Semalam, sedang aku leka2 melayari dunia maya, tiba2 ibu mengetuk pintu dan menunjukkan muka. Senyum je. Aku pun senyum la balik! Ingatkan dia nak offer air kopi ke apa. But then, satu persoalan yg lebih kpd ajakan tlh pun diajukan kpd aku.

"Jom kita solat Isya' sama-sama. Dah lama kita tak solat jemaah sama-sama."

Aku senyum. Terkejut. Dan yang nyatanya, aku cuba mencari pelbagai alasan untuk mengelak. Tapi tu cuma dalam kepala otak je la. Lama aku tersengih. Dan lama juga ibu tersengih kat aku, menantikan jawapan "YA".

Tak sempat aku nak mngelat2, ibu pun terus berpaling dan mnuju ke bilik dia. Huhu, aku dengan rasa serba salah, mengikut ibu ke biliknya dan suruh dia tunggu aku amik wudu' jap.

Solat Isyak.

Selesai solat, aku berpaling ke blakang, aku tgk ibu berdoa. Mengalir air mata dia. Aku sedih. Aku cuak. Dan aku risau. Segera aku salam dan kucup pipi ibu. Basah pipinya. Air mata masih lagi bergenang. Dan satu perkara yang aku tak mahu dgr pun terkeluar drpd mulut ibu.

"Dah besar dah anak ibu. Syukur lah, ibu sempat tgk Nuke (realitinya, ibu sebut nama aku lah!) besar. Tapi tak tahu lah sempat ke tak ibu tgk adik kau tu besar n berjaya..."

Bagi aku, itu satu tamparan yang cukup besar. Kenapa ibu ckp macam tu? Kenapa ibu? Aku cuba la bertindak cool dengan membalas statement ibu dgn nada bergurau. Ibu senyum je. Ibu, kenapa ibu cakap macam tu? Lpas tu, ibu ada sebut pasal wasiat. Apa saja harta yang ibu ada. dan ibu pesan kat aku supaya jgn nti bila ibu dah takde, adik-bradik gaduh berebut harta. Aku sayu. Dan aku masih senyum. Ibu ada pesan, jangan tinggal solat. Ibu jugak ada pesan utk langsaikan mana2 hutang ibu kalau ibu 'pergi' dlm sehari dua ni.

Kenapa ibu cakap macam tu?

Kenapa ibu?


Ibu tahu kan, saya sayang ibu. Ibu tahu itu kan?


NUke

12 Comments:

  1. n_nana said...
    sdih plak bce...insyaALLAH sume akan okey...
    NUke_Rude said...
    thx nana.
    Jidih M. said...
    sygilah ibu wak slgi smpat melakukannyer..
    beri sepenuh perhatian. .
    jgn mnyesal d kmudian ari k. .
    t cam sy. .
    ermm. .
    insyaAllah xde pape. .
    tp luangkn lbh msa dgn mak wk. .
    t rsa diri sdiri rsa skit d kmudian ari. .
    Nizam Zahri said...
    doa doa doa dan doa.....

    kepada Allah kita mengharapakan semuanya ok dan sempurna...

    InsyaAllah ok, xda pape.. aku doakan jugak...
    skunksenn zone said...
    doa byk2..insyallah evrythng will b ok..kdng2 menda cm nie nak egatkan kita dun take thng 4 granted..& all of us will doa 4 ur fmly 2..
    HanaKimi said...
    sedihnyeer!!

    Ingatlah pesanan ibu!!,
    Jgn segan2 nk peluk & cium ibu & always make her happy everyday..

    P/s: Sekadar peringatan utk diri sendiri & utk kekawan semua(^^)
    Faizal Sulaiman said...
    InsyaAllah nuke. doa banyak2 pada Allah.
    harap2 sumenye ok ye nuke!
    Adam Arjuna said...
    NUke :

    the best ever posting ko yg aku baca! for serious!!

    simple dan juga terkesan..

    terkesan pada ko... terkesan pada aku.. enough said, aku pon almost melalui benda yg sama dua tiga ari lepas.. tp lain skit situasi dia..

    sayu aku baca entry nih..

    how i wish my mother is here, beside me... how i miss the hug from a person called mother.. how i miss the food she cooked for me... :(

    serius.. aku sayu beb!!!!

    thanks for u..

    posting ko ni means a lots utk aku..
    amin h said...
    hmmm

    aku pon terkesan

    teringat mak aku tibe2...
    huuuuuuuuuu
    chechoki said...
    tetibe rindu sama my mom..
    post ni mngingatkn kite sume ttg kaseh sayang pd ibu yg spatotnye kite tnjukkan n tggungjwb sbgai anak sekiranye kite terlupa..
    AkuAyie said...
    hopefully everything will be fine. :) fikir positif..
    Unknown said...
    owwhhh
    tersentuh
    everything will be ok

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.