Hari ini, ibu membekalkan aku lemang, nasi himpit, rendang ayam dan daging untuk dikongsi bersama rakan2 sekerja. Ya, bersempena Aidilfitri, apa salahnya sesekali berbelanja untuk kawan2 kan? Tambah2 plak ada sorg officemate aku ni dari dulu mengidamkan rendang daging. Favourite katanya. And oh, she's a chinese ya!

Tak sampai waktu lunch lagi, rendang ayam dah habis licin. kecik jer office aku tu. And kebetulan plak tak berapa ramai yg dtg ofis sebab ada yg kna pergi ke KLCC utk event, so supposedly masing2 yg ada dlm office tu dapat la mrasa sorg skit lemang, dan rendang yg aku bawa tu. Alhamdulillah, ramai yg memuji rendang ibu ku itu sedap. terima kasih.

Persoalan.

Ibu memang sntiasa sibuk dgn hal2 rumahtangga dan mcm2 hal lagi. Bayar bil la.. hantar brg org. buat itu, buat ini. But still, request aku utk buatkan rendang tu tetap ibu penuhi. kadang2 aku malu dgn ibu. Ibu. Segala permintaan anaknya, akan sdaya upaya dipenuhi. Tapi tak macam si anaknya ni. Kadang2tu bukan main liat lagi nak pergi buang sampah ke luar pagar. kalau diminta tlg pergi ke kedai pun..sambil buat muka pelik. Haih! Macam mana nak masuk syurga ni. Mungkin, mendekati pun jauh sekali.

Ibu dah tua. Spatutnya, kami yg sibuk masak2 utk ibu. Ibu rehat je. Tapi, sampai skang ni, ibu yg btungkus lumus masak utk anak2 bujang ibu ni. Haha. Gembira, penat lelah ibu... Tuhan saja yang tahu. Ibu nak tahu? Bila setiap org di ofis tadi memuji rendang ibu, akulah org yang plg gembira. Jelas terbukti keikhlasan ibu menyiapkan rendang2 tu ibu! Ya, memang ada yg bertanya akan resepi rendang ibu, dan aku hanya mampu tersenyum. Sedapnya rendang ibu itu adalah disebabkan keikhlasan ibu membuatnya.

Terima kasih ibu. Harap2 ibu boleh masak rendang lagi utk kita sekeluarga lain kali.

p/s: hmm.. xde org teka lirik2 lgu tu dgn tepat lg la...

NUke

11 Comments:

  1. iyllienaz said...
    rindu emak jugak..=(
    Unknown said...
    mummy i love you...



    *singgah ler ke blog dh update
    Ren said...
    kasih ibu sampai ke syurga~
    renjizakura said...
    terharu and sentap
    we were in almost same condition
    ibu oh ibu
    Anonymous said...
    Dear nuke...

    maybe a good spanking at the butt will do some good...LOL

    PS: teringat eklan pasal anak mintak upah utk pg kedai, iklan petronas raya few years ago.

    Neslo rendang satu !!
    Faizal Sulaiman said...
    huhu..teringat kat may late mom.thanks for this post nuke:-)
    tHEoNeANDoNLy said...
    i love love love u mama...
    cik violet said...
    jasa ibu memg tiada bandingan....
    NUke_Rude said...
    yeah,
    u guys correct. kasih ibu mmg takde tandingan sampai bila2.
    Mel said...
    yayy! thank you amier!

    mmg sedap la rendang masakan mak amier.. :D thx aunty!
    NUke_Rude said...
    thanks lissssaa! lain kali saya bawa lagi yah!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.