Sesekali aku menoleh ke arah jam dinding yang tidak
berfungsi. Menunjukkan waktu 8.21 pagi. Sebentar, bagaimana aku mahu tahu sama
ada itu adalah pagi atau malam? Tambahan pula jam itu memang ku sedari tidak
berfungsi. Pening. Aku berpaling mengadap skrin komputer. Di penjuru kiri
bahagian bawah, aku melihat dan mencari waktu yang persis. 2.45 pagi. Dan dek
kerana penangan kopi pekat yang diminum selepas berbuka puasa sebentar tadi,
aku nyata sekali terkesan dengan kafein. Tidak rasa mahu melelapkan mata
walaupun letih sudah menyelubungi tubuh yang kerdil.
Dan bila ku menoleh ke bawah, aku masih bertuala biru
turquoise yang semakin pudar serinya. Masih tidak lagi membersihkan tubuh yang
keletihan. Aku masih tidak mandi.
Lalu ku biarkan keadaan itu berlalu; dengan
berlatarbelakangkan lagu Rocketeer nyanyian Far East Movement ft. Ryan Tedder.
Entah mengapa, dunia malam ku selama ini seakan-akan
mengkhianati. Malam 17 Ramadhan selalunya tidak seperti ini. Jika aku tidak
terus tidur, selalunya aku akan berjaga malam dan malam itu akan dipenuhi
dengan perkara lalai dan lagha menikmati informasi dunia maya.
Ya Allah! Malam Nuzul Quran.
Seketika sahaja ia terlintas di fikiran. Dan apakah yang
berlaku selepas itu?
Ya. Tiada apa.
Terduduk jauh di dasar hati, ada rasa ingin berubah mencari
jalan pulang semula. Menyelongkar nur hidayah yang dulu terang menyuluh jiwa;
membimbing nurani mendekati Yang Esa. Yang sebelum ini tak tersentuh oleh noda
hitam yang memenuhi dunia remaja, dewasa, dan hari-hari mendatang.
Dari situ, aku cuba mengamati akan perilaku sejak dahulu.
Okay, terlalu banyak yang semakin terlupa. Lalu, aku percepatkan memori
sehingga awal Ramadhan tempoh hari. Apa yang telah aku lakukan semenjak hari
itu? Semenjak 1 Ramadhan itu? Sepenuhnyakah aku memanfaatkan 10 hari rahmat, 10
hari keampunan yang sedang berlangsung, dan 10 hari pembebasan dari azab yang
akan datang?
Bagaimana aku memanfaatkan semua itu? Dengan khusyu’ solat,
takbir, terawikh, dan zikir?
Atau dengan lirik-lirik lagu, bait-bait dialog drama tempatan dan luar,
atau dengan kesibukan memilih dan menikmati juadah berbuka sekaligus
melengahkan waktu sujud kepadaMu?
Tepuk dada, tanya selera. Ya. Itu ketika mahu berbuka puasa.
Tepuk hati, mana nuranimu? Mana pula imanmu? Keliru. Tak
tahu bila persoalan itu harus ditanya.
Kepada diriku. Aku tahu aku banyak terpesong daripada tujuan
terciptanya kamu. Aku seharusnya menjadi khalifah kepada diri sendiri dahulu,
sebelum mengemudi bahtera iman keluarga, kenalan, dan saudara seagamaku.
Persiapkanlah diriku dengan segala macam ilmu yang
diberkati, iman yang teguh, jalan dan ucap ikrar taat dan patuh kepada Sang
Pencipta yang satu – Allah swt.
Andai ini adalah 17 Ramadhan terakhirku,
Ampunkan aku Ya Allah.
NUke
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
but as usual, thought needs to be followed by action for it to be meaningful.
lets pray for the strength to put thought into action.
buat joey, walaupun umpama ayat2 lindungan ka'bah, tapi bumbungku bocor juga sebenarnya :P hehe..
anyway, all i can say is look at the message, not the messenger!
nice entry.menyedarkan aku yang lagho nih
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog tuan k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...
I've been honored by the mention of inchek Ri in his comment, dan memang komen dia pun skrg maseh di bawah kategori Lindungan Kaabah.(jangan marah ya..hehe)
p/s As I mention in my writing , I am loathing the month itself. But, I wish the next time I try to love it more.