Siri 1

Pagi itu, hujan telah pun membasahi setiap helaian rumput yang ada di halaman rumah. Malas! Walaupun keseorangan di dalam rumah, bingit hempasan air ke atas bumbung memeriahkan tengahari Ahad. 12.24 tengah hari.

Dalam enam minit lagi, ibu akan pulang bersama ayah. Mereka ke kenduri kahwin anak Pak Lang, Sofea. Ada ibu mengajakku pergi, cuma aku saja yang malas. Mahu melayan lelap mata yang dahagakan tidur. Maklumlah, malam tadi melayan cerita 'biru' di dalam komputer milik abangku. Nasib baik dia tidak ada di rumah, boleh lah melayan nafsu sendiri sepuas-puasnya.

Ya, memang itulah satu-satunya abangku. Dialah abang, dialah yang sulung, dialah segala-galanya. Musuh dan teman karibku di dalam rumah ini. Dan aku, si bongsu yang selalu dibulinya. Ah! persetankan saja memori silam tentang kami berdua.


12.31 tengah hari.

Aku merangkak malas menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Mandi hadas! Dan seperti ramalanku, kedengaran deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Mereka sudah pulang. Mandiku selama 15 minit itu dikejutkan dengan ketukan di pintu oleh ibuku.

"Asyraf! Cepat sikit mandi... siap cepat, nak! Bas kau kan pukul 1.30 nanti... Karang lambat pula!", teriak ibuku mengingatkan aku tentang perjalanan bosan menuju ke Kolej Maju Cemerlang yang terletak di Durian Tunggal, Melaka. Masuk tahun ini, sudah dua tahun aku belajar di situ. Suasana pembelajaran yang biasa dan kadang kala membosankan itu sedikit sebanyak mematangkan aku; membuatkan aku memiliki satu persepsi sendiri terhadap erti dunia yang sebenar.

1.03 petang.
Ku jamah sedikit cekodok pisang lebihan sarapan ibu bapaku pagi tadi, bersama-sama secawan teh o yang sudah lama sejuk di bawah tudung saji. Sesudah itu, aku mencapai beg galasku dan meletakkannya di kerusi belakang kereta Honda milik ayahku. Setelah memastikan kesemua benda yang penting ada bersama-samaku, aku segera mendapatkan ibu. Ku salam tangannya dan tak ku lupa memberikan satu kucupan manja di pipinya. Ternyata ianya berjaya! Satu lakonan cliche seorang anak untuk mendapatkan duit poket yang lebih! RM 300 dihulurkan, dan tanpa membantah, ku sisipkan wang kertas itu ke dalam dompet.

Senyum. Sinis!

---

"Penumpang Ekspres Mahkota ke Bandar Melaka, sila turun ke platform 3!!"

Oh, bahagianya dapat duduk di sebelah perempuan! Cantik parasnya dengan manik-manik biru menghiasi helaian tudung putihnya. Dia senyum. Aku senyum juga. Dia beralih sedikit memberi laluan kepada ku untuk duduk. Aku senyum; sekali lagi, tanda hormat.

Diam.

--

Bas merentasi bandar Seremban. Hujan tak lagi kelihatan. Jam di tangan sudahpun melewati 2.47 petang. Terik mentari mula membakar. Dan baru ku teringat seperkara; aku masih tidak solat Zuhur. Alah, subuh pun terlepas juga, tiba-tiba mengenangkan Zuhur! Tapi jauh di dasar hati, aku memasang niat untuk melakukan jama' takhir dan harap-haraplah aku teringat untuk melakukan kewajiban itu.

Lamunan panjangku terhenti dek lentokan si gadis di sebelahku itu. Manis wajahnya bila dia memejamkan mata tidurnya. Dah tentu dirinya sudah dimiliki; masakan tidak! Orang sebegini pasti ramai peminatnya, ya lah, rupa yang cantik, susuk tubuh yang menawan... dan... memiliki aset yang menggiurkan kaum Adam! Ingin juga melamar, dan menjadikannya kenalan... tapi, mengenangkan diri ni yang penyegan, ku buang jauh niat itu.

---

Melaka Sentral!

Segera ku berjalan ke arah bilik air yang terdapat di sudut kanan bangunan itu. Senak perutku tak terbendung lagi. Ku tahan sejak keluar rumah lagi. Tangki penuh lah! Minta dikosongkan. Tanpa sempat aku memastikan pintu berkunci, ku segera menurunkan zip jeans hitamku, dan melunaskan permintaan si 'adik' comel.

Tiba-tiba seseorang berbisik kepadaku...

"Sedapnya kencing... lama ke tahan tadi?!"




---Bersambung...


p/s: it's my first attempt to write cerpen(?) kot. Should i continue?

NUke

13 Comments:

  1. Adek Abigail said...
    pastinya perlu diperjuangkan..
    oyen said...
    we(i) want more!!

    XD
    putra said...
    habiskan cerita kamu...nak tahu gak sape yg berbisik tuh..hehe
    AkuAyie said...
    ahaha..haku igt terjadi bebenor..
    chantek ar bhse ko... teratur dan berbunga..

    aku setuju! ko kne sambungkn crite ni... aku nk tau sambungan dia.. huhu
    Adam Arjuna said...
    WAH!!

    terkagum aku.. bakat seorg penulis muda..dasat..dasat..!

    YES!! u should continue.. tak elok buat benda separuh jalan..

    p/s: errrr.. dah brani posing bukak2 baju nih.. ish..ish..ish..
    HanaKimi said...
    Sape yg berbisik tu?? 'si gadis di sebelahku' keer??

    Sambung2
    idazafri kamil said...
    sambung lagi.
    Unknown said...
    saper yg berbisik tu...
    huhuhu
    matgeo said...
    wah..da mula mnulis cerpen..bagus2
    farish izaryl @izreez said...
    hehe sronok bace! teruskan =p
    Anonymous said...
    1- suka nama2 watak . Macam cerita benar je.

    2- gaya bahasa yg baik, bebaur nakal or mungkin lucah bagi sesetengah pembaca. Hahahaha!


    3- penceritaan yg skema tapi menarik

    4- Tajuknya mirip teledrama "Kecuali Cintamu" di astro prima.


    5- poster yg hebat. High resolution plak tu. Peminat cerpen boleh print poster nieh...hahaha


    6- Kolej Maju Cemerlang?
    kolej sebelah hotel selesa yg tutup akibat wabak H1N1 tu ek?


    7- teruskan!

    sekian
    NUke_Rude said...
    sangat2 berterima kasih di atas komen yg positif ini. Siri 2 Ku Ampunkan Cintamu sudahpun dipublishkan.


    p/s: ray! hahahaha. 7 points!
    Aj Abdullah said...
    rhima dalam ayat cam x senada r

    then y not pilih pbendaharaan kata yg jaoh lebih best untok ganti certain kata such as biru, adik etc ngan something yg lebih mmbuatkan pembaca nak lebih tahu.

    certain part cerita x dkembang ngan sepenohnya. teros masok part laen r ttiba

    pmilihan ayat bcampor aduk. ada part formal tp ada part bsahaja

    plng best pengolahan jalan cerita yg bwat org nak tahu kesinambungan

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.