Siri 10
Asyraf bukanlah seperti Xyryll. Ya, jauh dalam hatinya sedikit sebanyak menyukai sahabatnya itu. Hanya menyukai. Bukan mencintai. Dan kini dia mengerti akan air mata dan senyuman yang terpancar dari bibir nipisnya itu. tak disangka selama belasan tahun perkenalannya dengan Xyryll, terluah rasa cinta oleh sahabat karibnya itu.
--
Pagi.
Kelibat Xyryll masih tidak kelihatan walaupun kuliah Matematik hampir bermula. Jason yang sedari tadi bersembang dengan Kimi, tiba-tiba menyapa Asyraf yang duduk berselahannya.
"Mana roomate kau, Asyraf? Kelas dah nak mula ni... Tak nampak-nampak pun lagi... Ponteng ke?"
"Entah. Pedulikan lah dia!"
Daripada intonasi itu, Jason seolah-olah mengerti untuk tidak bertanya lagi. Terus disambung perbualannya bersama Kimi yang sedari tadi mahukan teman bersembang.
Fikiran Asyraf melayang. Sedikit pun tidak terfokus kepada pengisian kuliah yang disampaikan oleh Dr. Samad. Segala huraian dan penjelasan oleh pensyarah itu seolah-olah bising cengkerik yang didengarinya pada malam kelmarin. Ya! Serentak dengan itu, Asyraf terkenang akan peristiwa yang berlaku antara dirinya dengan Xyryll. Senyum.
--
Hai awak! Lama s dgr kaba. Sht ke?
Hi. sht saja. awk? sori la. lately agak bz dgn assgnmnts. Ni pun byk x siap lg ni.
Oh! Kwn awk mana? Lama jga x dgr crita dr dia.
Mesej yang dihantar Alya' itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran Asyraf. Terus dimatikan telefon bimbitnya sambil melangkah perlahan menuju ke bilik; setelah selesai menikmati makanan tengahari di kafeteria. Pintu dikuak; kasut ditanggalkan; baju kemeja putihnya dilucutkan dari tubuh yang sedikit berpeluh.
"Aku minta maaf...", tegur Xyryll yang dilihat berdiri di hadapan katilnya. Tanpa mempedulikan Asyraf yang terus-menerus tidak mengendahkannya, Xyryll berkali-kali memohon maaf sambil cuba menjelaskan situasi dirinya yang kononnya tidak stabil pada malam kejadian lepas. Asyraf hanya meneruskan rutinnya yakni mengunyah biskut sambil menghadap soalan-soalan tutorial.
2 minit.
"Dah sudah?"
Persoalan yan diajukan Asyraf mematikan butiran kata yang belum sempat terluah oleh Xyryll. Segera mulutnya dikatup. Asyraf bangun dan merapati tubuh Xyryll yang berdiri tinggi itu. Apa yang hanya mampu dilakukan oleh Xyryll hanyalah berdiri kaku tatkala menyedari dirinya dipeluk erat oleh Asyraf. Kuat pelukannya. Erat.
"Aku maafkan kau..."
"...tapi tak bermakna aku cintakan kau..."

--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
wow pesal la aku termiss episod2 sblm neh...
but suke bangat dgn penulisan ko bro...teruskan...xsabar aku nk tggu next episod....
next episode plz
aku bernasib baik..
and sorry for the late updates. :(