Kau tahu...

Dah hampir 3 minggu rasanya ibu bekalkan aku makanan setiap pagi.
Sebab ibu tahu yg aku mesti tak sempat nak bersarapan di rumah.
Dan setiap bekalan yang ibu berikan itu, pasti aku jamah...
Walaupun ada kalanya tidak dapat aku habiskan.

Dan peristiwa ini mengingatkan aku ketika zaman sekolah.
Ibu selalu membekalkan adik-beradik dgn nasi goreng
Atau pun roti telur yang garing.
Nyatanya, aku memang tak suka nasi goreng utk dimakan waktu pagi
Ataupun sewaktu rehat.

Apa yang aku buat?
Aku sengaja tinggalkan bekal di dalam laci meja sekolah
Dan pulang; berkata lupa mahu membawa bekas pulang.
Esok pagi, sampai sekolah... Aku buang bekas tu dalam tong sampah besar!

Bukan bekas tupperware pun... Bekas murah. Mungkin tidak mengapa.
Semua itu kisah tahun 1997.

Dah 12 tahun berlalu.
Dan kini baru aku mahu menghargai setiap usaha murni ibu setiap pagi.
Kasihnya ibu memasakkan aku nasi goreng dan roti telur.
Yang mengenyangkan perut sewaktu diri kesejukan di dalam ofis.

Kalaulah 12 tahun lalu aku tahu dan mahu mengerti semua itu.
Aku yakin, aku pasti senang hati dan badanku pasti berisi.
Ibu, saya tak tahu sampai bila lagi saya dapat rasa bekalan yang ibu sediaka itu.
Mungkin sehingga 10 tahun lagi..

Atau mungkin tiada lagi bekal untuk esok pagi?

Terima kasih ibu.
Saya sayang ibu.

NUke

7 Comments:

  1. Anonymous said...
    adeh sedey plak aku...sbb dlu mase skolah rendah...mak aku selalu paksa aku mkn telur 3 suku masak...kekadang tepaksa telan smbil nangis2...

    *sygi ibu ketika dia masih ada...tetiba aku windu masakkan mak aku...mak sye balik umh ujung minggu neh
    Ren said...
    Aduh bertuahnya kamu..
    iyllienaz said...
    bestnya ade bekal tiap2 hari..rindu my mom..
    Anonymous said...
    touching.


    it happen to everyone. masa kecik2 tak hargai pun, bila dah besar dah matang baru menyesal.

    takpa selagi ibu ada, sayang dia betul2!
    NUke_Rude said...
    ruff:
    kenangan itu memang best kan? :)

    janggel:
    ya. br skang aku sedar bro.

    iyllie:
    ye illi. bertuahnya diri ni.

    yob:
    definately! sayang dow..
    Hans said...
    so now u cook 4 ur mom pulak lo how bout that .. hehe ..
    farish izaryl @izreez said...
    so sweet! rizz pon nklo bole pg2 nk mkn mknn mak bwk.tp jauhh d prantauan.:(

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.