Siri 5
Segera ku capai telefon bimbit itu. Dalam leka aku memerhati nombor yang terpampang pada skrin, Xyryll menolak daun pintu. Berpaling. Melihat kami sesama sendiri. Bisu. Tanpa suara. Hanya dengkuran Arief sahaja yang kedengaran. Riak wajah Xyryll kelihatan sedikit berubah.
"Kenapa?", tanya Xyryll memecah kebuntuan yang sepi.
"Tiada apa, ada satu mesej untuk kau."
"Jangan risau, aku tak baca..."
Telefon bimbitnya aku letakkan semula di atas meja. Aku kemudiannya kembali ke bangku berhampiran meja tulisku. Xyryll pula dengan pantas membaca mesej yang diterima. Dan apa yang nyata, mesej itu dikirimkan oleh Alya', seseorang yang masih misteri identitinya bagi aku. Siapa sebenarnya Alya' itu? Mungkinkah dia sahabat Xyryll. Atau kekasih? Saudara barangkali? "Ah! Jangan terlalu difikirkan tentang seseorang yang kau sendiri tidak kenal, Asyraf", teriak hati kecilku.
"Asyraf."
Xyryll berdiri betul-betul di belakangku. Aku menoleh menghadapnya. Dari wajahnya aku tahu yang dia sememangnya menyembunyikan sesuatu. Dan jauh di dasar hati dan fikiranku, aku memberontak mahu mencungkil rahsia yang dipegang erat oleh Xyryll.
"Bukannya aku berniat nak berahsia... tapi, aku rasa aku perlu berterus terang.", tambah Xyryll. Dia kemudiannya duduk di atas katilku. Aku cuba bertindak seperti biasa, seolah-olah tiada keraguan dan kemusykilan dalam kepala. Cuba untuk membuat tidak tahu.
"Sebenarnya, Alya' tu kawan lama aku. Kawan sewaktu aku duduk di rumah lama. Di Cheras."
Aku diam. cuba mendengar setiap penerangan yang Xyryll berikan. Cuma sesekali aku mengangguk, memberikan respon supaya Xyryll meneruskan penceritaannya itu.
"Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya."
Diam.
"Aku harap kau tak kisah. Sebab aku tengok dari zaman kita sekolah menengah lagi, kau tak ada girlfriend... So..."
Belum sempat Xyryll menghabiskan ayatnya, aku menyampuk. Memutuskan bicaranya. Aku senyum kepuasan, setelah mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Terima kasih Xyryll, kau memang sahabat sejati. Kau tahu apa yang aku perlu kan?"
"Jadi, kau tak marah?", tanya Xyryll yang sedikit musykil.
"Tak. Dan kalau kau benarkan, boleh tak aku terus mahu berkawan dengan Alya'?", ujarku kepadanya.
---Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
errr..melaka Sentral dah siap sepenuhnya ke bro? LOL
next episode plzz
time tu dah kira siap la melaka sentral tu.. haha
tengku:
huhu. tunggu ye bro.