Siri 3
Helaian kertas itu aku letakkan di atas meja, bersebelahan dengan buku rujukan Fizik. Langsung saja aku teruskan niat untuk mandi petang dan kemudiannya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Arief dan Fadhiri kemudian muncul di muka pintu, selesai bermain badminton bersama-sama. Masing-masing melabuhkan punggung di hujung katil bagi menghilangkan penat. Aku berlalu membiarkan mereka.
---
"Wei, jom makan sekali. Geng kelas aku banyak tak free lah malam ni.", pelawa Xyryll yang tiba-tiba menegur aku yang baru sahaja melipat sejadah. Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian aku pelawa juga si Arief dan Fadhiri untuk makan bersama dan mereka juga bersetuju.
Setelah pintu bilik dipastikan berkunci, kami berempat memulakan langkah menuju ke kafeteria. Tidaklah begitu jauh, tetapi boleh jugalah berpeluh. Kalau tak mengenangkan perut yang laparkan nasi ini, tidak kuasa aku hendak ke kafe. Baik saja aku duduk di bilik sambil menjamah maggi.
8.43 malam.
Kami berempat masih menunggu makanan yang ditempah untuk dihantarkan ke meja makan. Fadhiri dan Xyryll memesan nasi goreng ayam, Arief pula tidak sudah dengan mi kung fu. Aku? Nasi pattaya saja sudah memadai. Dalam leka kami berborak, tiba-tiba aku tergerak untuk mengacukan satu soalan kepada Xyryll. Dengan pantas aku bertanya; "Kau ke yang letak nombor telefon Alya' dalam poket seluar aku?". Dan dengan serentak juga, semua rakan sebilik ku itu memandang ke arah ku.
"Alya'?"
Fadhiri mengerutkan dahi. Arief pula menahan gelak. Entah apa yang gelihati pun aku tak tahu. Manakala Xyryll pula seakan-akan keliru dengan soalan yang aku ajukan sebentar tadi. Dan dia menafikan pertanyaan aku itu. Seperti biasa, Fadhiri dan Arief mula menyakat aku. Mengkenenkan aku dengan si gadis yang kami sendiri tak tahu asal-usulnya itu... Alya'. Tak lama kemudian, gelak tawa mewarnai meja makan; menjadi hiburan tatkala diri masih menunggu hidangan makan malam.
---
12.38 tengah malam.
Arief sudah lama melelapkan mata. Dan dapat aku dengari dengkurannya. Kemudian, aku toleh pula ke kanan, ku lihat Fadhiri sudah mula tersengguk mengadap buku Biologinya. Fadhiri kemudian menutup buku itu dan terus sahaja meletakkan kepalanya di atas bantal. Sudah terlalu letih dan mengantuk agaknya. Aku menutup buku rujukan Fizik berwarna biru itu. Bagaikan terlupa seketika, aku terkejut apabila terlihat akan helaian kertas yang tertulis nombor telefon Alya' itu. Aku tekad! Aku mesti berhubung dengannya. Aku mesti tahu siapakah gerangan pemilik nombor telefon ini. Ya, aku tekad!
---
Salam. Ini Alya' ke? Saya Asyraf.
Salam juga. Ya. Ini Alya'. Asyraf? Asyraf mna 1 ni?
Rasanya saya xde kwn nm asyraf.
Err.. sy pun x pasti. sy jumpa no fon awk ni
dr dlm kocek sluar sy. X sure sape yg bg no fon
awk ni.
Hah?! Blh plak camtu.
Ye la. Btw, sy saja je try sms no fon ni. X sangka lak
pmiliknya mmg btul2 bnama Alya. Hrp awk x ksh.
It's ok Asyraf. Erm, ok lah. hr da lewat. sy nak tdo.
Salam n nite.
Salam. Nite and thx.
---
Senyum. Aku tersenyum sendirian di atas katil sambil memerhati siling. Aku tak pasti apa yang aku rasakan ketika ini. Mungkinkah aku bahagia? Kerna apa? Mungkin disebabkan kesudian Alya' membalas setiap mesej yang aku kirimkan kepadanya.
Ya. Mungkin.
Baru sahaja aku mahu mengiringkan badan ke kiri menghadap dinding, Xyryll menegur aku. Satu senyuman lebar terpampang di mukanya.
"Kau mesej Alya' eh?"
---Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
9 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
btw, bukan takmo buat blog lain, yang sedia ada ni pun tak terurus. besepah2 je.. inikan pulak nak 2 blog. ntah mcmana la nanti. huhu
dah boleh wat novel ni
seriously
cpt2 la eh smbung cite ni eh
kenapa gue tk der dlm citer nie
sambung la lagi...