Salam,
seperti yang dijanjikan, kali ni aku ceritakan pengalaman aku ke Seri Iskandar, Perak!
Aku join kawan aku punya family trip ke Seri Iskandar! Sebab apa? Sebab adik kawan aku tu dapat masuk ke Kolej Profesional MARA kat Seri Iskandar tu! Huhu, mula2 aku cam takde idea camne rupa tempat tu. Dengar2 crita Seri Iskandar tu satu kawasan baru. Baru ke? Entahla.. Tapi apape pun, trip haritu memang best! Hahaha.
Keluar dari rumah jam 11 pg, and dlm kul 12 tuh, kitorg dah masuk highway PLUS dr Jalan Duta, menghala ke arah Utara! Satu perjalanan yang membosankan okay! mengadap pokok kelapa sawit je kiri kanan jalan tuh! Then, kitorg realized ada polis tgh wat speed trap kat area Tapah (kot!) !! Haha, menggelabah gak la sebab time tu tgh speeding nearly 120 km/j. Tapi kalo tgk gaya2 si polis tu, mcm tgh berkemas2 je.. maybe dah habis operasi la kot. Harap2 macam tu lah.
Singgah rehat di R&R Tapah untuk ke toilet membuang tahi; dan kemudian mengisi perut dengan PAU KAYA dan KACANG MERAH!! Walawehh sedap tu!
Misi mencari bandar Seri Iskandar bermula dengan menyusur keluar dr hi-way kat exit Simpang Pulai, dan kemudian masuk ke simpang menghala ke Batu Gajah. On the way tu, aku dapat tgk Kellie's Castle utk pertama kalinya dalam hidup aku!! Sebelum2 ni aku tgk kat dalam gambar, or dalam Mastika je.
Sampai ke Seri Iskandar dalam kul 3 lebih rasanya, lepas tu kitorg cari rumah sewa (tumpangan) utk stay 1 malam. Lepas dah letak2kan brg kat dlm bilik, ape lagi... misi mencari KPM tu plak! once done... Merayau aa..
Ke pekan LUMUT!!!
Sangat best kot! Aku ingatkan LUMUT ni mcm pekan2 koboi biasa je, tapi sebenarnya jauh lebih cantik dari PD! hahaha serius dowh! Kitorg gi makan nasi ayam after bershopping satay ikan dan keropok2 utk dibawak balik! Ye la, bukan senang beb nak sampai LUMUT, walaupun kat longkang2 dpan rumah byk je lumut2 hijau tu...
Dan ini baru saja kisah satu perjalanan pergi... belum perjalanan pulang!
Ya, aku tahu.. tak banyak gambar! kau nak tahu sebab apa? Sebab time kitorg gi LUMUT, kamera aku tertinggal dalam beg baju yg dah pun aku letak kat rumah tumpangan tu!
Macam lahanat!
p/s: nanti aku letak gambar2 yg aku captured gna kamera hanfon! huhu
NUke
dalam topik : family
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Lumut...hehehee. aku org manjung cam bangga je ko sebut best.. LOL.
junior aku laa kot..hahahha