Salam.

Hari ni, suasana kat ofis agak serabut. Well, takde lah serabut sangat, cuma masing2 sebuk ke sana sini... Ada yang asyik buka tutup kabinet sebab amik fail, dan ada juga yang sibuk mnggunakan faksimili. (Walaweh, hebat tu vocabulary aku!!) Aku? Getting better dengan suasana office, cuma bosan time pagi2 je. Maklumlah, mata masih berat and salu rasa nak tidur.

Oh ya, entry kali ni aku mahu kongsi satu kesah lawak yang diceritakan oleh officemate aku sebentar tadi. Lawak tu maybe tak berapa sangat la kot.. tapi cukuplah kalau mahu memberi pengajaran kpd kita. Huhuhu.

Di suatu masa di dalam Ofis yang sejuk...

Joyah masuk ke department A dengan memegang beberapa helai borang pendaftaran event. Tanpa sempat orang lain bertanyakan hajat kedatangan Joyah ke situ, dia telah pun bersuara...

Joyah: Hey... Kenapa banyak sangat PROFESSIONAL yang register untuk event kali ini?

Maka, berpandanglah orang2 di dalam department A itu sesama sendiri. Salah sorang daripada mereka pun bertanya..

Lili: Aiyo Joyah, apa yang professional ini? Mana? Mana? Tunjuk kat I sini...

Maka si Joyah tu pun menunjukkanlah beberapa borang pendaftaran event yang tercatat di atasnya nama2 peserta. Terkejut si Lili memerhatikan borang2 itu.

"Prof. Madya Dr. Ali Deraman"
"Prof. Hasnah Rusly"
"Prof. Dato' Iskandar Bahari"

Sambil menggelengkan kepala, si Lili pun berkata...

"Aiyoooo Joyah!! Ini bukan PROFESSIONAL... tapi, ini PROFESSOR!!!"

Joyah yang kemalu-maluan itu terus berlalu sambil mengangkat muka sombongnya. Khabarnya 2 hari si Joyah tak masuk department A itu. Malu agaknya.


Itu lah, lain kali kalau tak tahu.. sila la bertanya..

p/s: nama2 watak surelah aku ubah. Nak mampus ke kalau aku letak nama betul?



NUke

4 Comments:

  1. Adek Abigail said...
    patut joyah cover malu.. katakan..
    "aku maksudkan golongan profesional..."
    HanaKimi said...
    Wakahkah!!Lawak btl si joyah tuuu:P
    Faizal Sulaiman said...
    lawak doe nuke!hahahaha..mst dia main sebut je prof tuh!
    btw trimas coz komen kat page aku bro.suke tol ngan komen ko.bravo2!
    Anonymous said...
    tak pandai cover cemerlang!

    out of so many names


    WHY JOYAH ?

    LOL

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.