Sehingga hari ini, dengan berbaki beberapa hari saja lagi, undian mendapati slot Pantang Larang dalam blog ini perlu diteruskan. Jadi, aku teruskan lah jugak, walaupun aku sendiri tak pasti sampai edisi ke berapa patut aku wujudkn slot ini.
terima kasih kepada yang sudi mengundi. Haha, macam speech post-pilihan raya pulak.
By the way, Malaysia ni memang terkenal ngan budaya 'respek' dan saling menghormatinya. walaupun ada sesetengah perkara, pedoman kita ni sememangnya hilang dek hal-hal sensitif (kononnya lah). Tak perlu lah aku mengulas lanjut, sebab slot pantang larang kali ni nak membincangkan tentang satu budaya masyarakat Melayu (khususnya) yang menganut ajaran Islam. memanglah dalam perlembagaan ada statement yg mnyatakan Melayu = komfirm Islam! Tapi aku rasa dengan situasi sekarang ni, tak semua Melayu tu mengamalkan ajaran Islam. (insaf kejap...)
Maghrib or waktu senja memang sinonim dgn kesibukan para mak-mak dan bapak2 memastikan anak2 kecil mereka sudah sedia mandi dan bersedia menunaikan solat Maghrib. Ada juga family yang dinner waktu2 senja ni dan ketahuilah kita, sememangnya waktu senja ni adalah satu WAKTU YANG TIDAK SESUAI UNTUK BERSOSIAL.
Tak perlulah kita call org lain time2 Maghrib ni just semata2 nak bertanya khabar. Tak perlu juga menunggu Maghrib untuk menghantar juadah2 dan lauk pauk ke rumah jiran. Dan tak perlu juga menanti Maghrib untuk melepak dan melalak bagai orang histeria di tembok tepi longkang.
Tidak lah menjadi kesalahan; tapi ianya dah jadi sebahagian budaya kita. lagipun tak elok duk merayau2 time2 Maghrib ni. Syaitan tu tgh syok merewang2 juga. Bukan ke lebih baik kita duk je dalam rumah sambil menonton rancangan 'Mari Mengaji'? Or koman2 pun baca blog aku ni? Tak salah juga kalau waktu2 senja ni kita manfaatkan dengan beribadat. Tak pun tolong ibu potong sayur kat dapur?
betul tak?
NUke
dalam topik : pantang larang
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
:D
terima kasih krn berjln2 d blog ini
:P
ada betulnya tu beb!
tp mmg byk perkara yg melalaikan yg kita buat time maghrib ni sama ada kita sedar or tak. sbb waktu ni la nnti kuarnya citer katu yg best² cam doraemon, sin chan, detektif conan, atasinchi dan byk lg dan ni buatkan kita stay samapi abis citer2 ni before kita startt mandi, solat or sbgnya...
(aku pon buat.. jgn ckp tak de org tak buat benda ni.. tipu sgt kan..)
apa komen saudara??
p/s: bley la ko bukukan sumer slot pantang-larang ko pas ni eyh.. kagum aku.. yakin lah bahawa aku pengunjung setia blog ko.. hehe :P
lbh baik ge masjid