Salam.
Untuk pengetahuan, aku menjadi seorang blogger bukanlah dengan paksaan. Tak pernah pun ada sesiapa memaksa aku untuk menjadi blogger. Dan ya, segala nukilan yang aku paparkan ini juga tidak aku lakukan dengan paksaan. Kesemua dilakukan menurut hati sendiri. Mungkin ada yang memaksa aku untuk menulis ttg sesuatu perkara... Mungkin ada. Dan tidak selalunya aku penuhi tuntutan itu. Aku harus memikirkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku.
Sama juga dengan kau! Aku tak pernah memaksa kau utk membaca hasil nukilan aku. Dan sikit pun aku tak pernah memaksa kau utk meninggalkan komen pada setiap entry. Malah, sekali pun aku tak pernah paksa kau menjadi follower blog aku yang tak sbrapa ni.
Ini lah lumrah dunia blogging. Aku dan kamu berkongsi pembaca. Itu pilihan mereka. Mereka sudi membaca nukilan mu. Dan mereka juga sudi menjengah ke laman blog ku. Biarkan lah mereka. Hak itu mereka yang punya. Tak perlu lah timbul isu 'curi pembaca' atau aku yang memaksa mereka membaca mana2 blog! Dan aku juga tidak lah memaksa mereka utk tidak membaca blog kamu.
Welcome to the real world of blogging!
Hari pertama kau dihargai... Esok lusa, kau dicaci... (seperti mana yg pernah aku alami...)
NUke
dalam topik : blog
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
bukan ke tadi diriku ini telah dipaksa utk membacanya...LOL
kamu..kamu...kamu
juga dipaksa kan? kan? kan?
semua "blogger akan rasa"
aku paling tidak suke bila org tanyer "betul ke citer ko nie"
haahaha
mode: bz..bz..dan bz...