Siri 9

Sedikit pun Xyryll tidak peduli akan persoalan yang diajukan Asyraf. Perlahan-lahan, rangkulannya naik dari bahagian pinggang, terus menjalar ke belakang tubuh Asyraf yang basah bajunya itu akibat peluh. Menyedari perihal itu, Asyraf dengan serta-merta menolak tubuh Xyryll ke arah pintu dengan kuat. Sekuat yang termampu olehnya yang terkejut dengan apa yang cuba dilakukan oleh Xyryll.

"Bodoh! Kau memang bodoh!"
"Kau sedar tak apa yang kau buat ni Ryll!!!?"

Jeritan Asyraf sekali lagi memecah kesunyian malam. Segera diseluk kocek seluarnya untuk mengambil telefon bimbit. Dipasang fungsi lampu suluh dan dihalakannya ke arah lelaki yang memeluknya sebentar tadi. Sah! Memang dia adalah Xyryll... Xyryll yang sedari tadi membisu, setelah menyedari perancangannya untuk memperlakukan sesuatu kepada sahabatnya itu gagal sama sekali. Tak mungkin lagi dia mampu menghadapi Asyraf yang sedang berang dengan tindakannya itu. Tak mungkin lagi dia mampu menghadap Asyraf yang duduk sebilik dengannya itu. Sesalnya dia yang bernafsukan sahabat karibnya itu. Ya! Xyryll menyedari kegopohan dirinya yang mencintai Asyraf kini hanya memberi padah kepada dirinya sendiri!

"I'm sorry Asyraf. Really sorry... Sebenarnya...", jelas Xyryll yang sedikit pun tidak menoleh. Sambil itu, disarungnya kembali bajunya, menutup sasa tubuhnya yang berpeluh itu.

"Sebenarnya apa? Apa lagi yang kau nak buat? Cakap Ryll... sebelum aku betul-betul hilang sabar!", jergah Asyraf yang masih kebengangan dengan tindakan Xyryll itu.

"Aku sayang kau! Dah lama dah! Aku minta maaf.", bicara Xyryll yang malu dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Asyraf.

"Blah lah kau!"

Benci, geram, dan menyampah! Itu saja yang dirasai Asyraf yang terus keluar dari Dewan Kuliah 1 itu selepas pintunya dihempas kuat. Langsung saja dia melangkah laju meninggalkan perkarangan kompleks dewan kuliah. Tanpa menoleh, dia terus melangkah mengharung dingin malam; meninggalkan Xyryll keseorangan di dalam Dewan Kuliah 1 itu.

"Apa yang aku buat ni...? Astaghfirullah al' azim..."

Xyryll terduduk. Panjang istighfarnya, cuba memohon keampunan dariNya. Tidak disangka dia terlalu menurut kata hati yang memusnahkan ikatan dua orang sahabat yang akrab. Sambil mencangkung, kedua-dua tapak tangannya ditekup pada muka. Menyisir rambutnya sambil mata tidak berkelip merenung lantai. Cuba difikirkan tentang akibat perlakuannya itu, namun tiada apa yang mampu ditafsirkan. Xyryll mulai kecut dan takut dengan dirinya sendiri.

--
4.50 pagi.

Perlahan-lahan, Asyraf bangun dari baringnya dan duduk di sisi katil. Dia menoleh ke arah katil Xyryll. Kosong. Masih kosong seperti mana yang dijangkakannya. Asyraf kembali merebahkan tubuhnya sambil menyilangkan tangan di dahi. Masih belum dapat dilupakan apa yang cuba diperlakukan Xyryll ke atas dirinya. Mata semakin tajam merenung siling. Nafas mulai kencang apabila nama Xyryll muncul dalam fikirannya. Dia sedar, walaupun dia cuba membenci Xyryll, sebenarnya dia tidak mampu berbuat begitu.

Senyum! Sedikit mengalir air dari matanya yang mana dia sendiri pun tak pasti apa puncanya. Mungkin mengantuk, mungkin sedih... atau mungkin air mata gembira!

"Xyryll... Xyryll... Kau memang bodoh! Kenapa lah kau tak beritahu awal-awal...", bisik Asyraf perlahan sebelum memalingkan badan untuk menyambung tidurnya.

--Bersambung...

NUke

4 Comments:

  1. Ren said...
    Aduh..potong stim betol! wakakaka baru nak baca dengan berhemah ..tapi habis sudah.....
    sYukCurz said...
    ayoo... goin interesting ni
    iyllienaz said...
    erkk..xkan si asyraf tu suka gak kat xyrill??
    Unknown said...
    ouwwhh...
    next episode plzzz...
    ikut dari episode 1 lagi nie..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.