Siri 4
Aku membalas senyuman Xyryll yang mematahkan hasratku untuk tidur. Aku duduk. Xyryll melabuhkan punggungnya di kerusi kayu berhadapan katilku itu. Dia cuba bertanya tentang apa yang aku sembangkan bersama-sama Alya' menerusi sms sebentar tadi.
"Alah, sembang-sembang biasa saja."
Dia menepuk bahu kanan aku sambil tertawa kecil. Ramah yang ditonjolkan malam itu kelihatan sedikit berbeza. Aku mula mengesyaki sesuatu. Masakan dia tahu aku sedang berbual bersama Alya' menerusi sms? Pelik. Aku merasakan ada perkaitan antara Xyryll dan Alya'. Aku begitu yakin dengan perkara itu. Perlukah aku bertanya kepada Xyryll yang dari tadi asyik tersenyum lebar? Setiap butir kata yang diperkatakan olehnya hanya menjadi juadah telinga. Hanya berlalu tanpa sempat aku mendengar. Aku seolah-olah khayal memikirkan perkaitan Xyryll dengan Alya'. Aku langsung tak menghiraukan apa yang dibicarakan Xyryll.
"Eh, okay lah! Aku nak tidur", kata Xyryll. Nada suaranya agak tinggi berbanding tadi.
"Okay.", balasku ringkas, sebelum aku merebahkan badan ke atas katil.
---
Hi Asyraf. Saya Alya'. Igt lg x?
Hi Alya. Ingt lah! Ada apa tba2 sms sy tghr ni?
Xde ape. Saja. Sy tgh bosan ni. Skg ad dlm kuliah. X fhm
ap yg lecturer ajar kt depan tu.
Oh. Awk study katne? Sy kat KMC.
Sy study kat UiTM.
UiTM mana?
Lendu.
Perbualan sms kami terhenti seketika disebabkan teguran oleh Fadhiri yang ingin meminjam kamus Bahasa Inggerisku. Dengan segera aku memberikan kamus itu kepadanya. Fadhiri kemudiannya berlalu meninggalkan aku sendirian di meja tulis. Tengahari yang panas itu sememangnya merimaskan sesiapa sahaja. Arief mengambil keputusan untuk ponteng kuliah Biologi yang sudahpun bermula 15 minit yang lalu. Xyryll pula entah ke mana. Yang pasti, dia masih berada di sekitar blok kediaman kami. Ya lah, dompet dan telefon bimbitnya masih ada di atas meja, itu saja sudah memadai sebagai penunjuk yang menyatakan dia masih berada di kawasan sekitar ini. Dalam pada aku mahu menguatkan kelajuan bilah kipas bagi menghilangkan peluh, aku terlihat akan telefon bimbit Xyryll yang menyala lampunya. Ada satu mesej diterima.
Aku pun tidak pasti apa yang patut aku rasakan. terpampang nama Alya' di skrin telefon bimbit itu. Serupa nombornya seperti apa yang tercatat di atas secebis kertas putih yang ada di dalam kocek seluarku tempoh hari.
Aku sudahpun mengesahkan kemusykilan dalam diri.
---Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
TETAP
UiTM lendu....