Salam.
Selamat Hari Lahir Tanah Melayu yang ke 52. Tapi, sayang... kau telah bertukar nama. Elok2 dah ada nama melayu, nama yang sesuai dengan asal usulmu, alih2 nak tuka nama yg ada unsur ke-mat-salih-an. Nama kau kini Malaysia. Gerek seh! Bak kata sorg kawan aku. Dah 52 tahun. Tua dah kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku ni, nak mengundi pun belum cukup umo. Kena tunggu lagi sebulan la baru leh register as pengundi. Tapi, malangnya, aku tak tahu sama ada aku patut register sbg pengundi atau tak. Bukan apa, walaupun Tanah Melayu dah merdeka, tapi aku tetap khuatir kot2 kalau once aku dah register as pengundi, nama aku ni nnti diguna oleh pihak2 tertentu utk pilihan raya kecil yang mana aku tak menetap pun kat kawasan tu. Kiranya, aku ni jadi pengundi hantu la. Tapi kalau tak register kang, takleh nak mengundi lak. nanti lah. Tu belakang kira.
Sejak Tanah Melayu ni dah merdeka, tiba2 ada Proton Saga. Dan tiba2 jugalah ada Perodua Kancil. Bangga tu beb! Kereta nasional. Tapi, itulah... Pantang ter'sentuh' tiang pagar rumah sikit.. dah kemek! Merdeka kah kereta nasional itu daripada pembaziran yang tidak sepatutnya? Ah, itu pun belakang kira sebab aku sendiri tak punyai kereta lagi.
Tanah Melayu merdeka dari jajahan British. Tapi sehingga kini, kita si muda mudi, tetap meminati Coldplay; satu band muzik British yang memang sedap lagu2 mereka. Tak kurang ngan itu, pakaian anak2 muda (dan tua) juga pun ada berkonsep2kan Inggeris. Ingatkan dah merdeka dah, rupa2nya ada juga saki baki penjajahan moden kat Tanah Melayu ni. Oops! Malaysia. Muzik, fesyen, dan hiburan semuanya universal la. Biaq pi lah. Music is a universal language. Kata aku dalam hati.
Dalam kita cuba menghayati erti sebuah kemerdekaan, kita acapkali terlupa dengan pejuang masa silam. Tok Janggut? Siapa tu? Dato' Bahaman? Ah? Ulang balik?? Mat Kilau? Kau sebut Mat Kilau atau M. Daud Kilau?
Sedarlah wahai sahabat dan bangsa Malaysia-ku, tanpa mereka yang berkehendakkan kemerdekaan (kebebasan) daripada sebarang bentuk penjajahan... kita secara tak sedar telah membiarkan diri kita dijajah. Oleh siapa? Oleh setiap perkara yang mengubah diri sendiri. Bebas kah kita sebetul-betulnya? Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Aku juga begitu. Dan ini juga peringatan kepada diriku.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.
NUke
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
pujian dlm kritikan.
pedas,
dan bermesej.
persoalan kamu di entry ni..
merdekakah kita?
rapi semestinya kita tak patut lupa asal usul kita =)
bagus la ko bro. hahah.
ikanbilis:
yeap. jgn lupa asal usul bro.
selamat bemerdeka!
merdeka bukan hanya pada tanggal 31 ogos je yerk, so.. pk la sendiri..