Yeah! Selepas dikeluarkan senarai lapan vokal terhebat artis wanita tempatan.. ada sesetengah yang tak sabar nak tahu senarai untuk artis lelaki pula. Ye lah, kalau dah ada wanita, kena la lengkapkan dengan lelaki. Okay! Alasan diterima. The 8 kali ini menyenaraikan lapan vokal terhebat bagi artis lelaki tempatan. Sedia?
--

#8 : Kaer Azami
Penyanyi lagu ‘Izinku Pergi’ ni memang mempunyai suara yang unik. ‘Lelehan’ dan lenggok yang dipersembahkan menjadikan sesetengah lagu nyanyiannya itu SEDAP! Well, aku ni takdelah minat sangat Kaer ni. Tapi, realitinya, kita semua harus memperakui kekuatan dan kelunakan vokal yang dimilikinya. Atas sebab itu, aku letaklah dia ni pada kedudukan ke-8.

#7 : Aizat
Tak sangka vokal Aizat mampu menewaskan vokal-vokal artis senior yang lain pada AIM16 tempoh hari. Nyatanya, selain berbakat besar dalam penghasilan lagu, Aizat memiliki vokal yang mantap! Dia ni berjaya jugak la membuktikan pada masyarakat yg generasi baru dalam industry muzik juga ada kualiti! Kalau korang nak pandang rendah pada artis2 baru yang lain.. mungkin boleh lah.. tapi bukan pada Aizat okay!

#6 : Faizal Tahir
Disebabkan keupayaan FT menyanyikan lagu2 yg tinggi dan lebih terfokus kepada genre rock, maka The 8 meletakkan kedudukannya sedikit tinggi berbanding Kaer dan Aizat! Tak puas hati? Okay lah. First, cuba ko dngar semula lagu “Aku Tanpa Cintamu” nyanyian kumpulan Mirwana bersama Jay Jay… Ko dengar dgn teliti part FT nyanyi. Nyaring dan tinggi. Done? Ko dengar pulak lagu ‘Kerna Kamu’, dapat didengar ke'garauan' dan ke'kasaran' suara si FT ni. Tak cukup dengan tu… sila lah nikmati lagu ‘Sampai Syurga’ dan ‘Bencinta’. Vokal mamat ni memang mantap! No wonder dia ni boleh sapu award Vokal Lelaki Terbaik dan Vokal Terbaik time AIM15 and AJL23 awl thn ni.. tahniah superman!

#5 : Ustaz Asri (Rabbani)
Pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan besar pada industry muzik tanah air. Berbakat besar dan bersuara lunak, semestinya setiap lagu nyanyian Allahyarham sangat padan dengan vokalnya lalu menyentuh hati kita si pendengar. Perlukah aku mengurai panjang kelunakan vokal penyanyi ‘Pergi Tak Kembali’ ini? Aku rasa, semua bersetuju untuk meletakkan Ustaz Asri di tempat ke-5.

#4 : Reshmonu
Salah satu artis tempatan yang memiliki vokal mantap! Reshmonu membuktikan yg vokalnya bukanlah ‘calang-calang’ dan seperti kebanyakan vokal yg lain. Pernah memenangi Anugerah Vokal Lelaki Terbaik AIM sebanyak 2 kali, dan dia ni terus unggul member ancaman dan saingan kepada artis2 lain di luar sana. AIM16 menyaksikan 2 lagunya dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik. Reshmonu.. mungkin rambutnya pelik, tetapi itu Cuma penampilan saja… vokalnya… tetap unggul dalam kelas yg tersendiri! Syabas!

#3 : Jamal Abdillah
Suara Jamal yang garau tak garau.. besar tak besar… itu yang membuatkan dia ni unik! Bila dengar je suara dia, on the spot kita tahu, yang itu adalah Jamal! Walaupun imejnya tercalar dengan kes2 dadah n what so ever, namun suaranya tetap merdu dan sedap! Bak kata orang tak dimamah usia.. at least sehingga senarai ni dikeluarkan la! Jamal juga pernah memenangi Vokal Lelaki Terbaik pada AIM1, dan dia sentiasa menerima pencalonan bila saja albumnya dikeluarkan. Aku rasa tak ada (atau tak ramai) yang ada vokal yg pure and versatile macam Jamal ni. Kan?

#2 : M. Nasir
Nama yang besar dalam industry muzik tempatan. Komposer. Penulis lirik. Malah penyanyi. Kalu nak dibilang, dah banyak award dah dia ni menang, baik menerusi AJL, AIM, atau apa2 lagi lah! Vokal Terbaik AIM pun pernah menang. Memang superb! M. Nasir memang every right a sifu! Baik dalam penghasilan lagu.. ataupun kemahiran mengawal vokal! Tapi.. still tak berjaya menduduki tempat teratas senarai ni.. Huhuhu..

#1 : Anuar Zain
Yes! Ramai gadis2.. makcik2 yang suka kat AZ ni. Jejaka Idaman Malaysia kata mereka? Entahlah. Tapia pa yg nyatanya, dialah pemilik vokal emas bagi penyanyi lelaki kat Malaysia ni. Kalau tak disebabkan album 2007 dia dlu tu tak lepas syarat masuk bertanding, aku rasa for sure Vokal Terbaik AIM tahun tu dia yang sapu. Masakan tidak, 2 album terawalnya dulu pernah membolot Vokal Terbaik. Ko jgn main2 ngan Anuar Zain ni! Walopun lagu2nya style jiwang2 , tapi bukan senang nak nyanyi. His best ever vocal performance adalah mnerusi lagu ‘Keabadian Cinta’.. part yang dia tariiiikkkkk tinggi2 tu! Overall! Syabas Anuar sebab berjaya berada pada kedudukan #1!


--
Sekali lagi aku tekankan, aku tak membuat sebarang kajian akademik untuk menyiapkan senarai The 8 ini. Overall, ianya cuma pendapat peribadi dan beberapa individu saja. Dan ianya bukanlah bertujuan untuk menaikkan atau menjatuhkan mana2 pihak. Sebarang kerugian akibat merujuk senarai The 8 ini tidak akan aku tanggung! Hahaha! Oh. Kenapa aku keluarkan senarai artis wanita dulu? Sebab nk siapkan senarai artis lelaki ni cukup susah! Kat sini aku bagi skit other shortlisted artist:-
Hazami, Akill Hay, Bob AF, dan Nazrey Johani.

NUke

5 Comments:

  1. amin h said...
    bob xdak??
    LuVidA^^ said...
    mawi?
    NUke_Rude said...
    bob? dia shortlisted, but points tak ckup utk masuk top 8.

    mawi? nope. sorry.
    tHEoNeANDoNLy said...
    Wauu..!!! best! best! tepat & tepat sekali!! hehe... aku peminat no 1 anuar zain... org kata suara aku mcm anuar zain..!!! xcaya?? leh pi karaokay ngan aku... aku belanjerr!! seriuss nih...!! huhu.. org kata laa.. bukan aku kata ekk...hehe.. :P
    tHEoNeANDoNLy said...
    pelakon wanita & lelaki plak bro...huhu... go bro go!! hehe.. :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.