupu itu 4 tahun lebih muda daripada aku. At the moment, dia kerja part time sebagai penjaga tol di LDP. Plaza tol yang mana? Antara itu atau ini. Haha!



So, amik kesempatan untuk lepak2 sekejap kat McDonald's sambil makan naget ayam 9 ketul. Dan 2 air Coke bersaiz medium. Bertanya-tanya khabar dan apa benda yang dilakukan. Then, aku saja tanya soalan yang macam2. Maklumlah, curious. Camne perasaan duduk dalam kotak kecik kat tol tu? Ada apa kat dalam tu? Habis macam2 benda aku tanya. Antara soalan2nya:-

Ada tak orang yang langsi?
- Ada. Banyak juga. Depends la. Ada yang jenis main campak je duit syiling. So, tangan memang kena standby dan cepat nak tangkap duit2 syiling tu. Ada yang bagi duit 5 sen.

Ada ke orang yang tak nak bayar?
- Ada. Macam2 alasan diorang bagi. Tak cukup duit. Tak ada duit, bagi duit Indonesia pun ada.

Then, korang bagi lepas kah?
- Bagi. Tapi ambil nombor plat dulu, then bagi resit. For sure, lepas tu diorang akan bayar balik nanti.

Camne lak?
- Diorang nanti kena kompaun. Pilih lah sama ada nak bayar duit tol RM1.60 atau RM 20,000.00.

Cool! Kalau diorang bagi no plat palsu?
- Kita pun takdelah bodoh. Kita akan tengok semula no plat. Dan jangan lupa, ada cctv.

Kalau kes-kes emergency? 
- For example, ada kereta polis, bomba atau ambulans, ada button khas untuk inform kat orang atas (dalam kompleks).

Kes-kes pelik?
- Ada juga orang yg rush nak ke hospital sebab bini nak bersalin dah. Lepas tu, bagi duit tak cukup. Kita lepas kan juga, ada button khas.

Then?
- Ada yang jenis baik. The next day, dia bayar semula balance yang tak cukup tu.

How about Raya?
- Kadang-kadang ada pengguna bagi ang pow. Artis-artis pun ada bagi juga.

Boring tak?
- Kalau banyak kereta, tak lah. Dalam tu tak boleh bawa handphone dan wallet. Takut leka & nak elakkan staff curi duit.


Then, dari situ macam2 benda aku belajar. Antaranya, pekerjaan menjaga tol ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab diorang tak boleh marah pada pengguna, kena tahu pasal selok-belok jalan, sebab akan ada orang yang akan bertanya arah jalan. Dan yang penting, aku juga tahu yang rakyat kita ni memang ada yang jenis kurang ajar. Memandang rendah pada orang2 yg bekerja macamni.

p/s: Gambar ihsan google.

NUke

6 Comments:

  1. Ri said...
    tiadanya organ dalaman, manakan berfungsi sebatang tubuh?

    sesetengah kita mengabaikan apa yang mereka 'tak nampak' tanpa menyedari mereka yang di belakang pentas inilah yang membolehkan kita hidup dengan selesa.

    open your eyes, people!
    Faizal Sulaiman said...
    aku salute orang kerja tol.

    depa senyum je.hehehe

    tak sangka rumit jugak kan.
    Shamsul Amri said...
    Dulu penah keja as partime tollteller sementara tunggu konvo... Mmg pekerjaan yang mencabar..
    NUke_Rude said...
    Ri:
    Wah. komen penuh dengan analogi. menarik!

    faizalsulaiman:
    oh, yang itu mmg satu kemestian, sebab itu penanda aras kualiti & pkhidmatan yg dorg berikan... haha.

    shamsul:
    respek! kalau aku.. mmg dah hilang sabar la. haha.
    Ri said...
    eh? bukan ke ada 2 lagi additional comments after mine ari tu?
    NUke_Rude said...
    Ri:
    ya. actually ade few comments yang hilang. maybe due to technical problem yg blogger faced last 24 hours kot.

    :(

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.