Kau tersenyum, duduk di bangku kayu
Sambil memandang gerak geriku
Merenung sepi, tiada suara
Kau ke mari malam itu
Kau ke mari malam itu
Ke mari ke rumah anak sulungmu
Ke mari ke rumah menjenguk cucu-cucumu
Ke mari, ke tempat, destinasi akhir duniamu
Malam itu tak mungkin ku lupa
Kau senyap tak seperti biasa
Nyaring suaramu tak ku dengar bisa
Ramah mu suram tak seramah biasa
Pagi ku lewat bangun tidurku
Dikejutkan adikku cemas dan buntu
Tubuhmu kaku kejang membisu
Kau kini bergelut; bergantung takdirmu
Wan;
Panggilan kami untuk insan bergelar nenda
Wan,
Satu gurauan yang aku lemparkan
Sengaja dilemparkan untuk menghiburkan kamu
Menjelang senja Ahad lalu
Kau dibawa ke destinasi akhir duniamu
Bertarung nyawa dengan ajalmu
Melepasi Maghrib, melewati Isya'
Sehingga mahu bermulanya detik Fajar as-Siddiq
Ketika mahu dilaungkan azan Subuh
Ketika waktu berdetik menunjukkan waktu hening
Kau pergi, dengan hembusan terakhir
Berjuraian jernih air di pipi
Kau disayangi segenap yang mengenali
Kini kau tiada lagi di sini
Kerna kau menuju destinasi Abadi.
1932-2009
Saya sayang Wan! Sayang sangat.. Wan!
NUke
dalam topik : family
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Al-Fatihah.. semoga rohnya berada digolongan org yg soleh dan memperoleh rahmatNya.
alfatihah
great...!!
but anyway.. kita perlu berserah je beb.. sbb kita pon akan melaluinya satu hari nnt.
takziah utk ko dan famili..
semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang rahmati-Nya