Salam.
Kehilangan aku beberapa hari lepas adalah bersebab. Pertama, khamis lepas aku ada interview kerja. Mula2nya, tak memberi harapan yang tinggi, just mahu menambah experience temuduga. Dan nyatanya, itu adalah temuduga pertama aku sejak aku abis belajar. Ngee..
Then, petang Khamis tu aku menghilangkan diri. Dating! Wah?! Takdela. Aku gi rumah femily angkat je.
Jumaat.
pergi solat jumaat.
Sabtu.
Pergi solat sabtu.
Ahad.
Pergi ke Seri Iskandar. Lepas tu singgah Lumut untuk membeli jajan sotong dan mengambil2 gambar sambil menikmati cendol dan mi udang. Serius sedap.
Malam tu, bergegas balik ke rumah.
Sebab apa?
Isnin.
Aku masuk kerja jam 9 pagi. Yea, hari ini 3 Ogos merupakan hari pertama aku kerja sebagai... entah! Yang nyatanya aku kerja. Yup, temuduga aku khamis lepas memberi tuah untuk aku mendapatkan satu peluang yang mungkin susah diperolehi tatkala ekonomi dunia merudum. Aku dapat kerja. Walaweh!
terima kasih ibu dan ayah sebab mendoakan. Tak lupa juga ahli keluarga, kawan2. dan yang paling penting; J!
p/s: aku dah kerja. Masa tidur menjadi kurang. Macam mana nak gemuk nih?
NUke
14 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
sampai ati x wat kenduri korban..
bez nye da dpt job..
Happy Working!!
dapat gaji neslo ais sepuluh
and girls.
:D