Siri 7

Pintu diketuk dan dikuak perlahan oleh Jason. Kelihatan Asyraf menuruti di belakangnya. Satu bungkusan air Nescafe ais dihulurkan kepada Xyryll yang dari tadi cuba menghabiskan soalan tuturial terakhir bagi topik Kinematics. Masih ada 2 topik yang perlu dihabiskan oleh tiga sekawan ini. Walaupun malam semakin pekat, dingin bayu menggigit tulang-temulang mereka yang kurus, namun kepanasan air kopi yang diminum Asyraf jelas membuatkan dirinya tidak selesa. Dan hal ini disedari Xyryll.

"Kau ni kenapa? Kalau panas, buka sajalah baju tu."

"Takpe lah!", balas Asyraf. Ringkas.

"Alah! Takkan dengan aku pun nak malu... Haha!", sampuk Jason yang kemudiannya dituruti dengan hilai tawa semua.

--

Kesemua rakan sebilik Jason sudah pun lena dan barangkali sedang asyik dibuai mimpi. Jason pun sudah mula menampakkan kemengantukkan. Asyraf menyiku Xyryll; memberi isyarat untuk beredar dari bilik Jason. Xyryll mengangguk tanda setuju. Setelah pintu ditutup rapat, Asyraf memulakan langkah mendahului Xyryll untuk turun ke tingkat bawah menuju ke bilik. Baginya, latihan tutorial yang diberikan Puan Azizah itu sangat membebankan. Penat kepalanya sudah tak terbendung; mahukan rehat yang sempurna. Sampai saja di muka pintu, telefon bimbitnya berdering. Hatinya sedikit gembira kerana menyangkakan ianya panggilan daripada Alya'. Pantas saja tangan kirinya menyelok poket seluar bermuda, mencapai telefon, dan nyata nama yang terpampang pada skrin bukanlah nama si gadis jelita itu...

"Xyryll..?", bisiknya perlahan. Hairan. Pelik, setelah menyedari Xyryll tidak mengekorinya menuju bilik.

"Hello. Kau kat mana ni?... Ha?... Ada apa?.. Ha! yelah. Japgi aku sampai situ, aku nak letak buku jap!", ringkas saja perbualan yang tidak sampai 30 saat antara Asyraf dan Xyryll. Pelik. Mengapa tiba-tiba saja Xyryll mahu berjumpa? Bukankah duduk sebilik? Sudah tu, mahu berjumpa di pili bomba berhampiran dengan kafeterria pula. Dek kerana kawan karib, Asyraf turutkan saja permintaan sahabatnya itu, walaupun matanya sudah kuyu, mahukan tidur.

--

"Asyraf! Jom temankan aku kejap. Aku nak ke dewan kuliah...!", teriak Xyryll setelah kelibat Asyraf muncul dari kelam malam. Tiada sesiapa di kafeteria itu. Ya lah, ketika itu waktu sudah menghampiri 2.30 pagi. Kebanyakan pelajar lain sudah berada di bilik masing-masing. Namun, ada juga kelibat pelajar kelihatan di perkarangan surau. Mungkin mencari keberkatan malam.

"Apahal pulak lah nak pergi dewan kuliah malam-malam ni... Pergi esok pagi je lah!", balas Asyraf dengan sedikit tinggi nada suaranya. Malas langkah mengantuknya, tetapi mengekori juga si Xyryll yang mendahuluinya.

"Aku rasa nota Matematik Maisarah yang aku pinjam tu tertinggallah petang tadi. Habislah aku...", perbualan spontan yang dibalas oleh Xyryll sedikit pun tidak menampakkan keraguan. Langkah diperkemaskan, sebagaimana iris mata diperbesarkan bagi mencari laluan yang tidak berlampu itu.

Xyryll tersenyum puas, menyedari rancangannya untuk mengajak Asyraf ke dewan kuliah pada tengah-tengah malam buta itu menjadi.

--Bersambung...

NUke

2 Comments:

  1. Boy said...
    cool! ada sambungan?
    NUke_Rude said...
    boy:
    terima kasih. nnti saya sambung lgi.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.