Siri 8
Dengan senyuman jahat masih dilemparkan, Xyryll terus menerus mendahului Asyraf ke dewan kuliah. Taktik dan perancangan jahatnya mula diingati satu per satu, supaya setiap yang dirancang berjalan lancar. Asyraf yang mengantuk itu hanya membisu seribu bahasa. Diam dan hanya mengekori si Xyryll yang semakin laju langkahnya.
Xyryll yang terlebih dahulu tiba di bangunan Dewan Kuliah 1 itu terus saja masuk. Kelibatnya hilang dalam gelap malam yang memenuhi segenap dewan. Asyraf menunggu di luar. Fikirnya, sudah tentu sekejap saja masa yang akan diambil Xyryll. Tambahan pula, kuyu matanya semakin mendesak dirinya untuk lelap seketika.
Seminit.
Tiga minit.
Tujuh minit.
Dua belas minit.
"Lama lagi ke weh? Cepatlah! Aku dah mengantuk ni!!!", teriak Asyraf yang semakin geram. Mengantuknya sudah tak tertahan lagi. Namun balasan yang diterimanya hanyalah bunyi bising cengkerik di celahan daun rumput berhampiran longkang di bangunan dewan kuliah. Hairan. Kerana risaukan sesuatu yang tak kena berlaku ke atas Xyryll, Asyraf pantas meluru masuk ke dalam dewan kuliah itu.
"Xyryll?"
"PAANNGG!!!"
Dengan segera, pintu ditutup kuat oleh seseorang. Peluh dingin terus membasahi dahi Asyraf yang luas itu. Perlahan, dia cuba melangkah menuju ke arah pintu. Tujuannya hanya satu; buka pintu dan duduk saja diluar... paling teruk pun, lari saja ke asrama. Dalam masa yang sama, tidak sanggup pula dirinya membiarkan Xyryll keseorangan. Risau jika berlaku apa-apa.
Cuba menggapai tombol pintu dalam kegelapan... tapi apa yang berjaya digapainya adalah satu lengan tangan! Terkejut! Lalu dilepaskan segera sambil bertanya, "Xyryll? Kau kan?". Dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu. Kecut perutnya. Laju degup jantungnya. Mengalir setiap peluh jantan dari dahi, turun ke pipi, sebelum jatuh dari dagunya yang berjanggut itu. Seketika sepi. "Xyryll... kau ke tu?"
"Ya! Aku Xyryll." Serentak dengan itu, badan Asyraf dirangkul erat. Menemukan dada masing-masing. Perut dengan perut, dan lutut bertemu lutut! Asyraf yang tergamam dengan situasi itu, cuma mampu berpeluh. Berterusan berpeluh tanpa sedikit pun cuba menolak Xyryll yang merangkulnya dengan kuat.
"A.. a.. apa yang kau cuba buat ni Xy.. Xyryll..?", soalan itu diajukan Asyraf yang tiba-tiba memecahkan kebisuan dua sahabat itu. Sambil itu, dia cuba menolak Xyryll yang melonggarkan rangkulan pada pinggangnya. Basah! Basah tangannya apabila dia menolak tubuh Xyryll yang sudahpun tidak berbaju itu.
--Bersambung...
p/s: fikir jap. mungkinkah siri2 seterusnya akan ku publishkan pada laman ini?
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
wah! cept betul korang ni baca! kagum. haha, cerita makin kompleks. sesuai dgn tajuknya.
janggel:
mmg sngaja pendekkan skit siri kali ni, sebab siri 9 akn dtg agak panjang.
saadah:
terima kasih saadah krn sudi mengikuti siri ni. nntikan sambungannya ok.
dah lamer kut..
next episode....