Aku tak pasti sama ada korang pun mempunyai pendapat yang sama, tetapi aku tahu, seorang rakan sepejabat aku juga bersependapat dengan aku tentang perkara ini. Machines pandai merajuk dengan tuannya. Why did I say machines? Sebab machines can be a radio, computer, hard disk, kereta, motor... to name a few.

Acapkali korang akan dengar teguran daripada orang-orang yang lebih tua atau sahabat korang sendiri bila saja korang menegur keadaan mesin yang semakin rosak dimamah usia. Tak faham apa yang aku bebelkan? Mari kita ikuti contoh situasi berikut:-

Mustapha cuba menghidupkan enjin motornya sedari tadi. Dah 10 minit berlalu, tetapi enjin motornya itu tidak juga berjaya dihidupkan. Turut berada di situ adalah Ray Eusouff, seorang kenalannya yang mahu menumpang Mustapha ke kedai top-up.

Mustapha: Heeiii lah motor ni!! Aku dah lah nak cepat ni! Time ni lah dia nak buat hal!
Ray: Cool bro! Biasalah tu, motor dah tak berapa nak baru, adalah ragam sikit..
Mustapha: Hah! Sebab tu lah aku nak tukar motor baru... tunggulah hujung bulan ni! Dapat gaji je, aku beli motor Honda Icon yang ada Lisa Surihani dalam iklan tu.

(Ketika saat ini, enjin motornya terus berjaya dihidupkan. Mereka bergembira dan terus ke kedai top-up. Dan ketika mahu pulang dari kedai top-up, Mustapha kembali ingin menghidupkan enjin motornya semula...)

Prrr.. prrr...
prr.. prrr.....

Mustapha: Heiiiii lah motor ni! Aku dah lah nak balik ni! Time ni lah dia nak buat hal!
Ray: Tu lah bro, ni semua kau punya pasal!
Mustapha: Eh?! Apasal lak?
Ray: Motor kau merajuk lah tu. Dia tahu nanti kau nak beli motor Honda Icon yang ada Lisa Surihani dalam iklan tu!
Mustapha: Ehh? Motor boleh merajuk ke?



Boleh ke? Entah. Aku tak mahu percaya benda-benda karut ni. Tapi aku juga tidak mahu menafikan. Sebab perkara sedemikian pernah terjadi pada aku. Cuma... itu lah. Cuba kau bayangkan, kalau mesin jahit boleh merajuk? Agak-agak dia boleh tikam jari-jemari kita tak, tanda protes?


Gambar ihsan Google

NUke

9 Comments:

  1. Nizam Zahri said...
    pernah terjadi dekat hp lama dgn laptop sebaik saja berangan nak beli smartphone.. dah tu dia bukan je merajuk, tapi pergi terus dari hidup aku.. sampai hati mereka :(
    Ri said...
    mesin pandai merajuk?
    ini fenomena yang terbukti lah! (ceh, memandai je aku ni :P though it seems to be true!)

    i love your cool writings and the one vlog i've seen ;)

    terima kasih banyak2 kerana sudi follow blog ri.
    tengah mood jiwang sekarang jadi sori le kalau entry hampir semua ala ala kisah hindustan ye :P
    Faizal Sulaiman said...
    tunggu ray eusoff komen entry ni.hahahahaha

    btw memang betul la weh. sbg contohnya kete kat umah aku.bila ayh aku guna kete aku, kete saga lama dia mulalah buat kerenah, radio tak hidup, enjin mcm hidup segan mati tak mahu, padahal guna je hari2:)

    mesin pun ada perasaan agaknya.mcm karangan autobiografi.hahaha
    Muhamad Zaki Zafir said...
    hahaha..hp aku mcm tu jgk dulu.rase nk baling je, slalu sgt skrin blank.beli hp baru, terus rosak hp lama tu.

    eh tp klu mcm tu, mmg tandanya dia nk rosak dh pun kan.
    Afir said...
    mesin got no perasaan.....tu sume psiko sendri jer...ahahhahhahahah
    Ri said...
    betul gak kata afir :P

    perasaan bersalah mengabaikan sesuatu yang dah byk dan lama berjasa pd kita.. huhu!
    Joey said...
    kalau masa merajuk..lagilaaaa..

    abis time tu jugak dia kasi kau bizi kaw2.. walaupun boleh juga sikit2 curi masa.

    eh. mesin eh. silap.
    NUke_Rude said...
    nizam:
    hahaha, tu lah ko. kasar sgt kot bahasa yg ko guna tu! haha!

    Ri:
    haha. yeap. it seems to be true. Eventhough itu cuma psikologi saja bak kata Fir. :)

    faizalsulaiman:
    hahaha. terus aku teringat zaman2 skolah rendah, psal karangan autobiografi tu. ada logik juga. :)
    NUke_Rude said...
    zaki:
    hahaah! yang tu, aku tak pasti. sama ada dia rosak sbb ko baling atau mmg dah sampai masa dia utk rosak!

    Afir:
    hahaha. poyo la ko. nanti2 kalo gadget ko buat hal, baru ko tau sama ada dia merajuk atau psiko ko sendir je. HAha.!

    Ri:
    yeah.

    Joey:
    Ya. Silap. Ko ckp pasal masa. aku ckp pasal mesin. masa adalah dimensi. mesin adalah . . . . .
    (tak pasti).

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.